Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, September 30, 2014

POLIS DEDAH GAMBAR SUSPEK GODAM ATM


Foto Facebook PDRM

Shah Alam – Polis hari ini mendedahkan gambar-gambar suspek dalam siri insiden kehilangan wang dari beberapa buah mesin ATM di negara ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Mortadza Nazerene berkata, pihaknya telah memulakan siasatan dan melancarkan operasi khas, ‘Ops Albatross’ untuk mengesan dan mengheret pihak yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.

“Siasatan awal menunjukkan bahawa terdapat beberapa lelaki yang dipercayai warga asing, telah membuka panel bahagian atas ATM dengan menggunakan ‘common key’, kemudiannya, satu cakera padat (CD) dimasukkan ke dalam CD-ROM yang terdapat di dalam mesin berkenaan untuk menyuntik Malware yang dikenali sebagai ‘ulssm.exe’.

“Selepas mengeluarkan CD, panel akan ditutup semula dan ahli sindiket akan mengeluarkan kesemua wang di dalam ATM tersebut menggunakan panel kekunci dengan memasukkan kod tertentu yang diterima melalui panggilan telefon daripada rakan sejenayah.

“Slot kad ATM akan disumbat dengan objek berupa kad sim, kertas ataupun puntung rokok bagi menyekat akses pengeluaran wang oleh pengguna lain,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam kenyataan sama, beliau memohon kerjasama orang ramai untuk tampil membantu siasatan.

“PDRM komited untuk membanteras jenayah ini sehingga ke akar umbi bagi mengekalkan keyakinan rakyat terhadap institusi kewangan tempatan.

“Sehubungan itu, PDRM turut memohon kerjasama anggota masyarakat untuk tampil ke hadapan bagi membantu siasatan polis.

“Sila hubungi Senior Asisten Komisioner Mohd Kamarudin Md Din di talian 019-6000135 atau 03-26163839 jika mempunyai sebarang maklumat berhubung jenayah ini,” katanya.

Semalam, polis melaporkan satu sindiket dipercayai dari Amerika Latin melarikan wang tunai lebih daripada RM3 juta, setelah menggodam 17 mesin ATM di Selangor, Melaka dan Johor.

Read more »

AHLI POLITIK SABAH SAH DITAHAN SPRM


SPRM

Shah Alam - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengesahkan seorang ahli politik Sabah telah ditahan oleh pihaknya bagi menyiasat laporan mengenai wujudnya amalan rasuah oleh ahli politik itu.

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mohd Jamidan Abdullah berkata, ahli politik itu dibebaskan selepas keterangannya diambil.

“Merujuk kepada laporan media mengenai penahanan seorang ahli politik Sabah, SPRM mengesahkan penahanan individu berkenaan telah dibuat pada Jumaat, 26 September 2014.

"Beliau hadir ke ibu pejabat SPRM untuk diambil keterangan.

“SPRM masih menjalankan siasatan ke atas individu ini di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berkaitan dakwaan wujudnya amalan rasuah dalam pembayaran pampasan tanah milik kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Terdahulu sebuah akhbar tempatan hari ini melaporkan bahawa seorang Ketua Umno Bahagian di Sabah sedang disiasat oleh SPRM berhubung penyalahgunaan kuasa melibatkan wang berjumlah RM300 juta.

Ahli politik tersebut telah ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Khamis lepas.

Sumber

Read more »

SEKARANG PAS JUGA DIBULI AHLI SENDIRI


Hasan Mohamed Ali

Shah Alam - [DIKEMASKINI] Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali menyifatkan sikap buli dua parti komponen PR terhadap Pas bukan perkara baharu.

Malah katanya, Pas bukan sahaja dibuli pihak luar tetapi juga oleh ahli parti sendiri.

"Ada pimpinan tertinggi Pas yang berani menyangkal kenyataan presiden sendiri yang mana perkara sedemikian tidak pernah berlaku sebelum ini.

"Saya lihat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang seolah-olah menghadapi tekanan hebat dari dalam dan luar dalam masa sama," katanya, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang disiarkan dalam Sinar Harian semalam, bahawa Pas menjadi mangsa buli DAP dan PKR.

Nik Mohamad Abduh meluahkan pendapat beliau itu melalui laman 
Facebook beliau, kelmarin.

Menceritakan keadaan Pas sejak penggabungan ketiga-tiga parti itu pada 2008, Hasan berkata Pas dilihat sukar membuat keputusan dan terpaksa mengikut rakan parti yang lain.

