Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, April 30, 2017

BEZA PENDEKATAN POLITIK PAS DENGAN DAP


DAP, Pas


Alor Setar - Pendekatan budaya politik matang yang dibawakan Pas membezakan parti itu dengan musuh-musuh mereka.

Perwakikan Pulau Pinang, Mohd Yusni Mat Piah berkata DAP bagaimanapun merupakan musuh paling besar parti itu.

"Musuh paling besar Pas bukanlah Umno tetapi DAP yang dilihat sebagai anti Islam.

"Lihatlah bagaimana pemimpin mereka terang-terangan menolak pindaan Akta Mahkamah Syariah (RUU355) dan juga fitnah-fitnah dahsyat yang dilemparkan terhadap Pas," katanya ketika usul terima kasih dan perbahasan ucapan dasar Muktamar Pas, di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang Semut.

Tambahnya lagi, walaupun DAP mengusai satu negeri namun sukar untuk parti itu menyelesaikan masalah di situ.

"Pelbagai isu timbul saat mereka memerintah Pulau Pinang, ada isu air, tanah dan lain-lain," katanya lagi.


Read more »

[MARAN] BEKAS TENTERA DIINGAT DAFTAR PERSATUAN


Bekas tentera diingat daftar persatuan


Bekas tentera diingatkan agar mendaftar mana-mana persatuan agar tidak terkecuali daripada menerima manfaat yang disediakan kerajaan terhadap perwira negara itu.

Adun Chenor, Datuk Mohamed Ariffin Awang Ismail berkata, kerajaan tidak akan membiarkan bekas anggota pasukan keselamatan bekas pejuang yang mempertahankan negara dengan mempertaruhkan darah, keringat dan air mata itu melarat atau menderita.

Sebaliknya, kebajikan bekas tentera akan sentiasa diberikan pembelaan sama seperti anggota lain.

"Kerajaan memberikan pelbagai bantuan serta pembelaan kepada bekas tentera termasuk kesihatan, ekonomi, kediaman dan banyak lagi sebagai menghargai jasa serta pengorbanan mereka.

"Segala jasa, keringat yang mereka pertaruhkan semasa mempertahankan negara dahulu, akan sentiasa dikenang rakyat dan kerajaan," katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Bekas Bekas Tentera Kawasan Chenor di sini, hari ini.

Mohamed Ariffin berkata, jika tiada wira-wira negara itu yang menentang koumunis di zaman darurat 1948 lalu, maka tidak akan ada keamanan, kemakmuraan serta pembangunan pesat sepertimana yang dikecapi sekarang.

Justeru beliau menyeru masyarakat untuk terus menyanjungi dan berterima kasih atas segala pengorbanan yang dilakukan wira dan pejuang tanahair itu.

Beliau turut mengingatkan bekas anggota tentera dan keselamatan supaya memasuki persatuan bagi membolehkan kerajaan membela nasib mereka.

"Adalah mustahil bagi kerajaan untuk membela ataupun memberikan bantuan kepada setiap orang anggota yang telah bersara melainkan jika menyertai persatuan tersebut," katanya.


Read more »

TRUMP LANCAR 'SERANGAN ; TERHADAP WARTAWAN


Trump lancar 'serangan' terhadap wartawan


Washington - Presiden Amerika Syarikat (AS, Donald Trump telah melancarkan serangan 'pedas' kepada media, baru-baru ini, lapor BBC.

Kata Trump kepada penyokongnya semasa perhimpunan 100 hari Trump sebagai presiden di Pennsylvania, beliau telah mengotakan satu demi satu janjibnya kepada rakyat dan berterusan mengkritik laporan berita palsu yang dilapor wartawan.

Trump telah memilih untuk tidak hadir makan malam Koresponden White House; yang mana menjadikan beliau sebagai pemimpin AS pertama terlepas acara tahunan itu sejak Ronald Reagan pada tahun 1981.

Terdahulu, satu perhimpunan besar telah diadakan terhadap iklim perubahan dasar yang dilakukan Trump.

Beralih kepada janji pilihan raya, Trump menyifatkan 100 hari pemerintahannya yang pertama itu sangat menarik dan sangat produktif.

MenurutnTrump, beliau telah berusaha setiap hari membawa pekerjaan perindustrian kembali ke AS.

Presiden AS itu turut memberikan pendapat yang pentadbiran sebelum Barack Obama memberikan keadaan kucar-kacir, selain menekankan yang beliau bersedia untuk pertempuran besar untuk datang.


Read more »

BANDUAN DIKURUNG DALAM SEL RAHSIA


Banduan dikurung dalam sel rahsia


Manila - Ketua Polis Filipina, Ronald Dela Rosa semalam mempertahankan tindakan anggotanya mengurung lebih kurang 12 individu dalam sel rahsia hanya sebesar almari.

Menyifatkan ia sebagai suatu bentuk penyalahgunaan kuasa, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia menemui sedozen lelaki dan wanita dimasukkan ke dalam sel kecil di belakang kabinet kayu semasa lawatan mengejut ke sebuah balai polis di kawasan kejiranan setinggan Manila pada Khamis.

Bantahan tersebut menyebabkan pegawai penjara itu digantung dan siasatan rasmi dilancarkan.

Dela Rosa bagaimanapun tampil mempertahankan tindakan pegawai-pegawai penjaranya.

"Selagi individu yang ditahan itu tidak diseksa atau diperas, bagi saya tidak ada masalah," katanya kepada pemberita.

Menurutnya lagi, kesemua tahanan telah pun berpindah ke sel penjara biasa.

Menurut tahanan, kesemua mereka ditahan kira-kira seminggu selepas ditangkap atas dakwaan penggunaan dan pengedaran dadah.

Dakwa mereka, polis juga menuntut bayaran sebagai pertukaran kebebasan mereka.

Dela Rosa bagaimanapun menolak dakwaan tersebut dan menuduh pihak suruhanjaya berkomplot untuk memalukan kerajaan.


Read more »

[KUANTAN] UTAMA ASPEK KESELAMATAN


Utama aspek keselamatan


Aspek keselamatan perlu menjadi keutamaan di pusat dan sekolah tahfiz untuk mengelakkan insiden tidak diingini.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, ia tidak boleh dipandang mudah kerana kelemahan aspek itu mengundang beberapa insiden seperti kebakaran dan kesalahan jenayah lain.

Baginda menyarankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat bertemu pengendali institusi itu dan memberikan informasi berkaitan untuk dijadikan panduan.

“Beta amat bersimpati dengan kejadian menimpa pelajar tahfiz, Allahyarham Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi, 11, yang meninggal dunia baru-baru ini.

“Kita perlu mengambil iktibar dengan kejadian tersebut dan beta sendiri sudah menyarankan pihak polis dan bomba di negeri ini untuk bekerjasama. Jangan tunggu bila dah berlaku baru nak bertindak,” titah baginda.

Tengku Abdullah bertitah demikian selepas merasmikan Majlis Graduasi Ke-2 Kelas Belajar Al-Quran Assharif, di sini semalam.

Turut berangkat, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.


Read more »

Saturday, April 29, 2017

[LIPIS] BERKENU MENGHILIR SUNGAI TANUM

Berkenu menghilir Sungai Tanum



KEBIASAAN Taman Negara Sungai Relau di Merapoh, Kuala Lipis di sini dikunjungi sekumpulan pendaki Gunung Tahan atau individu yang mandi bersama ikan kelah.

Tidak ramai yang mengetahui lokasi itu menawarkan aktiviti berkenu menghilir Sungai Tanum sejauh 32 kilometer selama tiga hari dua malam.

Penulis menyertai 30 peserta lain dari kumpulan RboTeam dan belia Padang Tengku menyahut cabaran serta merasai sendiri pengalaman berkenu di sungai tersebut.

Ekspedisi anjuran Pusat Khidmat Adun Padang Tengku dengan kerjasama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Sungai Relau itu dikendalikan kakitangan RA Advanture yang mahir mengenai selok-belok sungai di taman negara itu.

