Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, September 29, 2017

[MARAN] KESELAMATAN, KUALITI: 56 SYARIKAT TERIMA ANUGERAH


Keselamatan, kualiti: 56 syarikat terima anugerah


Sebanyak 56 syarikat menerima anugerah pada Majlis Anugerah Keselamatan dan Kualiti Makanan Peringkat Negeri Pahang 2017 yang berlangsung di Pejabat Agama Islam daerah Maran, baru-baru ini.

Daripada jumlah tersebut, 55 buah syarikat menerima Anugerah Penyampaian Skim Pensijilan MeSTI, 33 menerima Skim Pengiktirafan BeSS dan sebuah syarikat lagi menerima Anugerah Medan Selera.

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam), Dr Mohamed Sapian Mohamed berkata, anugerah ini dilangsungkan bagi memberi penghargaan dan mengiktiraf pengusaha-pengusaha industri serta premis makanan yang telah mematuhi piawaian keselamatan dan kualiti makanan. 

"Penghargaan ini diiktiraf melalui pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) kepada kilang pemprosesan makanan manakala pensijilan Bersih, Selamat Dan Sihat (BeSS) kepada premis makanan yg menyediakan makanan yang sedia untuk dimakan (ready to eat).

"Anugerah pertandingan Medan Selera Bersih, Selamat Dan Sihat dianjurkan untuk menggalakkan amalan kebersihan di kalangan pengusaha dan pengendali makanan di Medan selera. Pihak kesihatan bersama-sama pengusaha premis makanan iaitu ANIH Berhad telah bekerjasama untuk membabitkan diri di dalam Pertandingan Medan Selera Bersih, Selamat Dan Sihat Kategori E iaitu Medan Selera yang beroperasi di kawasan rehat Dan rawat.

"Medan selera di Kawasan Rehat Dan Rawat Genting Sempah di Bentong telah dinobatkan sebagai Johan di peringkat Negeri Pahang, dan seterusnya dicalonkan ke peringkat Kebangsaan.

Medan selera di Kawasan Rehat Dan Rawat Genting Sempah di Bentong merupakan antara lima yang terbaik di peringkat Kebangsaan," katanya ketika memberikan ucapan yang turut merasmikan majlis tersebut di Dewan Auditorium Pejabat Agama Islam Daerah Maran, Maran, di sini, semalam.


0 comments:

share2