Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, July 22, 2017

SERANG PKR HANYA KEBETULAN: JAMAL


Jamal Md Yunos.


Sungai Buloh – Tidak menyerang PKR, tetapi Pakatan Harapan secara keseluruhannya.

Itu reaksi Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos, menjawab persoalan mengapa hanya PKR dilihat menjadi bahan ‘serangannya’.

“Ini bukan masalah PKR atau apa, tetapi Pakatan Harapan meletakkan pemimpin PKR sebagai presiden, kononnya.

“Saya pun keliru sebenarnya dengan Pakatan Harapan. Ada tiga pemimpin, Tun Mahatihr (Tun Dr Mahathir Mohamad) ke, Wan Azizah (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) ke, ramai sangat. Siapa bos?” soalnya.

Pagi semalam, Jamal bersama lebih 50 pengikutnya menaiki Transit Aliran Massa (MRT) dengan membawa mock up gambar Presiden Pakatan Harapan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dari stesen Stadium Kajang ke stesen Sungai Buloh.

Mock up gambar itu tertera kapsyen 'Tq PM kerana menyediakan perkhidmatan MRT dari Kajang ke Sg Buloh. Mudah la Kak Wan menziarahi suami Kak Wan di Sg Buloh'.


0 comments:

share2