Selesai urusan pendaftaran di pejabat Perhilitan, kami menaiki pacuan empat roda sejauh 10 kilometer ke lokasi permulaan di Kuala Juram.

Kelengkapan dan barang keperluan diisi dalam tong atau dibalut plastik sebagai persediaan sekiranya berlaku insiden kenu terbalik ketika merentasi jeram.

Persekitaran semula jadi di sepanjang laluan cukup memukau pandangan seakan berada di dunia asing yang penuh ketenangan.
Imbang dayungan elak kena hanyut

Sebaik sampai di tempat permulaan, masing-masing mengambil tempat di dalam kenu dan berasa tidak sabar untuk mula mendayung.

Melepasi beberapa jeram berarus deras memaksa peserta mengimbangi dayung bagi mengelak kenu hanyut melanggar kayu atau tersangkut pada pokok tumbang.

Buat kaki pancing, di sini terletaknya lubuk yang ‘mewah’ dengan pelbagai spesies ikan terutama Kelah Merah, Kejor, Tengas, Sebarau dan Baung Akar.

Hampir lima jam mendayung, hujan mulai lebat memaksa pemandu arah dari Perhilitan mengambil keputusan ekspedisi hari pertama berhenti dan bermalam di Kuala Tebung memandangkan hari semakin gelap.
Aktiviti ‘lempar joran’

Hari kedua ekspedisi diteruskan sejauh 10 kilometer melalui Kuala Ceruai hampir lapan jam dan beberapa kali berhenti di kawasan lubuk bagi memberi laluan kepada kaki pancing ‘melempar’ joran.

Suasana sunyi dan hanya sesekali terdengar bunyi serangga memecah sepi membuatkan kami lupa seketika mengenai dunia luar.

Terdapat juga laluan cetek yang memerlukan kami turun untuk menarik kenu bagi melepasi halangan terutama di kawasan berbatu.

Bagi laluan yang dilintangi pokok tumbang, kenu terpaksa diangkat.

Kami berhenti bermalam tapak perkhemahan di Lubuk Meroh dengan tujuan untuk meneruskan aktiviti memancing pada sebelah malam.

Nasib tidak menyebelahi apabila hujan lebat pada jam 8 malam dan hanya mampu berada di dalam khemah masing-masing sehingga tertidur akibat kepenatan berkenu di siang hari.

Jam 1 pagi, hujan mulai reda dan ada di antara kami yang bangun untuk memancing walaupun paras sungai meningkat.

Baung akar tidak menghampakan dan baharu dua jam memancing, paras sungai semakin tinggi dengan arus deras yang berkemungkinan akibat hujan lebat di bahagian hulu.

Dua objek melintasi hadapan mereka yang sedang memancing tidak jauh dari kawasan khemah.

“Kenu hanyut!, bangun, bangun”

Suasana kecoh itu menyebabkan tidur rakan lain terganggu namun usaha mengejar dua kenu hanyut itu gagal berikutan arus terlalu deras.
Debar jumpa jeram

Masing-masing mula mengemas barang bagi meneruskan ekspedisi hari terakhir sejauh 14 kilometer melalui Jeram Rek yang pasti lebih mencabar.

Empat peserta yang kehilangan kenu terpaksa menumpang kenu lain dan kami memulakan aktiviti sejawal jam 8 pagi.

Enam insiden kenu terbalik berlaku selepas hilang kawalan ketika cuba melepasi jeram dengan paras air tiga gali ganda tinggi berbanding hari sebelumnya.

Degupan jantung memuncak naik setiap kali bertemu jeram kerana sebarang kemungkinan boleh berlaku jika arus deras mengheret kenu melanggar pokok atau terperosok ke dalam semak.

Syukurlah apabila kami berjaya menamatkan ekspedisi di Kuala Relau pada jam 12 tengah hari iaitu dua jam lebih awal kerana arus deras.

Pengalaman yang cukup berharga dan kepada sesiapa yang gemar aktiviti lasak, penulis saran anda menyahut cabaran berkenu di Taman Negara Sungai Relau, Merapoh.




Read more »

PAKATAN HARAPAN TIDAK TERIMA MAHATHIR

Tun Dr Mahathir Mohamad




SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad perlu mematuhi agenda reformasi yang dilaksanakan oleh Pakatan Harapan apabila berada dalam pakatan pembangkang itu.

Sebaliknya, Pakatan Harapan tidak akan menerima Pengerusi Bersatu itu sekiranya beliau hanya membawa agenda peribadi semata-mata.

Demikian dinyatakan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali seperti dilaporkan China Press.

Beliau berkata, setiap parti ada falsafah perjuangannya dan fahaman itu disebarkan dalam parti sahaja.

"Dalam Selangor, semua dasar yang dilaksanakan perlu dibentangkan dan dibincangkan dalam sidang Dun. Kami berkhidmat kepada rakyat. Tidak ada gunanya berkelahi dalam mesyuarat kerana ia tidak mampu memperbaiki prestasi kerja," katanya.

Menurutnya, setiap dasar yang dilaksanakan Kerajaan Selangor menitikberatkan kehidupan lebih baik kepada rakyat tanpa membezakan kaum, agama dan latar belakang.





Read more »

KENYATAAN BERGURAU RAFIZI?

Rafizi



KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Pemuda Pas Selangor, Mohamed Sukri Omar mengakui berasa geli hati dengan kenyataan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang mendakwa pimpinan Pas menerima wang rakyat daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurutnya, sekiranya Rafizi boleh membaca, ahli parlimen PKR itu sudah tentu faham yang Pas konsisten dan komited menentang kezaliman BN melalui siri-siri kenyataan rasmi pimpinan parti.

"Malah di dalam perbahasan Ucaptama Ketua Pemuda Pas pagi tadi menunjukkan komitmen kami sekiranya ada pimpinan Pas menerima duit BN, kami sendiri akan "menendang" keluar dari barisan kepimpinan Pas.

"Dengan syarat buktinya jelas, bukan fitnah tanpa asas seperti yang dilakukan Rafizi . Ini asas kami parti yang memperjuangkan Islam. Ia telah dijawab Setiausaha Agung Pas bahawa.

"Nasharudin Mat Isa tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan Pas," katanya dalam satu kenyataan balas, semalam.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan Rafizi menerusi sidang media di Ibu Pejabat Invoke, menjelaskan pendedahan itu dibuat setelah seminggu beliau mendakwa ada wang dari akaun peribadi Najib mengalir kepada tokoh yang rapat dengan pimpinan Pas.


Sementara itu, tambah Mohamed Sukri lagi, membaca kenyataan Rafizi juga sudah cukup membuatkan beliau geli hati.

"Kenyataan lucu Rafizi boleh dilihat apabila Ketua AMK Ampang, Datuk Adam Rosly dari PKR ditahan SPRM.

"Di mana ketelusan Rafizi jika benar melawan segala bentuk penyelewengan? Tetapi sebaliknya yang berlaku adalah kenyataan Rafizi mendakwa Adam adalah bekas ahli Pas.

[ARTIKEL BERKAITAN: Adam Rosly dulu ahli Pas: Rafizi]


"Pas komited dan konsisten berkata benar di hadapan pemerintah walau ada di kalangan kami pernah yang dibunuh, ditembak, dipenjara tetapi bukan dengan cara dan budaya kami menabur fitnah tanpa asas serta merangka strategi bagi menghalalkan matlamat politik kotor," katanya lagi.




Read more »

ISTERI POTONG KEMALUAN SUAMI KAKI PEREMPUAN

Isteri potong kemaluan suami kaki perempuan



ILOILO CITY - FILIPINA . Dek kerana tidak tahan dengan sikap suami kaki perempuan, seorang wanita bertindak memotong kemaluan suaminya dengan gunting.

