Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, October 28, 2014

CERAMAH ANWAR DI UNIVERSITI MALAYA

IMG-20141027-WA0074

IMG-20141027-WA0070






8.15 Malam: Kira-kira 500 orang penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim berkumpul di hadapan pintu masuk Universiti Malaya laluan Kuala Lumpur yang telah ditutup sejak jam 6 petang tadi. Universiti Malaysia sebelum ini menyatakan program ucapan Anwar Ibrahim sempena rayuan kes liwat beliau di Mahkamah Persekutuan esok, yang dirancang di dalam Universiti Malaya tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa Universiti.

8.35 malam: Anwar Ibrahim belum tiba walaupun ceramah dijadualkan jam 8.30 malam. Sebahagian penyokong yang berkumpul mula bercakap-cakap mahu merempuh pintu pagar Universiti Malaya. Setakat ini tiada anggota polis berpakaian seragam atau pasukan simpanan persekutuan (FRU) dipanggil mengawal keadaan.

8.45 malam: Wakil himpunan minta pihak keselamatan benarkan pelajar di dalam kampus dibenarkan keluar mendengar ucapan Anwar Ibrahim di luar pagar. Sehingga kini belum ada bayangan kehadiran Ketua Pembangkang tersebut.

8.50 malam: Pihak keselamatan UM benarkan mahasiswa sebelah dalam kampus keluar. Selain mahasiswa UM, dikesan juga mahasiswa UIA, UKM dan Unisel. Keseluruhan mereka dianggarkan 600 orang sehingga sekarang. Belum ada tanda kehadiran Anwar Ibrahim. Setakat ini pemimpin PKR yang kelihatan ialah Ahli Parlimen Sungai Petani, YB Johari Abdul dan Chegu Bard.

9.00 malam: Wakil mahasiswa mula berucap mendesak kebebasan mahasiswa. Mendesak Anwar Ibrahim dibenarkan berucap di Dataran Universiti Malaya.

9.20 malam: Pintu pagar Universiti Malaya DILAPORKAN telah dirempuh dan roboh (TIADA PANDANGAN JELAS DARI BELAKANG)

9.35 malam:Anwar dijangka tiba dalam masa terdekat untuk menyampaikan ucapan. Sebelum ini beberapa ucapan provokasi berterusan di luar universiti Malaya.

9.40 malam: Anwar Ibrahim telah tiba di perkarangan Universiti Malaya.

9.50 malam: Anwar Ibrahim berjaya melepasi pintu pagar Universiti Malaya dan berarak ke dalam Universiti.

10.00 malam: Presiden PMUM, Fahmi Zainol, “Terima Kasih Semua yg hadir kerana berjaya menukar imej UM pada malam ini- Mengajak mahasiswa hayati sejarah peristiwa baling.Ketika peristiwa baling mahaisiwa bangkit. Menuntut Roh kebebasan bersuara Kebebasan akademik dan kebebasan Aktiviti. Sejarah sesebuah negara kebanyakan diubah oleh Mahasiswa. Di Malaysia UM ada contoh. Ayuh Cipta Sejarah Baru UM bersama Anwar Malam Ini.”

10.05 malam: Intipati Ucapan Anwar Ibrahim: “UM berjasa Kepada Saya. Terima Kasih Diberi ruang Masuk oleh kerana usaha dan gigih Anak Muda.Saya dikecam 16 tahun,Apa salah sy masuk 20 minit bagi ucapan? Percaya Akan ramai Anak Muda Seperti Fahmi Akan Bangkit Untuk Masa Depan Malaysia Lebih Baik. UM Uni Apa? Dialog tak boleh,ceramah tak boleh, bengkel tak boleh? Apakah jatuh dan rosak mutu pendidikan UM kalau saya masuk? Mutu Pendidikan UM lebih tinggi ketika saya mahasiswa. Tuntut academy freedom di semua IPTA dinegara ini.Tuntut UM kembalikan maruah dan martabat Universiti.Samarata anak cina dan india,jangan tindas.negara kaya hasil.masul tapi rakyat dibebani kos sara hidup yang tinggi.”

10.15 malam: Intipati Ucapan Anwar Ibrahim: “Ketika berada di London Ikhawnul muslimin menyatakan agar saya tidak pulang ke kuala lumpur Saya tidak bersalah, tiada sebab saya dihukum dan terus difitnah. Saya Masih Letak Harapan Kepercayaan kepada Makhamah tinggi dan Saya WAJIB dibebaskan.! kalau takdir saya salah atas arahan politik, saya akan bertenang, umur sudah 67 tahun. Namun tidak patut bagi sesiapa yang siuman menolak saya masuk ke dalam penjara”

10.35 malam: Sekian laporan dari Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Laporan oleh Mohd Zafrarollah Mohd Nordin






0 comments:

share2