Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, March 11, 2014

TAHAN WANITA DISYAKI GRO




Kuantan - Seramai tujuh wanita warga Thailand dan seorang warga Indonesia ditahan dalam satu operasi di dua pusat hiburan semalam kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial serta tiada dokumen perjalanan sah.

Mereka turut disyaki terlibat dengan khidmat pelayan pelanggan (GRO) di dua premis terbabit.

Bagi mengaburi mata pihak berkuasa, penjaga pusat hiburan di Jalan Haji Ahmad, dekat sini mendakwa kesemua wanita itu bekerja sebagai pelayan dan tukang masak kepada pelanggan.

Dia juga beralasan sukar mendapatkan pekerja tempatan sebagai pelayan dan terpaksa mengambil khidmat pekerja Thailand.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri (Siasatan dan Perundangan) Superintendan Md Zamri Mat Zanu berkata, ketika serbuan, keadaan restoran itu malap manakala wanita terbabit dilihat sedang leka melayan pelanggan minum.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati, premis yang hanya menggunakan lesen operasi restoran menyalahgunakan lesen dengan menjadikan premis itu sebagai tempat hiburan. 

Menurutnya, Lelaki yang mengaku sebagai penjaga premis berkenaan bagaimanapun tetap ditahan polis kerana membenarkan perempuan warga asing bekerja tanpa permit kerja yang sah dan menyalahgunakan lesen restoran dengan menjadikan premis sebagai tempat hiburan.

“Dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Beserah pula, seorang lelaki yang disyaki penjaga premis turut ditahan kerana kesalahan sama. 

“Selain itu, serbuan ke atas premis pusat perjudian, polis merampas 24 unit komputer yang disyaki digunakan untuk aktiviti perjudian dan tetapi tiada tangkapan dilakukan.
Md zamri berkata, operasi malam itu menumpukan kepada pusat hiburan dan premis judi di bandar Kuantan hasil aduan orang awam dan intipan anggotanya sebelum ini.

Katanya, seramai 40 anggota dan sembilan pegawai membabitkan tujuh pasukan bertugas dalam operasi bersepadu Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Pahang yang bermula jam 10 malam itu.

0 comments:

share2