Mark Betita,33, sedang tidur di kediamannya di bandar Carles di sini ketika isterinya Leizel memotong kemaluannya menggunakan gunting 22 April lalu

Leisel kini ditahan di balai polis di bandar Carles sementara menunggu penyelesaian kes yang difailkan terhadapnya kerana mencederakan suaminya.
Ads by AdAsia

"Saya tidak menyesal kerana memotong kemaluannya. Ini sebagai hukuman kepadanya kerana kaki perempuan. Saya bersedia berdepan apa-apa kemungkinan kerana tindakan saya ini," kata Liezel dipetik inquirer.net

Pegawai polis Carles, Alexis Bataga berkata, siasatan menunjukkan Liezel bersama-sama dengan suaminya yang juga penyelia pembinaan minum pada malam kejadian.

"Apabila suaminya mabuk, mereka masuk ke bilik tidur. Tidak berapa lama kemudian, mangsa keluar dalam keadaan berlumuran darah.

"Isteri mangsa didakwa memotong kemaluan suaminya," kata Bataga.

Mangsa dibawa ke hospital namun doktor gagal menyambungkan semula zakarnya.

Leizel menjelaskan dia hanya mahu memberi pengajaran kepadanya.

"Saya bosan dengan sikapnya yang kaki perempuan. Dia mempunyai teman wanita baharu baru -baru ini," kata Liezel.

Liezel mendakwa kekasih baru suaminya itu adalah isteri kepada rakan sekerja lelaki itu namun Mark menafikan dakwaan isterinya dan bertekad memfailkan kes terhadap wanita itu.




Read more »

IBU TONTON ANAK DIBUNUH DI FB LIVE

Ibu tonton anak sendiri dibunuh di FB Live


PHUKET - THAILAND. Ibu kepada bayi yang maut digantung seorang lelaki dan disiarkan di Facebook Live menggambarkan betapa ngeri dan luluh hatinya menyaksikan sendiri perbuatan teman lelakinya itu.

Jiranuch Trirat yang berusia 22 tahun dari Phuket mengakui sangat terkesan dan sedih selepas teman lelakinya Wuttisan Wongtalay menggantung anak perempuannya Natalie 11 bulan di sebuah bangunan terbengkalai sebelum bertindak membunuh diri.

Lelaki itu menyiarkan pembunuhan Natalie di Facebook Live yang turut disaksikan Jiranuch pada petang kejadian.

"Saya berada dengan abang saya ketika itu dan dia melayari Facebooknya.


"Ketika melayari Facebook, secara tiba-tiba kami melihat satu rakaman melalui FB Live.

"Ketika meneliti video berkenaan, saya lihat dia (Wuttisan) menggantung anak perempuan saya dengan tali dan tidak mampu terus menontonnya lagi," katanya dipetik AFP.

Video ngeri itu terus tersebar dan gerakan mencari oleh saudara mara serta polis dibuat dan mayat Wuttisan dan Natalie ditemui hanya beberapa jam kemudian.

Bagaimanapun, punca lelaki itu bertindak demikian masih belum diketahui.

Jiranuch berkata, dia dan teman lelakinya sering bertengkar terutamanya berkaitan bekas suaminya.

"Dia sering mendera anak lelaki saya, Sanook." katanya

Namun menurut Jiranuch, Wuttisan sangat baik dengan anak perempuan, Natelie dan menambah ketika kejadian, dia meminta teman lelakinya itu menjaga anaknya itu sementara dia menghadiri kelas di sekolah berdekatan.

"Apapun yang teman lelaki saya lakukan, saya memaafkannya kerana menyimpan rasa marah tidak akan dapat mengembalikan semula anak perempuan saya," kata Jiranuch.




Read more »

BN BAKAL BANGKIT WALAU BAGAI 'UNDERDOG' DI SELANGOR

Image result for NOH OMAR



KUALA LUMPUR -- Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar berkata tiada apa yang mustahil dalam dunia politik termasuk untuk Barisan Nasional (BN) yang dilabel sebagai 'underdog' di Selangor, merampas semula negeri itu daripada genggaman kerajaan pakatan pembangkang.

Noh berkata seperti sukan, dalam dunia politik juga 'underdog' boleh mencipta kejutan kemenangan, dan merujuk politik Selangor, BN mampu mencipta kejutan itu jika semua pihak bekerjasama dan memberi komitmen sepenuhnya dengan menjalankan tanggungjawab kepada rakyat.

"Sukan dan politik ini lebih kurang, dalam sukan ada istilah underdog, ada pasukan yang kita ramal tidak menang tiba-tiba boleh menang....dalam politik pun tidak mustahil," katanya selepas merasmikan program Nadi Sihat Semarak "Bangkit Bersama" Sukan SEA ke-29 hari ini.

Program anjuran pertubuhan bukan kerajaan, Nadi Sihat dan UMNO Bahagian Ampang itu antara lain bertujuan menyemarakkan semangat rakyat Malaysia untuk memberi sokongan kepada atlet negara yang akan bertanding pada Sukan SEA nanti.

Noh yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengingatkan kembali pengalaman yang pernah dilalui BN di Selangor apabila tewas kepada pembangkang pada 2008 lalu walaupun dalam Pilihan Raya Umum 2004 mereka memperoleh kejayaan yang cukup cemerlang.

"Sebab itu saya cakap tiada yang mustahil. Hari ini kita boleh menang, esok kalah, lusa menang semula. Sukan sama, politik pun sama dengan syarat kita kena bangkit mulai hari ini untuk mencapai kejayaan, katanya.

Sementara itu, Pengerusi Nadi Sihat, Datuk Ismail Kijo berkata program tersebut bertujuan untuk mempromosikan Sukan SEA dan menyemarakkan semangat kebangkitan para atlet negara dalam mengulangi kembali kejayaan pada 2001 ketika negara menjadi penganjur paling berjaya dan pada masa sama menjadi juara keseluruhan pada edisi Sukan SEA tahun itu.

"Penganjuran jelajah ini adalah sebagai usaha menyemai semangat bersukan dalam kalangan masyarakat khususnya menjelang Sukan SEA nanti di mana kita jadi tuan rumahnya," kata Ismail.

Program jelajah ini antaranya melibatkan konvoi berbasikal dan pengedaran sejuta risalah mengensi Sukan SEA di setiap tempat persinggahan.

Jelajah ini akan bermula di Ampang dan berakhir di Kuantan selepas selesai menjelajah seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.




Read more »

POLIS PALSU PERDAYA CIKGU

Polis palsu perdaya cikgu



    ALOR GAJAH - Akibat memperdayakan seorang wanita dengan menyamar sebagai pegawai polis, seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Majistret Alor Gajah, di sini, hari ini.

    Tertuduh, Azizul Abu Hanifah Abdullah, 33, yang telah berkahwin membuat pengakuan salah sebaik dua pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa.

    Majistret Nor Azizah Yusof menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh didapati telah menyamar sebagai Asisten Superintendan Azizul Tan Sri Abdullah dari Jabatan Bukit Aman dan memperdayakan Nurul Eleena Umar, 33, dengan menyerahkan wang tunai RM600 dan melakukan dua transaksi melalui dua akaun berbeza berjumlah RM4,000 di daerah Alor Gajah, sekitar Januari sehingga April 2016.

    Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum satu tahun dan maksimum 10 tahun dengan sebat dan boleh dikenakan denda.

    Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didapati telah berpura-pura memegang jawatan sebagai penjawat awam dengan niat memperdayakan mangsa sama di lokasi dan waktu sama.

    Jika sabit kesalahan dia boleh dikenakan hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan.

    Terdahulu, kes pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Syaiful Akmal Mohd. Razi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

    Selepas mendengar rayuan kedua-dua belah pihak, Nor Azizah menjatuhi hukuman penjara dua tahun dan satu sebatan bagi pertuduhan pertama manakala penjara satu tahun bagi pertuduhan kedua dan memerintahkan hukuman berjalan serentak dari tarikh sebutan.




