Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, March 11, 2014

MISTERI KEHILANGAN MH370



Ketika artikel ini ditulis, sudah lebih dari 69 jam MH370 hilang dan masih belum ada tanda-tanda ianya dapat ditemui. Secara peribadinya saya pada mulanya menganggap kemalangan ini adalah kemalangan biasa, sama ada pesawat berkenaan terhempas ataupun berlaku rampasan terhadapnya. Namun apa yang dihadapi ketika ini adalah satu tandatanya yang sangat membingungkan dalam mendapatkan jawapannya.

Pada satu ketika pihak MAS menawarkan keluarga terdekat mangsa untuk dibawa ke Beijing seolah-olah mangsa sama ada hidup atau mati akan ditemui disana. Namun setelah itu, konon keluarga mangsa akan dibawa ke Saigon setelah pihak Vietnam membawa khabar bahawa ditemui serpihan pesawat yang terhempas disana.

Bagaimanapun kebelakangan ini operasi SAR (mencari dan menyelamat) ditumpukan sekitar perairan Kota Bhahru. Nampaknya pasukan pencari juga masih keliru dan tidak mendapat maklumat sahih mengenai dimana menghilangnya pesawat MH370 itu. Kepakaran negara-negara luar juga masih gagal membantu meskipun mereka telah berusaha bersungguh-sungguh dan sedaya-upaya.

Tiada siapa yang mengetahui apa sebenarnya yang berlaku kepada MH370 itu. Namun Pemangku Menteri Pengangkutan DS Hishamuddin menyatakan bahawa sebarang kemungkinan adalah boleh diterima, sama ada ianya dirampas atau terhempas akibat sesuatu kerosakan yang berlaku. Selain itu pihak penyiasat juga yakin bahawa ada usaha dari MH370 untuk berpatah balik berdasarkan pemerhatian pada radar sebelum terputusnya hubungan.

Rakyat dan orang ramai diseru supaya tidak menyebar berita-berita palsu dan membuat sebarang spekulasi terutama yang berniat jahat. Ketahuilah bahawa keluarga mangsa yang dalam keadaan trauma dan tertekan, jangan lagi kita bebankan perasaan mereka dengan senda dan gurauan yang menyakitkan hati mereka. Kejadian ini bukannya sandiwara dan jangan dipolitikkan. Adalah lebih baik kita berdoa kepada Allah semoga segalanya akan selamat.

Kami mendapat khabar konon bahawa landasan mendarat (heli pad) di Hospital Besar Kuantan (HTAA) yang selama ini digunakan sebagai kawasan parkir telah dikosongkan mungkin sebagai persediaan untuk pendaratan helikopter sekiranya ada sebarang penemuan mangsa yang terselamat atau mayat mereka dalam pencarian yang masih dijalankan tanpa henti ini.




 Editor

4 comments:

  • Anonymous says:
    March 11, 2014 at 8:21 AM

    Jadi satu persoalan pula, adakah misteri kehilangan MH370 telah dirancang awal? Seperti apa yang kita tahu sebelum ini berkaitan dengan ADUN PAS Batu Buruk merangkap Penolong Setiausaha Agung PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi menyebarkan berita palsu tentang pesawat penumpang Air Asia AK5110 terhempas di Putrajaya , sekali lagi saya mahu bertanya, adakah puak pakatan pembangkang Malaysia ini sudah hilang akal hingga sanggup melakukan apa sahaja demi politik sempit mereka

  • Admin PahangKu says:
    March 11, 2014 at 10:01 AM

    Salam anon,

    Artikel yg saya tulis adalah persoalan dalam benak saya peribadi, saya tidak kaitkan dengan politik pembangkang namun pandangan tuan adalah hak tuan sendiri dan kami tetap menghormatinya - editor

  • paridah says:
    March 11, 2014 at 11:38 AM

    konspirasi ke mende weh...sedak mat ngutuk orang yerk...xkesian lalu ket orang mas yg explain tentang banyak sistem penerbangan canggih yg orangxterlibat langsung xfhm n tahu...mrk sendiri mengangapnya misteri yg diselubungi tandatanya n hanya berserah kpd Allah agar membuka hijab kebuntuan itu...

  • Admin PahangKu says:
    March 11, 2014 at 3:06 PM

    Terima kasih Paridah, satu pandangan yg rasional dn mengambil kira sensitiviti semua pihak terutama keluarga mangsa yg terlibat - editor.

share2