"Pas sebelum ini merupakan parti yang cukup kuat. Ia jelas berlandaskan asas perjuangan teguh yang mahu melihat negara ini ditadbir dengan nilai-nilai Islam sebenar tanpa membelakangkan kaum lain.

"Sejak diterajui presidennya Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor, tiada siapa yang boleh membuli Pas. Tetapi sebaliknya berlaku pada zaman Abdul Hadi. Dahulu, semua kepala presiden 'sejuk' sahaja, kalau ada masalah atau isu-isu semasa, presiden ada kuasa bercakap,
dan kata-katanya diterima baik semua ahli dan juga dihormati orang luar. Tetapi tidak lagi hari ini," katanya.

Malah Hasan berkata, beliau turut melalui pengalaman dibuli sehingga dipecat daripada Pas pada 2012.

"Lapan tahun saya berada di Selangor, memegang jawatan sebagai exco kerajaan negeri, Pesuruhjaya Pas dan Naib Presiden Pas selama tiga penggal.

"Saya perjuangkan isu Islam, namun suara saya tidak didengar. Pimpinan Pas ketika itu lebih mendengar kata-kata daripada parasit dalam parti sahaja," katanya.

Ditanya sama ada Pas perlu keluar daripada PR, Hasan berkata perkara utama yang perlu dilakukan Pas terlebih dahulu adalah membuang golongan yang digelarnya sebagai parasit dalam parti itu pada pemilihan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat pada 2015.

"Sama ada presiden (Pas) dan (Majlis Syura) Ulama Pas tahu atau buat-buat tidak tahu, (parasit) inilah sebenarnya yang boleh membinasakan Pas.

"Golongan parasit boleh melumpuhkan Pas kerana mereka tidak lagi menyokong presiden tetap lebih kepada pemimpin parti lain. Jadi, saya melihat perkara ini semakin serius dan perlu diperbetulkan," katanya.

Read more »

PENYANYI ANTARA SUSPEK KES BUNUH SUAMI

Penyanyi 90an antara suspek kes bunuh suami


AMPANG: Hari ini berita tentang penyanyi tahun 90-an yang membelasah suaminya sehingga mati di Ampang menjadi Trending di media sosial dan blog-blog hiburan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan suspek direman.

Seorang daripada tiga suspek itu adalah penyanyi tahun 90-an, Nouri Ramli bersama dua orang anak saudaranya.

Mereka ditahan pagi tadi dan direman di bawah seksyen 117 kanun acara jenayah bagi membantu siasatan.

Kejadian dipercayai terjadi sekitar jam 5 petang selasa apabila berlaku pertengkaran melibatkan mangsa dan isterinya berhubung isu perebutan anak.

Kes disiasat mengikut seksyen 302 kanun keseksaan kerana membunuh.

Nouri Ramli pernah popular dengan lagu hadirmu yang terakhir dan turut memenangi anugerah artis baru wanita terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM) pada tahun 1999.




Read more »

ALIFF AZIZ CURI 2 TELEFON BIMBIT, BAKAL DIPENJARA


Aliff Aziz

Penyanyi kelahiran Singapura Aliff Aziz berdepan hukuman penjara 20 hari sekiranya gagal melunaskan denda berjumlah $2,000 berikutan kesalahan mencuri dua buah telefon bimbit.

Kesalahan itu dilakukan pada Mei lalu apabila dia mencuri telefon berjenama HTC One dan 
Samsung Note 1 milik dua individu berbeza.

Akhbar terbitan Singapura itu turut melaporkan Aliff telah didakwa pada 16 ogos lalu atas kesalahan yang dilakukan.

Read more »

PELAKON, PENERBIT KUTUK ARTIKEL FFM26 SEMAKIN MENGARUT





KUALA LUMPUR: Penerbit dan pelakon filem tempatan hari ini menyelar artikel bertajuk “FFM26 semakin mengarut” yang tersiar dalam sisipan Pancaindera, Mingguan Malaysia semalam.

Artikel tulisan Mustafa A.R., wartawan veteran yang telah berkhidmat lebih 30 tahun dengan Utusan Malaysia itu disifatkan mengarut dan tidak relevan dengan masa kini.

Menurut tweet pelakon filem Hanyut, Sofia Jane, artikel tersebut terutamanya di perenggan terakhir sangat membimbangkan dan menyakitkan hati.




 Adakah pelakon bukan Melayu tidak layak dicalonkan? Itulah persoalan yang mungkin sedang bermain di fikiran pembaca artikel tersebut yang disiarkan pada Ahad.

Selain mempertikaikan pelakon, Mustafa turut mempertikaikan kemenangan filem Bunohan pada festival edisi yang lalu.