    Read more »

    [KUANTAN] RM15 JUTA UNTUK 'STREET MUSEUM'

    Image result for SHARKAR SHAMSUDDIN
    Gambar hiasan: 
    YB Dato' Sri Mohd Sharkar bersama 
    YH Dato' Ishak Mokhtar, Pengurus Besar Pelancongan Pahang ketika melawat Kg. Cherating


    28 April (Bernama) -- Peruntukan sebanyak RM15 juta diperlukan bagi mewujudkan 'Street Museum' di kawasan sekitar Jalan Masjid di Kuantan, yang memiliki deretan pelbagai bangunan bersejarah.

    Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata kerajaan negeri telah mengadakan perbincangan dengan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) bagi merealisasikan hasrat itu, yang berpotensi menjadi lokasi pelancongan baharu.

    "Bangunan bersejarah di kawasan itu antaranya bekas pejabat Tourism Pahang, bangunan mahkamah dan Dewan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK)� Semua bangunan itu memerlukan kerja-kerja pembaikian.....




    Read more »

    NAJIB KUNJUNG KEDAI ROTI RAKYAT MALAYSIA DI MANILA

    PM kunjungi kedai roti milik rakyat Malaysia di manila


    MANILA, 28 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini sempat meluangkan masa selama 45 minit daripada jadualnya yang padat dengan mengunjungi sebuah kedai roti, Naah!im Bakery, milik rakyat Malaysia di sini.

    "Inilah contoh usahawan yang kita mahu sokong. Mereka merupakan usahawan muda dan kita mahu menggalakkan lebih ramai usahawan khususnya yang muda untuk tampil dan berani menyahut cabaran.

    "Usahawan kedai roti ini berjaya mendapatkan semula modal mereka dalam masa sembilan bulan, kata Najib.

    Terletak di Hotel Belmont di tengah-tengah pusat hiburan Manila, Resorts World, Naah!im Bakery bermula daripada sekadar idea konsep untuk menghimpunkan pelbagai jenis makanan dan minuman terutamanya menu Barat dan Asia ke semua bandar utama di benua ini.

    Antara keunikannya adalah jualan termasuk 50 jenis roti yang menunya ditukar setiap hari.

    "Jujurnya, kami turut menyajikan makanan Malaysia. Malah, mungkin kami yang pertama memperkenalkan sajian menu Malaysia," kata Ungku Raad Azeraai Ungku Mohd, 39 tahun.

    Beliau yang juga rakan kongsi perniagaan itu berkata demikian kepada Perdana Menteri apabila ditanya bagaimana mereka dapat mempopularkan produk serta kedai berkenaan.

    Malah, katanya, jualan pelbagai jenis roti itu juga berbeza daripada yang ditawarkan di pasaran.

    Difahamkan juga, Ungku Raad dan tiga rakan niaga lain iaitu Ahmad Ferman Tjandra Ahmad, Mohd Kurniawan Naim Moktar serta Mohd Farez Yusof turut merancang untuk melebarkan perniagaan itu ke kawasan lain di Filipina.

    Sementara itu, Perdana Menteri turut berkongsi kisah kejayaan empat usahawan muda itu menerusi catatan terbaharunya di Facebook dengan memuat naik gambar pelbagai menu di kedai berkenaan.

    Pada gambar itu, Najib turut meletakkan keterangan "Menyokong empat usahawan muda Malaysia membuka kedai roti yang terbukti berjaya di Metro Manila serta contoh pelbagai pastri.




    Read more »

    PEMUDA PAS GESA RAFIZI HENTI SERANG PAS

    Rafizi Ramli



    ALOR SETAR - Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli diberi peringatan untuk berhenti menyerang Pas.

    Perwakilan Pemuda Pas Selangor, Mohamed Shukri Omar berkata, beliau dan ahli lain tidak teragak untuk ambil tindakan jika Rafizi terus-menerus menyerang parti itu.

    "Di sini saya ingin beri peringatan pada Rafizi jika beliau terus-menerus menyerang Pas dalam keadaan kita tidak memberi penentangan.

    "Jika dia anak jantan, kita jumpa di Parlimen dan beliau harus bersedia hadapi barisan pemuda Islam yang tidak pernah lumpuh dalam mempertahankan Islam," katanya ketika perbahasan ucaptama Muktamar Dewan Pemuda Pas di Kompleks Pas Pusat, Kota Sarang Semut, hari ini.

    Sebelum ini, Rafizi yang juga merupakan Ahli Parlimen Pandan, mendakwa bekas pemimpin Pas, Datuk Dr Nasharudin Mat Isa menerima dana 1MDB daripada akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

    Sementara itu, Shukri juga turut memberi peringatan kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

    "Ingat, tanpa Pas yang membantu pada PRU lalu, parti itu tidak dapat memerintah negeri Selangor," katanya lagi.




    Read more »

    PR1MA AKAN BINA LEBIH 23,000 KEDIAMAN DI MELAKA

    PR1MA



    KUALA LUMPUR - Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) akan membina lebih 23,000 unit perumahan pada harga berpatutan di Melaka menerusi 21 projek yang membabitkan nilai pembangunan kasar melebihi RM4.6 bilion.

    Ini termasuk 11,285 unit di bawah 10 projek yang kini dalam pelbagai peringkat pembinaan, kata perbadanan itu dalam satu kenyataan hari ini.

    Projek-projek itu terletak di kawasan pusat bandar serta lokasi strategik lainnya seperti Alor Gajah, Melaka Tengah, Klebang serta Masjid Tanah.

    Ketua Pegawai Operasi PR1MA, Datuk Aminuddin Abdul Manaf berkata daripada 1.4 juta rakyat Malaysia mendaftar dengan PR1MA, seramai 46,3777 pemohon merupakan warga Melaka.

    "Penawaran projek-projek PR1MA di Melaka sememangnya tepat pada masanya untuk menyokong keperluan perumahan golongan M40 (berpendapatan pertengahan) yang menetap di Melaka yang sedang melalui proses pembandaran yang pesat," katanya.

    Aminuddin berkata PR1MA juga akan mengadakan Hari Terbuka PR1MA selama dua hari bermula 29 April ini yang mengetengahkan dua projek kediaman bertingkat di Melaka iaitu PR1MA@Melaka Tengah 1 di Jalan Tun Perak dan PR1MA@Melaka Tengah 2 di Jalan Pokok Mangga.

    Acara bermula jam 9 pagi hingga 5 petang itu akan diadakan di Melaka International Trade Centre.





    Read more »

    CADANG TINDAKAN KEPADA ADMIN WHATSAPP

    Admin WhatsApp boleh dihukum jika sebar berita palsu



    PUTRAJAYA - Cadangan mengenakan tindakan undang-undang terhadap pentadbir kumpulan WhatsApp bertujuan memastikan mereka lebih bertanggungjawab mengawal aktiviti anggota kumpulan, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari.

    Mempertahankan kenyataannya seperti yang dilaporkan mengenai cadangan itu, Jailani bagaimanapun berkata ia bergantung kepada kebenaran Peguam Negara sama ada tindakan undang-undang wajar dikenakan terhadap pentadbir kumpulan yang gagal membendung penyebaran maklumat palsu dalam kalangan anggota masing-masing.

    "Pentadbir yang bertanggungjawab tentunya akan menapis dan tidak menyebarkan berita palsu secara melulu demi rasa bangga dan megah yang tidak mendatangkan sebarang faedah atau kebaikan," katanya.

    Beliau berkata kesalahan di media sosial atau berkaitan internet bukan hanya terletak di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 sahaja tetapi turut melibatkan undang-undang di bawah bidang kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) seperti Akta Hasutan 1948, Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 dan Kanun Keseksaan.

    "Pada saya begini, kenapa perlu takut, kalau dia (sesiapa) buat dia kena. Kita tahu internet ini di hujung jari tetapi kita perlulah bertanggungjawab dengan apa yang disebarkan," katanya pada sidang media selepas merasmikan Simposium Penghantaran E-Dagang dan Anugerah Industri 2017 di sini hari ini.

    Mengenai keperluan mencontohi India yang memperkenalkan undang-undang pentadbir kumpulan WhatsApp boleh dihukum penjara sekiranya anggota kumpulan terbabit menyebarkan berita palsu, Jailani berkata perkara itu perlu perincian mendalam kerana keadaan adalah berbeza.

