Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, July 1, 2016

EKSPERIMEN BUKTIKAN MANUSIA MEMILIH DAKAM MENOLONG


Eksperimen buktikan manusia memilih dalam menolong


Sebuah eksperimen oleh United Nations Children's Emergency Fund (UNICEF) membuktikan orang awam memilih dalam menolong kanak-kanak berdasarkan taraf hidup.

Disebabkan realiti pahit tersebut juga UNICEF terpaksa menghentikan eksperimen berkenaan selepas pelakon yang digunakan menangis akibat terlalu tertekan.

Menurut beberapa video yang viral di Youtube, seorang kanak-kanak perempuan, Anna, 6 digunakan untuk melakonkan dua watak iaitu kanak-kanak berpakaian kemas dan kanak-kanak berpakaian selekeh.

Anna kemudian diletakkan seorang diri di beberapa lokasi di Tbilisi, Georgia sambil dirakam dari jauh.

Melakonkan watak kanak-kanak berpakaian kemas, orang awam dilihat mendekati dan membantu Anna dan menyangka kanak-kanak tersebut sesat.

Sebaliknya ketika berpakaian compang-camping, Anna tidak dihiraukan langsung.

Situasi lain termasuklah Anna berjalan di kedai makanan dan ditegur orang awam, termasuk dicium dan dipeluk ketika berpakaian kemas.

Menukar kembali pakaian selekeh, Anna langsung tidak dipedulikan, dianggap pencuri, malah dihalau keluar dari kedai.

Reaksi tersebut menyebabkan Anano berlari sambil menangis.

"Merumuskan eksperimen ini dalam satu perkatan adalah, ketidakadilan (unfair)," kata video tersebut.

"Ramai lagi kanak-kanak di jalanan yang menerima reaksi negatif dari orang awam, dan mereka memerlukan perhatian dan jagaan kita," akhiri video tersebut.


0 comments:

share2