Bunohan dianggap tidak baik tanpa alasan yang kukuh dengan hanya bersandarkan filem aksi, ganas dan seram tidak wajar diangkat sebagai filem terbaik.

Pelakon filem Terbaik Dari Langit, Megat Sharizal menganggap kritikan tersebut sangat melucukan dan portal DailySeni turut mengutus satu balasan kepada kenyataan tersebut.


                        Bunohan tak layak menang FFM? Hahahahahahahahha now that's a joke......
                           — Megat Sharizal (@Megat_Sharizal) September 29, 2014


Berpegang pada paksi filem Tanda Putera arahan Shuhaimi Baba lebih layak, kritikan kepada ulasan Mustafa diulas dengan lebih lanjut seperti yang disiarkan oleh portal MalaysiaKini.

Bagi penulis, turut dianggap memburukkan keadaan adalah penyenaraian lima filem terbaik yang semuanya diterbitkan oleh Primeworks Studios.

Lima filem yang dimaksudkan adalah Penanggal, KL Gangster 2, Rock Oo, KIL dan Sembunyi.


Sekali lagi, alasan yang diguna pakai tidak relevan dengan menyatakan monopoli pencalonan itu telah menyebabkan syarikat filem lain tidak boleh cari makan atau menang anugerah.

Menjawab pertanyaan yang dilontarkan oleh pelakon Bront Palarae kepada Tengku Iesta Tengku Alaudin selaku Pengurus Besar di Primeworks Studios, kecaman yang diterima dianggap keterlaluan.

                          @Bront_Palarae@Razaisyam rezeki datang daripada tuhan diberi kepada 
                                    insan seni yang bertungkus lumus cuba memberi yg terbaik.
                                             — iesta (@iestatiptra) September 29, 2014

Namun demikian, terdapat beberapa perkara yang disenaraikan oleh penulis yang dianggap pelik oleh beliau.

Tidak menolak keseluruhannya, terdapat beberapa perkara yang wajar dipersetujui dan difikirkan oleh penganjur, pembikin dan penggiat filem keseluruhannya.

            Semangat nak 'fight' ada ..sayangnya 'point' yg dibawak fight tu pun banyak yg ke laut ..adehh ..            — KHIR RAHMAN FANSURI (@KhirRahman)  September 28, 2014

Antaranya, Mustafa mempertikaikan kewujudan kategori harapan untuk pelakon lelaki, pelakon wanita dan pengarah.

Umum mengetahui akan kategori ini yang sekadar untuk menghargai bakat baru dalam bidang masing-masing.

Mustafa turut mencadangkan agar filem pecah panggung tidak lagi diberi pengiktirafan.

Tarikh festival yang tidak pernah tetap pada sesuatu masa seperti Anugerah Akademi juga turut menjadi antara punca kecelaruan majlis anugerah perfileman itu.

Sehingga ke hari ini, tarikh Festival Filem Malaysia ke-26 masih belum diumumkan.






Read more »

PAS DIGESA HENTI CETUS KETEGANGAN


NGO baharu, Lensa Anak Muda Malaysia (Lensa) menghantar memorandum meminta Pas henti cetus ketegangan dalam PR di Ibu Pejabat Pas Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

Kuala Lumpur - Sebuah NGO baharu, Lensa Anak Muda Malaysia (Lensa) hari ini menyerahkan memorandum mendesak Pas henti mencetuskan ketegangan antara hubungan parti komponen dalam PR.

Koordinatornya, Ekhsan Bukharee mendakwa, krisis politik di Selangor berpanjangan disebabkan tindakan pimpinan Pas yang membelakangkan semangat setiakawan kerana tidak menyokong calon Menteri Besar yang dipersetujui oleh PKR dan DAP.

"Lensa melihat Pas menjadi faktor menyebabkan krisis Selangor terheret sehingga hampir lima bulan.

"Walhal konflik ini boleh diselesaikan lebih awal sekiranya Pas menghormati semangat setiakawan dalam PR," katanya selepas menyerahkan memorandum supaya Pas henti cetus ketegangan di pekarangan Pejabat Agung Pas, di sini, hari ini.

Memorandum sebanyak empat helaian itu diterima oleh Pegawai Penerangan Pas Pusat, Mohd Shahir Shahid yang mewakili kepimpinan Pas.

Mengulas lanjut, beliau menambah, Pas bertindak lewat selepas mesyuarat Pas Pusat pada 17 Ogos lalu kerana parti itu membuat pusingan U menyebabkan konflik semakin buntu.

