Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, July 1, 2016

HANYA PEMBANGKANG DIDAKWA: TUDUHAN TAK BERASAS


Lim Guan Eng


Kuala Lumpur - "Tidak berasas!" Demikian reaksi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said ketika diminta mengulas mengenai wujud pendakwaan terpilih oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ini susulan pendakwaan ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng atas pertuduhan rasuah berhubung penukaran zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran.

Menurut Azalina, cepat atau lambat sesuatu proses pendakwaan tertakhluk kepada bukti-bukti yang diperoleh agensi terlibat.

"Sistem negara kita kalau nak buat apa-apa tuduhan, agensi boleh siasat tapi yang menentukan pendakwan adalah Pejabat Peguam Negara (AG).

"Kalau AG puas hati adanya satu tuduhan yang boleh dikeluarkan, itu prerogratif AG. Kalau mana-mana kes itu masih buktinya tidak kukuh...banyak juga kes yang ditolak. Ini normal dan biasa," katanya pada sidang media ketika Majlis Berbuka Puasa Bersama Majlis Aids Malaysia, di sini, semalam.‎

Namun menurutnya, ia sudah menjadi kebiasaan kepada pembangkang untuk mempolitikkan semua perkara.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di Georgetown atas dua pertuduhan rasuah tersebut.

Kelmarin, Guan Eng ditahan SPRM sebaik habis mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco Kerajaan Negeri di Komtar.

Susulan itu, Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail tampil mempersoalkan tindakan SPRM yang hanya mengenakan tindakan kepada pembangkang.

Sebaliknya pemimpin kerajaan yang didakwanya terlibat dalam skandal kewangan terbesar dapat menikmati kekebalan di sisi undang-undang.


0 comments:

share2