Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, May 14, 2015

[LIPIS] 8 BUAH RUMAH SIAP UNTUK MANGSA BANJIR DI AUR GADING



Bencana banjir besar yang melanda negara tahun lalu mengakibatkan banyak kerosakan yang terpaksa ditanggung sama ada oleh kerajaan mahupun rakyat.

Di sebuah kampong terpencil di daerah Lipis, banjir telah memusnahkan banyak kemudahan awam termasuk jambatan dan menenggelamkan dewan awam.

Bencana banjir itu juga mengakibatkan beberapa keluarga telah kehilangan rumah kediaman mereka. Menteri-menteri termasuk Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan DS Hishamuddin Hussein turut melawat mangsa dan kampong berkenaan untuk memberikan bantuan.

Kini, sebanyak 8 unit rumah bagi mangsa banjir di Kampung Aur Gading, Kuala Lipis, Pahang telah siap dibina dengan usaha kerajaan Barisan Nasional yang prihatin kepada masalah rakyat.

Janji kerajaan bukan janji kosong semata-mata, cuma rakyat juga perlu bertimbang rasa kerana kerajaan dengan budi bicaranya memberikan bantuan berdasarkan kepada keutamaan.








0 comments:

share2