Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, January 3, 2015

LIPIS: SAYA TAK TINGGAL APA, SEMUA HANYUT

banjir


Kuala Lipis - "Saya dah tak ada apa, baju sehelai, kain sehelai. Kain tudung pun tak sempat capai," ujar Sarimah Mat Yatim, 82, menceritakan rumahnya ranap dihanyut banjir.

Bagaimanapun katanya, dia bersyukur kerana sempat menyelamatkan diri daripada banjir yang melanda Kuala Lipis itu.

Ibu tunggal kepada tiga anak itu berkata, kini dia tumpang tinggal di rumah salah seorang anaknya di kawasan berdekatan.

Dalam kejadian minggu lalu, rumah Sarimah yang terletak di Kg Aur Gading itu musnah sama sekali dihanyutkan air.

"Makcik ni mata tak nampak, telinga tak dengar, tapi lawatan ini makcik keluar juga nak tengok," katanya ketika menyambut lawatan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadilah Yusof ketika melawat jambatan Sungai Tanum yang menjadi laluan pintas Kuala Lipis ke Gua Musang runtuh pada bahagian tebing.

0 comments:

share2