Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, October 21, 2016

CECAIR MERKURI TUMPAH DI SEKOLAH


Cecair merkuri tumpah di sekolah


Tumpat - Cecair merkuri di dalam 30 termometer tumpah dalam kejadian di makmal sains Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Laut, semalam.

Dalam kejadian itu, Bomba Tumpat menerima panggilan pada jam 12.16 tengahari dan kemudiannya satu jentera Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) ke sekolah tersebut.

Ketua Balai Bomba dan penyelamat Tumpat, Penolong Penguasa Bomba, Wan Baijuri Wan Hassan berkata, sepasukan anggota bomba seramai 9 orang diketuai Pegawai Bomba Kanan 1, Marzuki Awang ke lokasi kejadian.

"Sampai ditempat kejadian, didapati ada tumpahan cecair merkuri itu di atas lantai bilik makmal dengan keluasan 20x20 kaki persegi.

"Pasukan Hazmat dipanggil untuk kerja-kerja pembersihan bagi memastikan tiada tanda-tanda lebihan merkuri di atas lantai serta di sekitar makmal tersebut," katanya.

Pasukan Hazmat diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II, Azlan Zainal dan operasi pembersihan itu selesai jam 3.01 petang.

Wan Baijuri berkata, tiada kecederaan dilaporkan, punca serta kerugian masih dalam siasatan.


0 comments:

share2