    "Keadaan berbeza, Malaysia sudah mempunyai undang-undang berkaitan yang lengkap yang tetap boleh diguna pakai bagi kesalahan sebegitu," katanya. - Bernama




    Read more »

    Friday, April 28, 2017

    [LIPIS] PENDUDUK BOLEH TARIK NAFAS LEGA

    Penduduk boleh tarik nafas lega



    Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang berjaya menangkap seekor gajah jantan liar di Kampung Tanjung Buluh kira-kira jam 11.30 pagi semalam.

    Pengarah Perhilitan negeri, Ahmad Azhar Mohammed berkata, gajah jantan berusia lebih 15 tahun dan seberat hampir dua tan metrik itu pada mulanya dikesan sedang memakan tanaman di kebun milik penduduk kampung.

    Menurutnya, seramai lapan kakitangan Unit Tangkapan Gajah kemudiannya berjaya menjejaki haiwan liar tersebut yang berada di dalam hutan berhampiran.

    “Gajah jantan yang mempunyai tapak selebar 13 inci ini telah berulang kali masuk ke beberapa kampung sekitar untuk mencari makanan dan pihak kami menerima beberapa laporan tentang kerosakan tanaman milik penduduk kampung.

    “Kakitangan Perhilitan telah masuk ke kawasan kampung sejak Selasa lalu untuk mengesan kedudukan gajah berkenaan dan pagi tadi (semalam) kita berjaya menangkap haiwan tersebut dengan menggunakan ubat pelali.

    “Ketika menjalankan operasi menangkap gajah ini, haiwan berkenaan dalam keadaan baik dan tidak bertindak agresif,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

    Ahmad Azhar berkata, gajah terbabit diletakkan di suatu kawasan hutan kampung tersebut selama beberapa hari sebelum operasi pemindahan yang dilakukan dengan bantuan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah.

    Menurutnya, pihaknya juga akan menggunakan bantuan denak daripada Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah untuk membawa keluar gajah jantan tersebut dari dalam hutan.

    “Sebelum membawa keluar gajah, kita akan pastikan kesihatan dan keselamatan haiwan itu dalam keadaan baik. Sejurus dibawa keluar daripada kawasan ini, gajah jantan terbabit akan ditempatkan di Pusat Konservasi Gajah Sungai Deka Hulu Terengganu.

    “Dengan tertangkapnya gajah itu, masalah yang dihadapi penduduk kampung yang juga pemilik kebun pisang dan getah dijangka selesai,” katanya.

    Sinar Harian sebelum ini melaporkan gajah berkenaan mula menghampiri kawasan kampung menimbulkan keresahan penduduk yang bimbang keselamatan selain mengalami kerugian akibat kemusnahan kebun pisang dan getah sejak awal tahun ini.




    Read more »

    [BERA] REMAJA TAK SEGAN BELI ARAK

    arak



    Penjualan arak di kawasan sekitar Felda Purun yang didakwa kembali aktif sejak enam bulan lalu membimbangkan penduduk kerana dikhuatiri membawa kepada peningkatan masalah sosial di sini.

    Setiausaha Kerja PKR Bera, Norazlan Zain berkata, pihaknya menerima aduan penduduk yang mahu masalah ini dipantau pihak berkenaan supaya menyekat penjualan minuman keras itu.

    Menurutnya, pihaknya mempercayai individu yang menjual minuman keras tanpa lesen itu hanya menjual kepada pelanggan tetap atau mereka yang dikenali sahaja.

    “Sebelum ini, memang mereka aktif menjual arak dan rokok seludup secara haram, tetapi kegiatan itu terkawal selepas pihak berkaitan mengambil tindakan.

    “Tapi sejak enam bulan lalu, mereka kembali aktif menjual arak dan rokok seludup. Memang penjual tak pamer produk, tapi sentiasa ada stok kalau pelanggan mahu,” katanya.

    Norazalan berkata, terdapat sebuah kedai di sini dan sebuah lagi kedai di Felda Mayan yang menjual kedua-dua produk itu secara haram.

    AJK PKR Bera, Mohd Fadlee Zainuddin memberitahu, pihaknya menerima banyak aduan mengenai perkara ini memandangkan penjualan arak ini boleh memesongkan akidah umat Islam.

    Katanya, menurut sumber, golongan remaja warga Felda dipercayai tidak segan membeli minuman keras itu, walaupun menerusi orang tengah.

    “Peniaga ni bijak juga, jual pada orang yang dikenali. Kalau orang baru, dia beritahu tiada jual arak. Padahal, kebanyakan orang tahu.

    “Saya harap, pihak berkaitan dapat buat pemantauan dan pencegahan segera. Kalau tiada permit, memang tidak patutlah dia jual. Lagi pun, jualan arak di kawasan majoriti orang Melayu beragama Islam tidak wajar,” katanya.

    Sinar Harian mendapatkan penjelasan mengenai perkara kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Zulkifli Mohd Sharif, difahamkan, pihaknya sudah maklum perkara itu dan telah dilaporkan kepada pihak pengurusan Felda.

    Menurutnya, kegiatan penjualan minuman keras dan rokok seludup itu sudah lama beroperasi di kedai runcit di sini, dan kegiatan penjual itu penah dikekang sebelum ini.

    “Tapi, difahamkan kini mereka kembali menjual pula. JKKK dah lapor kepada pihak Felda, dan kita tunggu tindakan susulan. Saya harap masalah ni dapat diselesaikan sebaiknya demi kesejahteraan penduduk," katanya




    Read more »

    [JENGKA] IKAN PUYU BERI REZEKI




    BERMULA sekadar suka-suka memelihara ikan puyu di dalam kolam, Yazib Yahya, 45, akhirnya serius menjadikan projek ternakan ikan air tawar tersebut sebagai sumber pendapatannya.

    Menurutnya, keputusan mengusahakan projek ternakan ikan darat itu diambil kerana terdapat permintaan tinggi terhadap ikan air tawar seperti puyu, patin dan haruan lantas mengikuti pelbagai jenis kursus pertanian dan penternakan termasuk pembenihan, penjagaan dan ternakan pelbagai ikan air tawar.




    Yazib berkata, sebelum ini dia pernah mengusahakan kebun sayur namun sudah pecah kongsi dan mengambil keputusan mencari alternatif lain dalam bidang penternakan ikan pula.

    “Akhirnya, saya memilih penternakan ikan puyu baka Malaysia kerana penjagaannya mudah dan tidak memerlukan perhatian yang serius selain memastikan kolam terhindar daripada pemangsa.




    “Bermula dengan 10,000 anak ikan kini sudah mencecah 25,000 ekor puyu dewasa berusia enam bulan dan sudah boleh dijual peringkat umur puyu sudah matang pada harga RM18 sekilogram," katanya ketika ditemui di kolam projek penternakannya di Felda Jengka 7 di sini, semalam.

    Menurutnya, sejak aktif dengan bidang ternakan itu, isteri dan ibu mentuanya juga sudah mula membuat pekasam puyu dan pernah menjual sehingga 10 kilogram sehari.
    Tambah kolam

    Bermula dengan sebuah kolam, Yazib kini dalam proses membina sebuah lagi projek kolam ikan puyu selain ikan patin di kolam yang sama untuk menampung permintaan dan pasaran.

    Yazib berkata, sehingga hari ini sebanyak RM15,000 sudah dibelanjakan termasuk kos anak benih, pembinaan kolam dan makanan.

    “Ikan patin kolam ni sekadar untuk memenuhkan ruang kolam sahaja. Ikan haruan pun ada tapi dipelihara dalam kolah dan tak banyak. Cuma puyu yang saya jadikan bisnes serius sebab bagi kita orang Melayu, ikan puyu mempunyai pelbagai kegunaan dan kebaikan.

