Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, October 21, 2016

[KUALA ROMPIN] RIBUT: 17 RUMAH ROSAK




Ribut di Kuala Rompin, 17 rumah rosak


Sekurang-kurangnya 17 buah rumah terjejas di beberapa kampung sekitar Kuala Rompin selepas dilanda ribut, petang semalam.

Ketua Kampung Kuala Rompin, Abdul Jalil Mohammad Lazim, berkata, kebanyakan rumah mengalami kerosakan di bahagian atap akibat diterbangkan angin.

Menurutnya, kampung yang terjejas itu Bandar Lama Kuala Rompin, Pulau Lang Kiri, Pulau Lang Kanan dan Kampung Tengah.

Sementara itu, Pengerusi Bencana Daerah, Mohd Zulkifli Hashim yang dihubungi mengesahkan kejadian dan agensi kerajaan terlibat serta pemimpin setempat sedang mengenalpasti rumah-rumah yang terjejas.

"Setakat ini belum ada jumlah tepat berkaitan jumlah rumah yang rosak. Semua pihak terlibat sedang menjalankan siasatan dan akan bersambung esok," katanya.


0 comments:

share2