Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, July 5, 2016

RAYA PENUH BERMAKNA


Raya penuh bermakna


Kangar - Sambutan Aidilfitri kali ini pastinya lebih bermakna selepas tuah menyebelahinya menang RM1,000 wang Peraduan Rakyat 1Malaysia (PR1M).

Syafri Yusar, 45, ketika ditemui berkata, dia sangat teruja apabila dihubungi pihak Sinar Harian berhubung kemenangannya.

“Bagi saya ini rezeki yang sangat bernilai sebab boleh gunakan untuk perbelanjaan raya.

"Duit ni saya akan gunakan untuk beli keperluan hari raya dan insya-ALLAH akan diberikan juga kepada kanak-kanak sempena hari raya nanti,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Sanglang, semalam.

Tambahnya, rezeki yang diperoleh ini perlu dikongsi supaya mendapat keberkatan.

Syafri yang sudah berkali-kali menyertai peraduan ini tidak menyangka yang dia akan menang.

“Saya tahu ramai yang hantar penyertaan sebab ianya terbuka seluruh Malaysia. Memang saya mengharap untuk menang cuma tak berapa yakin yang saya boleh menang.

“Bila tahu kata menang rasa seronok dan rasa lagi semangat nak sertai peraduan PR1M ni,” katanya.


0 comments:

share2