Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, January 23, 2020

KADAR CUKAI TANAH INDUSTRI DIKURANGKAN 80 PERATUS




KUANTAN - Kerajaan Pahang mengumumkan pengurangan kadar cukai tanah bagi kategori industri sebanyak 80 peratus berkuat kuasa serta-merta.


Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, keputusan itu dibuat selepas mempertimbangkan permohonan dan rayuan yang dikemukakan oleh pemain industri di negeri ini.
Menurutnya, menerusi remisyen ini, cukai tanah kategori industri akan turun kepada 50 sen bagi 1 meter persegi berbanding RM2.50 bagi 1 meter persegi seperti yang dikuatkuasakan pada awal Januari lalu.


"Kerajaan juga memberi remisyen 80 persen itu kepada dua kawasan perindustrian yang mempunyai kadar cukai tanah lebih tinggi dari kawasan perindustrian lain iaitu di Kecil Gebeng dan di Kecil Genting Highlands.


"Kalau sebelum ini di Genting Highlands dikenakan kadar cukai baru selepas diwartakan sebanyak RM2.50 1 meter persegi tetapi apabila remisyen pemain industri hanya perlu membayar 50 sen 1 meter persegi.


"Bagi daerah Kecil Gebeng pula, cukai diwartakan RM5 menjadi RM1 satu meter persegi selepas diberikan remisyen oleh kerajaan," katanya di Wisma Sri Pahang.


Hadir sama, Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak; Pengarah Tanah dan Galian Pahang, Datuk Nazri Abu Bakar; Pengerusi Persekutuan Dewan-Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina negeri, Tan Sri Lim Sing@Lam Kam Seng dan Pengerusi Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) Pahang, Wong Kok Loon.


Dalam pada itu, Wan Rosdy berkata, remisyen turut diberikan kepada tanah kategori pertanian bagi keluasan melebihi 40 hektar di seluruh negeri.


Katanya, remisyen itu menjadikan kadarnya ialah RM250 sehektar berbanding kadar cukai dikuatkuasakan pada 1 Januari iaitu RM300 sehektar.


"Pengurangan ini diberikan kerana Kerajaan Pahang cakna terhadap rintihan rakyat yang mendakwa cukai tanah yang diwartakan awal Januari lalu membebankan mereka.


"Jadi, kita bersetuju untuk memberi remisyen ini kepada semua pembayar cukai di Pahang dan berharap mereka berpuas hati," katanya.


Wan Rosdy berkata, berdasarkan rekod jumlah keseluruhan hak milik tanah di Pahang sekitar 702,259 pemilik dan daripada jumlah itu, sebanyak 8,288 pemilik tanah kategori perindustrian manakala pemilik tanah kategori pertanian adalah sebanyak 282,429 pemilik.


"Bagi pemilik tanah dengan status tiada syarat (nil condition) yang ketika ini dimiliki oleh 6,360 pemilik, mereka boleh menukar syarat guna tanah mereka bagi mendapat kadar baharu yang bersesuaian tanpa risau tarikh akhir pembayaran cukai pada 31 Mei setiap tahun.



"Bagi pemilik tanah yang masih dalam proses penukaran status tanah mereka melangkau tarikh akhir pembayaran cukai pada 31 Mei ini, pembayaran cukai tanah mereka akan ditangguhkan sehingga proses itu selesai," katanya.

SUMBER:

0 comments:

share2