"Pada 17 Ogos lalu mesyuarat Majlis Pimpinan PR sepakat menamakan Wan Azizah sebagai calon tunggal Menteri Besar Selangor.

"Namun selepas mesyuarat tersebut Pas berkeras untuk tidak menyatakan sokongan terhadap cadangan tersebut," ujarnya.

Tambah beliau, konflik politik di Selangor semakin parah apabila pimpinan Pas secara terbuka mengkritik calon Menteri Besar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang dipilih oleh rakan komponen PR.

"Lensa tidak menolak hak individu mahupun organisasi untuk mengkritik dan bersuara, namun dalam isu ini, terdapat kritikan yang berbentuk serangan peribadi terhadap pemimpin parti kawan.

"Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan sebelum ini melabelkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai mengamalkan nepotisme apabila isteri beliau dipilih sebagai calon Menteri Besar yang baharu," dakwanya lagi.

Sehubungan itu, Lensa menyarankan agar Pas perlu menggesa semua pimpinan di semua peringkat untuk tidak membuat kenyataan yang boleh memudaratkan hubungan semasa rakan PR.

"Pas juga perlu menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap ahli dan pimpinan yang bertindak mengeluarkan kenyataan yang mampu menggugat keutuhan PR.

"Sekiranya Pas gagal bertindak tegas terhadap kelompok dalam Pas yang meneruskan konflik dalam PR, Lensa mencadangkan agar Pas mengambil langkah untuk berundur dari PR," katanya lagi.

Read more »

PORTFOLIO EXCO BAHARU SELANGOR AKAN DIUMUM ESOK



SHAH ALAM, 29 Sept (Bernama) -- Portfolio bagi 10 anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor yang baharu dilantik diumumkan Rabu ini, kata Menteri Besar Mohamed Azmin Ali.

Katanya, portfolio itu akan ditentukan setelah mengambil kira kemampuan dan kepakaran setiap Exco, agar tanggungjawab yang diberikan dapat dijalankan dengan berkesan.

"Portfolio itu akan diberikan Rabu ini dan kami juga mahu memastikan anggota Exco akan berkhidmat dengan lebih cekap dan berkesan," katanya.

Azmin berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Istiadat Pengurniaan Pingat Negeri Selangor Darul Ehsan sempena Ulang tahun Hari Keputeraan ke-68 Sultan Selangor Tahun 2013.

Dalam komposisi barisan exco yang diumum Azmin Jumaat lepas, PKR mendapat empat jawatan Exco manakala PAS dan DAP, masing-masing tiga.

Tujuh anggota Exco yang dilantik merupakan mereka yang telah berkhidmat di bawah pentadbiran bekas menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.





Read more »

PINGAT EMAS WUSHU NEGARA DITARIK BALIK

Pingat emas wushu negara ditarik balik



INCHEON: Penganjur Sukan Asia hari ini menarik balik pingat emas peserta wushu Malaysia, Tai Cheau Xuen selepas dia gagal dalam ujian doping, menurut pihak penganjur.

Tai didapati mengambil ubat stimulan jenis sibutramine, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Olimpik Asia.

Tai merupakan atlit ketiga yang didapati positif dadah dalam temasya tersebut.




Read more »

RANGKA KANAK-KANAK 5 TAHUI DITEMUI


Rangka kanak-kanak 5 tahun ditemui, dipercayai dibunuh ibu


BUKIT MERTAJAM: Rangka seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang dipercayai dibunuh ibunya ditemui di Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada Isnin.

Rangka kanak-kanak malang itu ditemui berbalut dengan selimut di kawasan semak berhampiran sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Tongkang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, SAC Mazlan Kesah ketika dihubungi berkata ibu mangsa sebelum ini membuat laporan mendakwa anaknya hilang pada 20 September lalu.

Bagaimanapun polis yang menjalankan siasatan mendapati kenyataan wanita berusia 30 tahun itu bercanggah dan mengelirukan. Polis seterusnya menahan wanita itu bagi membantu siasatan.

Susulan itu, polis turut menahan teman lelaki wanita terbabit yang berusia 24 tahun di Klang, Selangor.

Ketika disoal siasat, wanita itu mengaku memukul anaknya sehingga mati di rumah mereka di Kulim, Kedah.

Ekoran pengakuan itu, polis membawa wanita dan teman lelakinya ke kawasan semak itu dan menemui rangka kanak-kanak terbabit. Siasatan lanjut sedang dijalankan polis bagi mengetahui motif kejadian sebenar.