    "Menu masakan ikan puyu yang paling sedap pula bagi saya ialah puyu masak pedas dan pekasam. InsyaALLAH sekiranya tiada aral melintang saya akan tambah sebuah kolam lagi kerana isteri dan ibu mertua juga serius dalam pembuatan pekasam,” katanya.
    Ibu beri semangat

    Isteri Yazib, Nora Azila Che Ali, 25, berkata, buat masa ini pasaran ikan puyu hidup dan pekasam masih terhad sekitar penduduk setempat serta kenalannya dan Yazib menerusi akaun Facebook berikutan jumlah ikan belum dapat memenuhi permintaan dan mereka masih baharu di dalam bidang tersebut.

    “Ikan-ikan yang ada baru berusia enam bulan. Kami perlu tambah lagi kolam dan anak benih untuk pasaran luar. Awal-awal dahulu anak ikan banyak yang mati dan pernah 2,000 ekor sehari. Kami letak jaring untuk elak pemangsa seperiti biawak.

    “Pengalaman mengajar kami banyak perkara dalam mengendalikan ikan-ikan ini dan masa pelihara jumlah yang sedikit memang rasa mudah tapi bila dah banyak sampai berpuluh ribu ekor, kena fokus dan serius sebab itu dalam kebanyakan masa suami selalu berada di kolam,” katanya.




    Menurut Nora, insan yang paling banyak memberikan galakan dan sokongan dalam bidang tersebut adalah ibunya sendiri, Che Nah Saidin, 60.

    “Bayangkan pekasam terjual sehingga 10 kilogram sehari. Memang seronok! Itu yang menyebabkan saya dan ibu semakin bersemangat hasilkan pekasam ikan puyu,” katanya yang bercadang untuk menjenamakan produknya sedikit masa lagi.




    Read more »

    RM386.3 JUTA BELANJA PERTANIAN DI BENTONG...



    Dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Pahang yang baru lalu, YB. Dato' Haji Shafik Fauzan Bin Haji Sharif, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri menjawab soalan 5 dan 6 serta soalan tambahan dari Wakil Rakyat Beserah.

    Menjawab soalan 5, Wakil Kerajaan menyatakan bahawa Kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM386,333.20 bagi pembaikan, penyelenggaraan kecil di kawasan Bentong termasuk juga membiayai aktiviti sosial dan kemasyarakatan kepada penduduk setempat.

    Menjawab soalan 6, beliau menyatakan bahawa seluas 7,211 hektar tanah didalam 6 skim penanaman padi dikendalikan oleh AIDA Pekan bagi mewujudkan sistem pengairan yang lebih sempurna, cekap dan efektif.

    Dalam RMK11 sebanyak RM240 juta diperuntukan bagi mempertingkatkan kemudahan infrastruktur.
    Dalam fasa 1 sebanyak RM30 Juta diperuntukan bagi tujuan naik taraf sistem pengairan dan saliran, tali air konkrik, jalan ladang, parit saliran, pembinaan struktur pengaliran dan saliran serta kerja-kerja berkaitan.

    'AIDA' memperuntukan RM14.56 juta dibawah skim penanaman padi Pahang Tua, Laweh dan Langgar yang dijangka siap pada ogos 2017 bagi menaik taraf air sekunder sedia ada, membina tali air sekunder baru.... menaik taraf pintu tali air dan lain-lain lagi.



    Read more »

    [MARAN] LUANGKAN 10 MINIT UNTUK MEMBACA

    Luangkan 10 minit untuk membaca



    Sempena program “Lets Read Together For 10 Minutes” yang diadakan serentak di seluruh negara, Sekolah Kebangsaan LKTP Ulu Jempol turut menjayakan sambutannya di Dataran Ilmu sekolah tersebut, baru-baru ini.

    Guru Besarnya, Yasin Maarof berkata, program ini bertujuan untuk meningkatkan budaya membaca di kalangan masyarakat khususnya warga sekolah diadakan sempena Hari Buku Sedunia.

    Menurutnya, ia merupakan acara tahunan anjuran Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri, Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM), Majlis Pengarah-pengarah Perpustakaan SeMalaysia (MPAM), Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Negeri yang diurus setiakan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan bermula jam 11.00 hingga 11.10 pagi di seluruh Negara.

    "Sambutan berlangsung dengan sambutan yang amat menggalakkan. Program ini ialah komitmen kami untuk membentuk budaya membaca di kalangan murid-murid sekolah tanpa melibatkan sebarang beban kewangan.

    "Ia merupakan konsep yang cukup baik kerana boleh dilakukan di mana-mana dengan membawa apa sahaja bentuk bahan bacaan yang digemari," katanya.

    Yasin berkata, program turut ditambah dengan resensi buku secara terbuka dalam kalangan murid dan guru.

    Resensi buku dalam kalangan murid disampaikan oleh murid Zarul Zikri Azizan, 12, dengan cemerlang manakala bagi pihak guru, Khuzaifah Husin.

    Beliau berharap program ini mampu membentuk sahsiah, pemikiran dan karekter yang baik.

    "Mana tahu suatu hari nanti SK LKTP Ulu Jempol bakal melahirkan bakal-bakal penulis kreatif yang mampu mengharumkan nama sekolah dan Felda Ulu Jempol," katanya.




    Read more »

    PENYOKONG JDT KUAT MERUNGUT

     TMJ



    TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan rasa pelik dan janggal dengan tindakan penyokong Negeri Johor 'yang kuat merungut'.

    Tunku Ismail berkata, ingatkah para penyokong negeri itu bahawa bola sepak Johor telah 'tidur' dan tidak memenangi sebarang kejuaraan sejak 24 tahun yang lalu.

    "Tahun ini pula kami kurangkan bajet dan kami sudah tewas/hilang dua piala tetapi apa masalahnya?

    "Penyokong mula merungut berkaitan pasukan musim ini tidak bagus tetapi mereka lupa pasukan sekarang berada di tangga pertama liga, melangkah ke suku akhir Piala FA, dan pasukan kita bertanding merebut Piala Sumbangsih, dimana pasukan lain langsung tidak bertanding untuk Piala Sumbangsih," katanya menerusi satu kenyataan yang dipetik daripada Facebook Johor Southern Tigers.

    Ujar beliau lagi, pada masa ini Johor mungkin mempunyai peluang yang cukup baik untuk layak ke peringkat 'knock-out' AFC, yang merupakan satu lagi pencapaian.

    "Tetapi saya hairan dengan ramai penyokong Johor yang masih merungut, seolah-olah mereka selalu memenangi kejuaraan sejak 24 tahun yang lalu," katanya.

    Oleh itu, soalnya apakah akan terjadi jika Johor tidak memenangi sebarang piala tahun ini? Apakah akan terjadi jika Johor tidak memenangi sebarang piala untuk dua tahun akan datang? tiga tahun, empat tahun?.

    "Saya tidak peduli. Saya masih akan memakai warna Johor dengan rasa bangga, saya masih mahu berada di belakang kelab," katanya.

    Justeru, katanya pada penghujungnya, Johor masih kelab yang paling popular di negara ini.

    "Kami telah menerima pelbagai pengiktirafan, dari setiap organisasi AFC, World Football Summit (WFS), malah diikuti oleh 1.7 juta peminat dan jumlah penyokong yang semakin meningkat di negara ini," katanya.

    Oleh itu katanya, kesudahannya adalah perlunya kita berfikir secara positif.

    "Saya tidak tahu mengapa penyokong merungut tentang itu dan ini, jika anda tidak boleh menerima kekalahan, jangan menyokong bola sepak, pergilah lakukan sesuatu yang lain," katanya.

    Katanya lagi "Ini adalah sukan yang mana ada menang dan ada kalah. Ini adalah hanya sukan",.

    "Namun bagi saya yang sayangkan Johor, yang sayangkan negeri ini, yang sayangkan JDT, saya mahu berdiri di belakang pasukan saya. Saya tidak peduli sama ada kita menang atau kalah," katanya.

    Jadi ujarnya sekiranya penyokong Johor tidak mahu berdiri di belakang pasukan apabila mereka kalah? Itu terpulang.

