Mufti Pahang Dr Abdul Rahman Osman berpandangan sumpah
laknat yang dilakukan bekas Perdana Menteri Najib Razak tidak bercanggah dengan
hukum syarak.
Katanya, istilah sumpah laknat (li'an) dan
"mubahalah" terdapat dalam Islam, bagaimanapun dalam melaksanakannya
ia harus melihat kepada situasi.
"Sebenarnya istilah itu ada dalam syarak, mubahalah
istilah yang ada, tinggalnya lagi untuk mengamalkannya. Ada waktu sesuai, ada
waktu tak sesuai, tetapi tidak bercanggah dengan syarak.
"Bagi orang ramai tidak sesuai (untuk sumpah laknat),
kalau tidak sikit-sikit mahu bersumpah. Bagi pemimpin tertentu mungkin sesuai
kalau tiada pilihan.
Iklan
"Kalau negara kita mengamalkan hukum syarak mungkin
boleh, tapi negara kita melaksanakan perundangan sivil, semolek-moleknya tak
perlu bersumpah, tetapi kalau dah tak ada pilihan (boleh bersumpah),"
katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Jumaat lalu, Najib melafazkan sumpah laknat di Masjid
Kampung Baru bagi menafikan pembabitannya dalam pembunuhan wanita warga Mongolia,
Altantuya Shaariibuu.
Sumpah laknat itu dibuat selepas bekas pegawai polis, Azilah
Hadri yang disabitkan bersalah membunuh Altantuya membuat dakwaan mengejutkan
melalui Sumpah Berkanun (SD) dari Penjara Kajang.
Banduan yang sedang menunggu hukuman gantung itu mendakwa
arahan untuk membunuh Altantuya datang daripada Najib (ketika kejadian
merupakan timbalan perdana menter) dan rakan rapatnya, Abdul Razak Baginda.
Dalam pengakuan julung-julung kalinya itu, Azilah mendakwa
dia dan pegawai polis Sirul Azhar Umar hanya mengikuti arahan “shoot to kill”
(tembak mati) sebagai anggota pasukan Unit Tindakan Khas (UTK) polis.
Semalam, Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohamad
berkata istilah sumpah laknat tidak ada dalam perundangan Islam kecuali
membabitkan perkara mengenai "li'an".
Dalam Islam, ucapan li'an dilakukan oleh suami yang nampak
isterinya berzina dengan lelaki lain, tetapi tidak dapat mendatangkan seramai
empat orang saksi.
Manakala Istilah "mubahalah" (saling laknat
melaknati) yang disebutkan dalam Surah Ali Imran ayat ke-61 pula tidak merujuk
kepada perundangan Islam.
SUMBER:
0 comments:
Post a Comment