Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, October 21, 2016

INGIN TAHU RAHSIA KEPUTUSAN PEPERIKSAAN LEBIH BAIK?


Milo


Sarapan ialah hidangan yang paling penting setiap hari, oleh itu jangan ambil mudah penyediaan sarapan untuk anak-anak sebelum mereka melakukan aktiviti seharian.

“Saya sentiasa mengambil berat tentang anak-anak saya dan tabiat makan mereka di sekolah terutama pada musim peperiksaan,” kata Elma Kamal, ibu kepada dua orang anak.

“Saya sering bertanya diri sendiri – bagaimana saya dapat memastikan mereka mendapat nutrien secukupnya untuk kekal fokus dan meningkatkan prestasi pembelajaran terutamanya untuk menghadapi peperiksaan?”

Menjelang musim peperiksaan, pemakanan lebih penting berbanding sebelum ini.


Elma Kamal menambah, “Saya tertanya-tanya adakah makan makanan yang betul atau tidak cukup masa untuk makan kerana mereka perlu beratur untuk membeli makanan. Saya tahu, mereka memerlukan nutrien secukupnya supaya dapat memberi tumpuan semasa belajar atau menjawab kertas peperiksaan.

"Anak-anak saya cenderung makan lebih semasa peperiksaan kerana mereka sering mengadu lapar, sama ada disebabkan makanan itu tidak cukup nutrien atau kerana tertekan, saya tidak pasti. Bagaimanapun, apabila mereka lapar, satu perkara yang pasti ialah mereka tidak dapat memberi tumpuan penuh.”

Menjelang hari peperiksaan, Intan Juliana, sentiasa memberi sokongan kepada anak-anaknya.


“Peperiksaan boleh memberi tekanan. Bagi mengurangkannya, saya pastikan mereka makan seperti biasa dan mulakan hari dengan sarapan yang baik dan minum MILO®. Saya dapati mereka lebih bertenaga dan lebih fokus. Saya juga menemani mereka belajar dan rutin seharian supaya mereka tahu saya sentiasa di sisi menyokong mereka.”

Mungkin ramai tidak tahu bahawa guru-guru lebih memahami keadaan anak kita di dalam darjah kerana mereka dapat memerhatikan prestasi anak kita. Oleh itu tidak hairanlah ramai guru menekankan pentingnya sarapan yang sihat sebelum masuk ke kelas.

“Sarapan mesti diwajibkan walaupun di sekolah, sebelum kelas bermula,” kata Chong Nyoke Yen, guru di Campus Rangers. Selepas melihat kanak-kanak lesu dan hilang daya tumpuan, dia sedar sebab utama keadaan itu kerana mereka meninggalkan sarapan.

Bagi pengetua Campus Ranger, Rachel Wong, perubahan prestasi kanak-kanak berkaitan pemakanan lebih ketara pada musim peperiksaann. “Saya dapati kanak-kanak yang tidak bersarapan lebih cemas dan gelisah berbanding rakan yang bersarapan. Mereka akan bergegas mengambil makanan ringan yang akhirnya mengurangkan selera untuk makan makanan yang lengkap. Selepas makan mereka kembali bertenaga tetapi ia akan menurun dengan cepatnya. Dengan kata lain, mereka mula mengelamun dan hilang fokus di dalam kelas.

Jadi, apa yang boleh ibu bapa lakukan untuk mengelakkan keadaan ini?

Ibu bapa perlu memastikan anak mengambil sarapan yang seimbang sebelum ke sekolah supaya mereka cukup bertenaga dan lebih fokus, terutamas semasa belajar untuk peperiksaan.

Lebih-lebih lagi dengan secawan MILO® bercoklat yang lazat untuk sarapan.

Menurut Kajian MyBreakfast Study oleh Persatuan Pemakanan Malaysia dan Nestle yang melibatkan 8,705 kanak-kanak di seluruh negara, kanak-kanak yang mengambil minuman dengan rasa malt mempunyai mikronutrien harian yang lebih tinggi berbanding kanak-kanak yang tidak mengambilnya.

Kajian itu juga mendedahkan korelasi yang ketara di antara kanak-kanak yang mengambil minuman dengan rasa malt dan tahap aktiviti fizikal yang lebih tinggi.

Apakah maknanya? Didapati bahawa minuman dengan rasa malt lebih efektif dan mudah untuk meningkatkan diet secara keseluruhan.

Dengan lain perkataan, apabila anak anda minum secawan MILO® bersama sarapan pagi, mereka akan lebih fokus di dalam kelas.

“Saya percaya, sarapan amat penting untuk anak saya memulakan hari mereka. Saya juga memastikan anak saya menikmati secawan MILO® yang enak bersama sarapan sebelum ke sekolah. Inilah cara terbaik bagi memastikan mereka tidak mudah berasa lapar dan terdorong makan makanan ringan. Selagi mereka tidak berasa lapar, saya tahu mereka akan memberi perhatian di dalam kelas sebagai persediaan menghadapi peperiksaan,” kongsi Intan Juliana.

Sarapan ialah satu tabiat yang perlu disemai dalam kehidupan harian. Tunjukkan teladan dan bantu anak membentuk tabiat ini agar mereka dapat melakukan yang terbaik sepanjang tempoh peperiksaan yang penting ini.

MILO® mengandungi Activ-Go™, kombinasi unik PROTOMALT®, vitamin dan mineral yang membekalkan tenaga, mengurangkan keletihan dan menyokong fungsi-fungsi badan yang normal untuk membantu kanak-kanak ketika belajar untuk peperiksaan.

Untuk lebih banyak cerita dan tip bagaimana untuk Own the Day semasa peperiksaan, lawati www.milo.com.my


0 comments:

share2