Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, October 28, 2014

SEKUMPULAN BELIA REMPUH PINTU PAGAR UTAMA UM

Kuala Lumpur -- Kira-kira 300 belia, termasuk sekumpulan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) merempuh masuk pintu pagar Universiti Malaya (UM) di sini kira-kira 9.20 malam tadi untuk menghadiri acara pidato Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tinjauan Bernama mendapati mereka, yang mula berkumpul di hadapan pintu pagar utama university itu kira-kira 8 malam tadi, melaungkan 'buka, buka' apabila mendapati pintu pagar itu berkunci.

Laungan mereka yang tidak diendahkan oleh pengawal keselamatan UM menyebabkan mereka bertindak merempuh pagar itu sehingga ia terbuka.

Terdahulu, kawalan keselamatan di pintu pagar utama UM diperketatkan selepas 6 petang dan seterusnya ditutup untuk lalu lintas kira-kira 7.30 malam.

Anwar yang tiba di perkarangan UM kira-kira 9.40 malam, dibenar berucap selama 20 minit di atas kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux di perkarangan Dewan Tunku Canselor.

Beliau ditemani isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden PKR.

Anwar antara lain mengecam tindakan pihak pengurusan UM yang tidak membenarkannya menyampaikan pidato bertajuk '40 Tahun Dari UM Ke Penjara' anjuran Persatuan Mahasiswa UM.

Sementara itu satu Majlis Makan Malam Bantah Akta Hasutan anjuran badan bukan kerajaan diadakan di Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dekat sini, malam ini.

Majlis itu dihadiri pemimpin parti pembangkang termasuk Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden PKR, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP dan bapanya, Penasihat DAP Lim Kit Siang, penaung Negara-ku Datuk S. Ambiga serta Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Bagaimanapun Anwar dan isteri tidak sempat hadir berikutan kelewatan serta kekecohan pada acara pidato di UM.

0 comments:

share2