    "Tidak mengapa. Tetapi sekurang-kurangnya ada masanya kita perlu melihat dalam diri kita melalui cermin dan tanya diri sendiri, bilakah kita mempunyai kejayaan?," soalnya lagi.




    Read more »

    DIPENJARA 12 TAHUN, 7 SEBATAN ROGOL ISTERI JIRAN

    Dipenjara 12 tahun, 7 sebatan rogol isteri jiran



    KOTA BHARU - Seorang buruh dihukum penjara 12 tahun dan tujuh sebatan oleh mahkamah sesyen, di sini, petang tadi kerana kesalahan merogol isteri jirannya.

    Mohd Rifaudin Che Azmi, 24, didakwa merogol guru agama yang ketika itu berusia 27 tahun di sebuah rumah di Kampung Tok Kerawat Dalam Mata Ayer, Pulai Chondong, Machang, pada jam 8.30 malam, 25 Oktober 2012.

    Hukuman diputuskan Hakim, Nazri Ismail selepas tertuduh yang masih bujang tersebut mengaku salah tertuduh tuduhan yang dikemukakan.




    Read more »

    HARAMKAN GERAI-GERAI TEPI JALAN

    Bangkok haramkan gerai tepi jalan


    BANGKOK - THAILAND. Kerajaan tempatan hari ini mengarahkan semua gerai tepi jalan utama ditutup dan dialihkan untuk mengelakkan kesesakan dan atas alasan kebersihan.

    Menurut laporan AFP, kakitangan Bandaraya Bangkok telah cuba mengumpul atau mengepung peniaga-peniaga tepi jalan selama beberapa bulan lepas.

    "Semua jenis gerai termasuk gerai pakaian, produk tiruan dan makanan dilarang beroperasi di tepi jalan utama bandar Bangkok," kata Ketua Penasihat Gabenor, Wanlop Suwandee.

    Dewan Bandaraya Bangkok mendakwa gerai-gerai menghalang laluan pejalan kaki dan mengotorkan kawasan sekitar.

    Arahan tersebut menyebabkan peniaga dan pengunjung tegar bandar Bangkok mengeluarkan bantahan.

    Mereka mendakwa 'keadaan tidak teratur dan kotor' tersebut sudah menjadi sebahagian tarikan Bangkok.

    Peniaga tepi jalan juga menjual makanan mereka pada harga jauh lebih murah dari restoran.

    "Membersihkan jalan-jalan utama dari peniaga adalah bagaikan membersihkan Bangkok dari budayanya," kata seorang pekerja agensi perlancongan, Chiwan Suwannapak.

    Selain itu, gerai-gerai tepi jalan Bangkok didakwa sebagai tarikan utama pelancong yang merupakan antara sumber utama ekonomi Thailand.




    Read more »

    KERAJAAN TAK FUNGSI KALAU TOLAK GST

    Kerajaan tak fungsi kalau tolak GST



    KUALA LUMPUR - Pembangkang hanya tahu menabur janji tanpa perlu membuktikannya melalui fakta untuk menarik sokongan politik.

    Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengulas penentangan berterusan pembangkang terhadap pelaksanaan GST bahawa pembangkang mempolitikkan isu itu tanpa 'berpijak di bumi yang nyata'.

    “Jika kita tolak GST bermakna kita tolak lebih RM50 bilion setahun dari bajet (RM260 bilion) sekali gus kerajaan memang tidak boleh berfungsi dan berkhidmat kepada rakyat.

    “RM260 bilion tolak RM50 bilion tinggal RM210 bilion sahaja. Hendak bayar elaun penjawat awam pun tidak cukup. Perkiraan pembangkang bersifat politik. Bukan kenyataan dan relevan,” katanya.

    Najib yang juga Presiden Umno berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, kelmarin.

    Mengulas lanjut tindakan pembangkang mempolitikkan isu GST demi kepentingan politik mereka, Najib berkata, rakyat perlu berwaspada apabila dijanjikan dengan pelbagai gula-gula dari pembangkang untuk meraih sokongan politik.

    Jelasnya, kerajaan perlu berdiri di atas sumber dan hasil kukuh seperti GST untuk bangunkan negara seperti dalam bidang keselamatan, kesihatan dan pendidikan.

    “Mereka boleh janji sesuatu yang mana mereka tidak perlu buktikan melalui fakta sebenar atau tidak berpijak di bumi yang nyata. Mereka hanya cakap apa mereka suka asalkan apa mereka cakap itu orang sedap dengar. Apa yang mereka cakap hanya untuk mengejar sokongan semata-mata,” katanya.

    Turut hadir, Naib Presiden parti yang menjalankan tugas Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Setiausaha Agung, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan ketua-ketua sayap.

    Mengulas lanjut Najib berkata, ia lebih beri tumpuan usaha menjayakan himpunan raksasa sempena sambutan ulang tahun kE-71 Umno di Stadium Bukit Jalil pada 11 Mei ini.

    Katanya, kira-kira 100,000 ahli akan membanjiri stadium itu dengan ‘lautan merah’ sebagai tanda komitmen tinggi anggota parti untuk terus berjuang mencapai kejayaan sehingga PRU14.

    Dalam pada itu, Najib berkata, mesyuarat cawangan yang sedang berlangsung sejak dimulakan 17 Mac lalu berjalan dengan baik malah bilangan ahli Umno juga semakin meningkat tahun ini, namun tidak mendedahkan jumlah sebenar.

    Najib berkata, mesyuarat itu juga bincang hal berkaitan persiapan PRU14, politik dan ekonomi.






    Read more »

    STESEN MINYAK BERUSIA 80 TAHUN

    Stesen minyak berusia 80 tahun



    Kuala Pilah - sebuah stesen minyak yang beroperasi di pekan Johol, di sini, mencatatkan sejarah tersendiri kerana sudah beroperasi sejak 80 tahun lalu dan khidmatnya masih diperlukan sehingga kini.

    Meskipun terdapat uar-uar stesen itu akan ditutup pada 1 Mac 2010 lalu, namun selepas mengambil kira keluhan dan kebimbangan penduduk sekitar, pemilik stesen berkenaan mengambil keputusan meneruskan operasi.

    Stesen minyak Chop Huat Hin di Jalan Besar, Johol yang dibina sebelum merdeka terus dikunjungi ramai berikutan di kawasan Johol hanya itu saja stesen minyak yang ada.

    Pekerja stesen pam minyak terbabit, Lim Chong Bo, 70, berkata, stesen itu merupakan tertua dalam daerah ini.

    “Saya sudah kerja lima tahun di sini. Ketika saya kecil, stesen minyak ini dah ada dan hingga kini masih mampu beroperasi.

    “Walaupun tapak stesen ini kecil, tapi permintaan penduduk sangat memberangsangkan sebab kedudukan Johol jauh dari Tampin dan Kuala Pilah. Jadi penduduk sangat bergantung kepada stesen ini bagi mengisi minyak,” katanya ketika ditemui, semalam.

    Menurutnya, stesen minyak berkenaan dibuka setiap hari bermula 7.45 pagi sehingga 7 malam.

    “Stesen ini tak pernah tutup, tetapi terhad sehingga jam 7 malam saja sebab waktu malam bukan waktu kemuncak.

    “Waktu kemuncak ketika pelajar pulang sekolah, musim perayaan, musim cuti persekolahan dan cuti umum. Kalau musim perayaan, memang tak menang tangan layan pelanggan.

    “Konsep di sini layan diri dan mempunyai dua pekerja termasuk saya,” katanya.

    Sementara itu, penduduk, Anuar Ishak, 58, dari Kampung Tanggai berkata, seharusnya kawasan berkenaan mempunyai lebih dari satu stesen minyak kerana kedudukan Johol terpencil dan menyukarkan penduduk untuk mengisi bahan bakar berkenaan.

    “Orang kampung ramai yang guna motosikal seperti warga emas. Jadi sangat memerlukan pam minyak di pekan-pekan kecil. 

