Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, September 26, 2015

REMAJA MAUT DIPANAH PETIR




Kuala Terengganu: Seorang remaja maut dan tiga lagi cedera akibat dipanah petir di Kampung Pak Katak, Batu 6 di sini, petang semalam.

Mangsa Mohd Zamaqusyairi Ismail, 15, meninggal dunia di tempat kejadian selepas cedera parah di dada kiri.

Tiga lagi mangsa iaitu Mohd Syamsul Mohd Nor, 32, cedera kepala dan Mohd Syawal Zakaria, 14, cedera di kaki manakala Khairi Fatullah Mohd Zaid, 20, mengalami telinga berdesing, dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) oleh penduduk kampung untuk rawatan.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika Mohd Zamaqusyairi bersama tiga sepupunya sedang membuat perangkap belut berhampiran kandang kambing milik bapanya, Ismail Ayub, 37.

Kejadian disedari seorang lagi sepupunya, Mohd Khairul Rani @ Mohd Noor, 24, selepas diberitahu Khairi Fatullah.

"Saya bergegas mendapatkan mereka tetapi sebaik memeriksa nadi Mohd Zamaqusyairi, saya dapati dia sudah tidak bernyawa. Saya kemudian memberitahu penduduk kampung dan membuat laporan di Balai Polis Gong Badak kira-kira jam 4.45 petang," katanya.

0 comments:

share2