Dalam masa sama, polis kini mencari suami wanita terbabit bagi membantu siasatan. Kes kini disiasat di bawah seksyen 302 kanun keseksaan.





Read more »

KUANTAN : RESAH PROJEK LETUP BATU

Chon Siong (tujuh kiri) bersama dengan penduduk Lorong Pelindung 51, yang berdepan dengan masalah gegaran akibat letupan batu yang dilakukan bagi kerja-kerja pembinaan rumah di kawasan ini.


KUANTAN - Penduduk di Lorong Pelindung 51, dekat sini, resah berikutan masalah letupan batu dan pengorekan serta kesan yang dialami daripada tindakan tersebut sejak Mac lepas.

Rata-rata mereka tidak bersetuju dengan kerja-kerja tersebut yang dilakukan bagi pembinaan sebuah lagi rumah di kawasan tersebut kerana bukan sahaja memberikan kesan kemusnahan malahan tekanan daripada segi emosi dan mental kepada penduduk.

Penduduk, Oi Kim, 41, berkata, kerja-kerja letupan batu untuk pembinaan rumah tersebut dikatakan dilakukan sudah melebihi 30 kali dan akan meningkat lagi memandangkan kerja-kerja mendalamkan tanah di kawasan lot tersebut masih belom selesai.

“Kita bimbang banyak perkara yang buruk akan berlaku memandangkan sedikit demi sedikit ada kesan sampingan kepada rumah penduduk berhampiran.

“Rumah saya antara yang paling hampir iaitu bersebelahan dengan kawasan letupan tersebut, walaupun terdapat tembok pemisah yang dibina namun dengan letupan batu dan pengorekan tanah dilakukan, berkemungkinan tembok tersebut akan runtuh.

“Sebelum ini tanah tersebut adalah lebih tinggi berbanding dengan aras sedia ada lot saya tetapi sekarang aras tanah itu semakin menurun dengan kerja-kerja yang mereka lakukan itu,” katanya di sini, semalam.

Turut hadir dalam lawatan ke tapak dan kawasan perumahan penduduk Bukit Pelindung, Adun Teruntum, Sim Chon Siong.

Dalam pada itu, menurut seorang lagi penduduk, Tan Seng To, 54, berkata, dia yang tinggal di kawasan tersebut lebih kurang tujuh tahun tidak pernah menghadapi masalah walaupun di kawasan ini pernah berlaku tanah runtuh tetapi dengan tindakan kontraktor meletupkan batuan menyebabkan rumah didiaminya itu mengalami kerosakan teruk.

“Pada awalnya saya memang terkejut dengan kejadian berlaku kerana tidak pernah diberitahu kontraktor untuk melakukan kerja-kerja letupan tetapi secara tiba-tiba keadaan bergegar seperti ada kejadian gempa bumi berlaku.

“Dahulu kawasan ini selamat untuk didiami tetapi dengan tindakan kontraktor yang melakukan kerja-kerja pemecahan batu dan korekan tanah di kawasan perumahan yang tidak sepatutnya dilakukan menjadikan kami sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga.

“Rumah saya kini pun sudah banyak retak di dalam dan luar rumah, atap juga mengalami kebocoran disebabkan batu-batuan yang terpelanting, debu yang banyak bertaburan serta banjir lumpur turut terjadi sekiranya hujan,” katanya.

Tambahnya lagi, keadaan bertambah sukar untuk diatasi memandangkan kerja-kerja dan pemilikan tanah tersebut telah diluluskan pihak atasan dan mereka boleh meneruskannya tanpa rasa ragu.

Sementara itu, menurut Chon Siong, pihaknya akan membuat tindakan segera berhubung aduan komuniti di kawasan tersebut dengan pihak di Jabatan Pembangunan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dalam tempoh terdekat untuk mendapatkan jalan penyelesaian.

“Memandangkan mereka arif dengan status, akta mahupun prosedur kerja-kerja letupan yang dilakukan di kawasan perumahan jadi lebih mudah untuk kita ambil tindakan selanjutnya selepas berjumpa mereka.

“Kita berjumpa bukan bertujuan hendak menakutkan atau menghentikan kerja-kerja pembinaan yang telah mendapat kelulusan ini tetapi keadaan yang membahayakan hingga penduduk berada dalam tekanan membuatkan kita perlu mencari jalan menyelesaikannya.

“Sekiranya masalah ini tidak dapat diselesaikan dengan pihak berwajib, pemilik tanah atau kontraktor yang dilantik, perkara tersebut tidak akan berhenti begitu sahaja tetapi dibawa ke Sidang Dun untuk dibincangkan pada November depan,” katanya.




