Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, October 27, 2014

LELAKI POTONG KEMALUAN SENDIRI




Seorang lelaki Macedonia memotong kemaluannya, lalu membuangnya ke dalam tong sampah selepas dihina kekasihnya.

Oliver Ilic (22) sedang berada di ranjang bersama kekasihnya dan bersedia untuk berhubungan seks. Namun, Oliver kemudian menjadi malu sekaligus marah kerana sang kekasih menyebut "burung" lelaki itu kecil.

Seperti dilapor Kompas.com, Tanpa fikir panjang, Oliver pulang ke rumahnya, mengambil sebilah pisau cukur, lalu memotong kemaluannya sendiri sebelum membuangnya ke dalam tong sampah.

Setelah mengalami pendarahan, Oliver akhirnya menelefon hospital untuk meminta bantuan. Pasukan perubatan kemudian datang membantu pemuda yang sudah berlumuran darah itu.

Kepada paramedik, Oliver berkata kejadian itu disebabkan ukuran penisnya yang kecil. Dia berkata, kerana bersaiz kecil, zakar itu tak berguna dan dia memutuskan untuk memotongnya.

Pemuda itu segera dikejarkan ke hospital bandar Kocani. Sementara itu, polis menggeledah kediaman Oliver untuk mencari potongan zakar pemuda tersebut.

Setelah dijumpai, potongan zakar itu kemudian dibawa ke hospital bagi disambung kembali. Malangnya, di bandar kecil Kocani, tak ada doktor bedah yang cukup mahir melakukan penyambungan organ tubuh seperti itu.

Oliver dan potongan zakarnya kemudian dihantar ke ibu kota Skopje yang mempunyai lebih banyak hospital dan pakar bedah. Mujur, di sana seorang pakar bedah berjaya menyambung kembali kemaluan Oliver setelah melakukan operasi selama lima jam.

Walaupun berjaya menyambung kembali zakar Oliver, para doktor mengatakan masih terlalu awal untuk menyebut operasi penyambungan itu berjaya. Doktor juga belum dapat memastikan sama ada zakar Oliver akan kembali berfungsi seperti semula.

0 comments:

share2