    “Kalau macam saya, hendak ke Tampin semata-mata nak isi minyak, ia agak sukar. Jika stesen ni tutup, memang tiada jalan lain terpaksa pergi ke Tampin atau Kuala Pilah yang jaraknya lebih 10 kilometer,” katanya.

    Anuar turut mencadangkan pemimpin setempat mencari jalan terbaik untuk membina sebuah stesen minyak baharu berdekatan.




    Read more »

    JELAJAH PROMOSI TAHUN MELAWAT PAHANG 2017

    (YH Dato' Ishak Mokhtar, Pengurus Besar Pelancongan Pahang)


    Jelajah Promisi Tahun Melawat Pahang 2017 peringkat Zon Selatan telah bermula pada 26 April lalu dan akan berakhir pada 29 April akan datang.

    Siri Jelajah Zon Selatan ini melibatkan 4 buah negeri iaitu, Johor, Singapura, Melaka dan Negeri Sembilan.

    Delegasi jelajah ini melibatkan sebanyak 13 buah kenderaan serta 97 orasng peserta yang terdiri dari berbagai kalangan antaranya pengusaha hotel, pengusaha agensi pelancongan, individu-individu yang terlibat dengan industri pelancongan, agensi pelancongan kerajaan pusat dan negeri serta kumpulan budaya Negeri Pahang.

    Misi jelajah kali ini memberikan peluang secara langsung kepada pengusaha pelancongan Negeri Pahang untuk berhubung terus dengan agensi-agensi pelancongan dari negeri-negeri yang dilawati khususnya dari negara Singapura serta pelanggan berpotensi mereka bagi menjual produk secara terus disamping memberikan maklumat yang lengkap dan jelas mengenai produk mereka.

    Hari ini, (hari ke-3) Delegasi dijadualkan bertolak ke Air Hitam, Johor dan mengadakan roadshow di sana. Pada jam 3.00 petang nanti mereka dijadualkan mengadakan roadshow di Muar pula sebelum bertolak ke Melaka dan bermalam di Ujung Pasir, Melaka.

    Pada 29 April, Delegasi akan membuat roadshow di sekitar Bandar Melaka sebelum bertolak ke Port Dickson dan selepas itu akan membuat roadshow di R&R Seremban kira-kira jam 2 petang nanti. Delegasi dijangka tiba di Kuantan jam 8.00 malam nanti.


    (Sebahagian dari kenderaan yang menyertai delegasi Jelajah)


    (Pengusaha Hotel mempromosikan produk ...)


    (Sebahagian peserta bergambar bersama kumpulan kebudayaan)


     

    Read more »

    Thursday, April 27, 2017

    KERAJAAN TIDAK BELANJA BOROS, IKUT HAD DAN BERHEMAH


    PUTRAJAYA, 27 April (Bernama) -- Kerajaan tidak boros apabila berbelanja sebaliknya menekankan perbelanjaan mengikut kemampuan dan had serta berhemah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

    "Kita tidak boleh tergesa-gesa untuk berbelanja dan terpengaruh untuk berbelanja. Kalau meminjam duit perlulah untuk pelaburan produktif," kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

    Berucap pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Kewangan 2016, di sini hari ini, Najib berkata kerajaan akan memastikan hutang negara berada di bawah paras 55 peratus.

    Menurutnya, pada 2016 hutang negara berada pada paras 52.6 peratus.

    Menurut Najib asas ekonomi kini dalam keadaan yang begitu baik dan positif kerana kerajaan telah mengambil langkah-langkah yang tepat dan berani.

    Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan sijil kepada Zoraidah Ahmad pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Kewangan 2016

    Katanya kerajaan tidak memilih semata-mata meraih populariti atau menjadi orang yang popular bahkan sanggup berkorban demi kepentingan negara dalam jangka masa pendek dan panjang.

    "Kalau kita ini sebagai pembangkang, kita tidak perlu berpijak atas realiti, sebaliknya kita boleh menjanjikan sesuatu semata-mata meraih sokongan. Tetapi, kemungkinan mereka (pembangkang) sendiri tidak ikut melakukan kalau mereka dapat kuasa.

    "Sebaliknya, kita sebagai sebuah kerajaan, tidak boleh bersikap demikian. Apa keputusan yang kita lakukan, mesti berpijak di bumi nyata dan bertanggungjawab. Keputusan yang kita buat pasti tepat, (kerana) kalau salah buat keputusan, kesan buruk kepada ekonomi dan rakyat," tegas Perdana Menteri.

    Najib berkata langkah dan pandangan tepat membolehkan kerajaan mengurus ekonomi negara dan kewangan kerajaan dengan baik walaupun terdapat banyak ketidaktentuan dan tidak dapat diduga.

    "Tahun ini kita berusaha untuk meningkatkan lagi pencapaian ekonomi kita antara. 4.3 peratus dan 4.8 peratus. Di samping itu, kita pun lihat bahawa asas fisikal konsolidasi yang dijanjikan dan dilaksana pada 2009, defisit fisikal kita berada pada 6.7 peratus, dan tahun lepas pada 3.1 peratus.

    "Tahun ini, Insya Allah, kita dapat mencapai 3 peratus. Jadi, sedikit demi sedikit, kita menjurus kepada bajet berimbang dan satu hari nanti, kita akan dapat memenuhi matlamat yang kita hendak capai," kata Najib.

    Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata kerajaan telah mengambil langkah seperti melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) walaupun ada pihak yang berkata bahawa GST akan menyebabkan kerajaan menjadi tidak popular.

    "Sebagai Perdana Menteri, saya sanggup buat kerana saya percaya GST merupakan langkah yang amat tepat untuk ekonomi. Bila harga minyak merundum jatuh, kita kerugian RM35 bilion hasil negara. Kalau tidak ada GST. memang ekonomi negara kita akan tersungkur. Tetapi bila kita buat GST, Insya Allah tahun ini, dijangka mendapat hasil dalam lingkungan RM45 bilion.. .Belum tahu lagi tetapi itulah jangkaan kita.

    "Ini bererti bahawa kita boleh tentukan hasil negara kita berada pada tahap yang baik dan segala perkhidmatan yang hendak diberikan kepada rakyat dapat kita lakukan," katanya.

    Mengenai Pusat Transformasi Bandar (UTC), Najib berkata tidak negara di dunia yang menyediakan perkhidmatan UTC seperti Malaysia yang memberikan keselesaan kepada rakyat dalam urusan membuat pasport dalam satu jam serta mendapatkan rawatan di Klinik 1Malaysia dengan bayaran RM1.

    "Percayalah, negara berada pada landasan yang benar, dan bila kita buat secara gigih, dan akan capai apa yang diharapkan. Saya mahu lonjakan yang besar dan mahu menjadikan Malaysia antara 20 negara pertama di dunia menjelang 2050. Itulah aspirasi, hasrat dan impian kita, dan saya percaya kita boleh mencapai itu," katanya.

    Najib juga berkongsi dua pegangan Pengasas AliBaba, Jack Ma iaitu 'keputusan besar' dan 'sangat cekap' bagi memastikan Malaysia mencapai lonjakan berganda dalam pertumbuhan ekonomi.

    Sementara itu, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah dalam ucapannya berkata sebanyak 6.9 juta permohonan diluluskan bagi menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2017.

    Beliau berkata projek perintis My Beautiful New Home (My BN Home) di Lekir, Sitiawan telah mencapai prestasi yang cemerlang dengan satu unit rumah dapat disiapkan dalam tempoh sembilan hari, dan dijangka 50 unit di Lekir itu dapat siap dalam tempoh tiga bulan.

    "Kementerian Kewangan juga telah mengenal pasti UTC baharu yang akan dibina di Perlis, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Selangor. Semua termasuk pembangkang memuji UTC kerana dapat membuat pasport dengan pantas.

    Dalam pada itu, Mohd Irwan meminta penjawat awam memberi maklumat tepat kepada rakyat agar rakyat dapat memahami bahawa keadaan ekonomi negara berada pada landasan yang betul dan akan terus maju.




    Read more »

    share2