Read more »

ALVIN SI CELAKA YANG KURANG AJAR

Alvin Tan


KUALA LUMPUR - Pemuda Umno mengecam perbuatan biadab blogger kontroversi, Alvin Tan menghina pemimpin negara termasuk Perdana Menteri dengan kata-kata kesat dan memaki Umno dalam laman sosial Facebook.

Exco Pemuda Umno, Nazir Hussin Akhtar Husin berkata, perbuatan lelaki itu bukan sahaja sangat keji dan tidak bermoral, malah boleh memudaratkan rakyat di negara ini.

“Ini antara sebab utama mengapa kerajaan tidak perlu memansuhkan Akta Hasutan atau perlu menggubal akta yang sesuai bagi menangani perilaku manusia biadab seperti Alvin Tan ini,” katanya.

Nazir yang juga Ketua Pemuda Umno Titiwangsa berkata, perilaku manusia keji ini mungkin kerana tiada didikan sempurna di rumah terutama tentang tanggungjawab dan semangat cintakan negara.

“Ini amaran keras dari Pemuda Umno kepada Alvin, berani buat berani tanggung. Jangan melarikan diri dan menyorok di luar negara. Kalau berani, balik semula ke Malaysia dan ulangi balik kata-kata itu,” katanya.

Beliau berkata, perbuatan Alvin ini adalah contoh kejayaan parti pembangkang khususnya DAP dalam memupuk kebencian terhadap pemimpin negara dan menyemai benih perkauman.

“Mereka (DAP) sering membuat provokasi sehingga menyebabkan ada generasi muda yang tidak lagi hormatkan pemimpin, malah melahirkan generasi yang kurang ajar seperti Alvin,” katanya.

Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee memberi amaran kepada Alvin supaya jangan bersikap terlalu kurang ajar.

Beliau berkata, mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengan undang-undang dan peraturan negara, ada hak untuk meninggalkan negara ini.

“Jangan biadab dan tolong hormat kontrak sosial yang telah dimeterai dalam Perlembagaan Persekutuan 1957 yang dirangka untuk tujuan menyelesaikan kepentingan semua kaum di negara ini,” katanya.

Menurut Syed Ali, tindakan Alvin itu jelas menghina institusi Umno dan sememangnya satu tindakan yang biadab.

Katanya menghina pemimpin yang merupakan Perdana Menteri memang tidak boleh dibiarkan.

Beliau meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan paling tegas termasuk melucutkan kerakyatan mana-mana pihak yang tidak menghormati undang-undang negara ini.

“Sebagai rakyat Malaysia memang kita ada hak untuk menyuarakan pandangan. Tapi kalau pandangan yang diberikan jelas menghina, menghasut atau tidak menghormati kontrak sosial negara ini, memang tidak boleh dimaafkan.

“KDN kena bertindak segera dan hadapkan Alvin Tan ke muka pengadilan. Ini bagi mengelakkan perkara yang sama berulang pada masa depan,” kata Syed Ali.





Read more »

KUANTAN : TAMBAH 7 PENGKALAN HADAPAN HADAPI BANJIR PAHANG



KUANTAN - Tujuh pangkalan hadapan baharu disediakan sebagai persiapan menghadapi musim tengkujuh yang dijangka bermula 15 November depan di Pahang.

Setiausaha Kerajaan negeri Pahang Datuk Seri Muhammad Safian Ismail berkata penambahan jumlah pangkalan hadapan itu dijangka dapat mengatasi masalah kekurangan bekalan makanan dan keperluan asas di pusat pemindahan.

Katanya pada tahun lepas sejumlah 73 pangkalan hadapan di seluruh negeri disediakan dan dengan penambahan jumlah itu pihaknya berharap tidak lagi berlaku masalah kekurangan bekalan untuk mangsa banjir di pusat pemindahan.

"Bekalan makanan dan barangan keperluan lain akan diagihkan di semua pangkalan hadapan bermula Rabu ini dan Jabatan Kebajikan Masyarakat memperuntukkan kira-kira RM1 juta bagi menyediakan barangan keperluan ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana Negeri di sini, hari ini.

Katanya selain itu, kerajaan negeri juga sudah mengenal pasti lokasi pusat pemindahan baharu bagi menggantikan pusat pemindahan sedia ada di kawasan Sungai Isap dan Bukit Rangin yang tidak lagi sesuai kerana turut dinaiki air.

Muhammad Safian yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana Pahang berkata pusat pemindahan baharu itu akan bertumpu di kawasan Indera Mahkota, di sini.

