Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, July 1, 2016

HORMATI KEPUTUSAN AHMAD HUSNI, HENTI SPEKULASI - MB PAHANG









Keputusan bekas Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah melepaskan semua jawatan dalam Kabinet dan UMNO tidak seharusnya dipolitikkan atau menimbulkan pelbagai spekulasi, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, Dato' Sri DiRaja Haji Adnan Yaakob. 

Beliau berkata setiap individu mempunyai hak untuk menentukan pilihannya dan semua pihak perlu menghormati pilihan itu. 

"Beliau (Ahmad Husni) telah lakukan tugas yang baik dan sekarang memilih untuk berundur. Berundur ini banyak sebabnya...kita tak usah nak viral, spekulasi atau buruk sangka. 

"Biar Ahmad Husni berehat. Sekarang tidak ada sesiapa yang boleh paksa kitapegang jawatan atau bersara. Itu yang menjadi amalan parti dan kerajaan," kata menteri besar kepada Bernama pada Khamis. 

Pada Isnin, Ahmad Husni melepaskan semua jawatannya dalam UMNO dan hanya mengekalkan jawatan Anggota Parlimen Tambun manakala pada Jumaat sebelumnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peletakan jawatan Ahmad Husni sebagai Menteri Kewangan Kedua.

Menteri Besar Pahang juga turut menyifatkan tindakan pembangkang yang membesar-besarkan isu peletakan jawatan Ahamd Husni sebagai 'tindakan biasa yang tidak perlu dihairankan kerana sudah menjadi lumrah sebagai pembangkang'. 

Menteri Besar Pahang itu menambah apa yang seharusnya menjadi keutamaan UMNO adalah memastikan pengganti Ahmad Husni dapat meneruskan dan melakukan tugas dengan cemerlang seperti yang telah dicorakkan beliau. 

"Umno juga tidak akan bermasalah. Jika dilihat sejarah parti, UMNO telah melalui pelbagai krisis sebelum ini. Kita hanya perlu pandang ke depan, fokus dan bertahan...Mereka yang pandang ke belakang memang akan ketinggalan. 

"Dalam politik pelbagai perkara boleh berlaku tapi siapa yang boleh bersabar, bertahan dan dapat mengatasi segala cabaran, merekalah yang akan bertahan," katanya. 

Mengulas pemecatan bekas Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin danbekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir daripada Umno pada Jumaat lalu, Adnan berkata tindakan itu membuktikan tiada siapa mengatasi peraturan danundang-undang parti. 

Sebagai sebuah parti yang memerintah, UMNO juga perlu menunjukkan contoh dankomitmen terhadap undang-undang yang didukungnya kepada parti lain, khususnya kepada parti komponen Barisan Nasional (BN), tambahnya.


0 comments:

share2