Menurutnya proses pemindahan penduduk akan diselaraskan oleh pasukan keselamatan iaitu Angkatan Tentera Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan agensi lain.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Meteorologi Pahang Azemi Daud berkata jumlah taburan hujan pada musim tengkujuh tahun ini dijangka menurun berbanding tahun lepas berikutan kejadian ribut taufan di kepulauan Filipina.

"Jumlah taburan hujan sehingga awal bulan ini ialah 45 peratus saja dan ini berkemungkinan ada kaitan dengan beberapa siri taufan yang berlaku di Filipina.

"Fenomena ini adalah normal kerana setiap kali berlaku taufan, jumlah kelembapan akan dibawa bersama oleh tiupan angin taufan itu ke negara tersebut," katanya.

Beliau bagaimanapun berkata semua pihak perlu sentiasa bersedia kerana ramalan kaji cuaca yang hampir tepat cuma diperoleh dalam tempoh di antara 48 jam hingga 72 jam sebelum berlaku hujan lebat seperti yang terjadi pada tahun lepas.





Read more »

BAYAR RM20 UNTUK PESTA LIAR



KUALA LUMPUR - Keseronokan seramai 96 remaja Melayu termasuk pelajar kolej berpesta liar di sebuah kondominium di Jalan Kassipillay dekat sini tidak berpanjangan apabila mereka diserbu awal pagi semalam.

Dalam serbuan pukul 5 pagi itu, seramai 78 lelaki dan 18 wanita berusia lingkungan 18 hingga 22 tahun yang rata-ratanya dalam keadaan khayal ketika dicekup.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R.Munusamy berkata, pihaknya menerima aduan daripada penghuni di situ mengenai kumpulan tersebut yang membuat bising.

Menurut beliau, kumpulan remaja berkenaan dipercayai menyewa kondominium berkenaan untuk menganjurkan parti tersebut yang disebarkan melalui aplikasi WhatsApp.





Read more »

4 JAM MERAJUK TIDUR ATAS POKOK KELAPA



RANAU - Gara-gara merajuk dengan isteri yang membebel kerana dia tidur di ruang tamu rumah, seorang warga emas membawa hati dengan memanjat pokok kelapa setinggi sembilan meter sebelum tertidur di atasnya selama empat jam dalam kejadian di Jalan Sinarut Lama dekat sini semalam.

Sebelum kejadian pukul 8 pagi itu, pesawah yang dikenali sebagai Salimin, 76, dikatakan merajuk dengan isteri yang memarahinya tidur di ruang tamu rumah.

Difahamkan, isterinya yang dikenali sebagai Ratini, 70, memarahi suaminya kerana ketika itu wanita itu sedang membersihkan rumah dan meminta suaminya berbaring di tempat lain.

Selepas bertengkar beberapa ketika, pesawah itu terus meninggalkan rumah manakala si isteri yang merupakan seorang suri rumah memerhatikan sahaja kelakuan suaminya.

Namun, ketika melihat suaminya menuju ke arah sepohon pokok kelapa yang tinggi berdekatan rumah dan dia mula memanjat pokok itu, si isteri cemas. Wanita itu lalu mengejar dan memujuk suaminya supaya tidak meneruskan hajatnya.

Salimin yang masih hangat hati tidak menghiraukan pujukan isterinya malah dia terus memanjat sehingga ke pelepah sebelum berbaring di celahnya.





Read more »

Monday, September 29, 2014

WANITA DENGAN 2 KEMALUAN




LAUREN WILLIAMS, 33, tertanya-tanya mengapa dia sering mengalami kekejangan teruk dan aliran haid berlebihan setiap kali datang bulan.

Malah, pendarahan haid yang dialami gadis itu berlarutan sehingga 21 hari berbeza dengan wanita normal yang lazimnya mengalami menstruasi selama seminggu.

Cerita Williams, semasa mula-mula didatangi haid yang banyak, dia menganggap hal itu hanya perkara biasa dan dilalui setiap gadis remaja saat pertama kali menempuh proses akil baligh. Bagaimanapun, perkara itu berlarutan sehingga dia mencecah usia 24 tahun.

Bimbang pendarahan itu akan menjejaskan kesihatannya dalam jangka masa panjang, Williams mendapatkan rawatan daripada pakar sakit puan dan menjalani ujian pap smear untuk mengetahui punca sebenar.

Wanita dari Chingford, London, England itu kemudian dimaklumkan dia mempunyai dua faraj, dua serviks dan dua rahim.

"Saya benar-benar terkejut kerana sebelum ini tidak pernah menyedari hal ini, malah, doktor yang merawat juga belum pernah bertemu pesakit dengan sindrom ganjil ini," katanya seperti dipetik portal Daily Mail.

Williams yang masih bujang memberitahu, ekoran pendarahan berlebihan itu, dia lebih selesa menggunakan tuala wanita yang tebal dan panjang berbanding tampon setiap kali didatangi haid.





SIMPTOM penyakit didelphys uterus termasuklah mengalami kekejangan yang teruk ketika haid.

Pembentukan uterus

Turut menerima nasib yang sama adalah seorang wanita di High Wycombe, Buckinghamshire, England.

Wanita itu, Hazel Jones, 29, memberitahu, dia turut mengalami senggugut teruk dan pendarahan yang sangat banyak setiap kali menstruasi.

"Pada awalnya, saya fikir saya mungkin terkena jangkitan pada pundi kencing atau menghidap sistisis, namun selepas dirujuk kepada doktor pakar, saya diberitahu mengenai penyakit ganjil ini," katanya.

Sistisis adalah keradangan pada pundi kencing yang teruk sehingga mengakibatkan pendarahan. Ia berpunca daripada jangkitan bakteria usus, E.coli.

Bertutur lanjut, Jones turut mengakui adakalanya dia berasa kurang selesa ketika melakukan hubungan intim.

"Saya hanya fikir ketidakselesaan itu mungkin kerana saya mempunyai saluran vagina yang pendek," ujarnya.

Williams dan Jones mengalami sindrom didelphys uterus iaitu keganjilan pada sistem reproduksi dengan pembentukan dua faraj, dua serviks dan dua uterus.

Menurut pakar sakit puan di sebuah klinik swasta di Gloucestershire, England, Dr. Dawn Harper, uterus terbentuk ketika proses embriogenesis menerusi pelakuran duktus paramesonefros.

Katanya, dua tiub itu akan melakur dan dinding atau membran septum yang memisahkan dua tisu tersebut berpecah lalu membentuk satu uterus.

Kelahiran pramatang

"Terdapat beberapa kes kecacatan rahim seperti sindrom arcuate uterus, septate uterus dan bicornuate uterus. Dianggarkan satu dalam 3,000 wanita menghidap penyakit ini.

"Bagaimanapun, dalam kes Williams dan Jones, sindrom yang dialami lebih merumitkan kerana mereka mempunyai dua uterus berasingan yang dipisahkan dengan dinding membran lain," jelasnya.





KEADAAN sistem peranakan normal (kiri) dan kecacatan akibat didelphys uterus (kanan).

Mengulas lanjut, Harper berkata, buat masa ini, masih tiada rawatan dari segi ubat-ubatan untuk mengubati penyakit itu.

Bagaimanapun, pembedahan untuk membuang salah satu rahim boleh dijalankan atas permintaan pesakit.

Menyentuh soal kehamilan, Harper memberitahu, pesakit dengan dua rahim memerlukan perhatian khusus sepanjang tempoh mengandung memandangkan mereka cenderung untuk mengalami keguguran dan kelahiran pramatang.

Pun begitu, peluang untuk mendapatkan zuriat masih cerah dan mereka berpotensi untuk mengalami kehamilan secara serentak pada kedua-dua bahagian rahim atau salah satu daripadanya.

Bagaimanapun, katanya, keadaan uterus yang lebih kecil berbanding wanita normal memerlukan pesakit melakukan kelahiran secara songsang iaitu kaki bayi perlu dikeluarkan terlebih dahulu sebelum kepalanya.

"Sekiranya prosedur itu gagal dijalankan, mereka perlu menjalani pembedahan caesarean untuk mengeluarkan bayi daripada uterus," jelas Harper.

Tambahnya, pesakit juga perlu menjalankan dua ujian pap smear untuk kedua-dua faraj bagi mengesan kanser serviks.




Read more »

MESIN ATM BANK DIGODAM




SUBANG JAYA - Sejumlah RM530,600 wang tunai di dua buah mesin juruwang automatik (ATM) sebuah bank yang sama di Johor dan Selangor lesap apabila mesin ATM itu digodam semalam yang dipercayai menggunakan sim kad telefon dan teknologi canggih.

Kejadian penggodaman mesin ATM itu merupakan jenayah pertama berlaku di negara ini selepas jenayah mencuri wang melalui pengklonan kad ATM berlaku sejak tahun 1997 hingga 2002.



DUA anggota forensik memeriksa mesin ATM yang digodam suspek.


Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahya Ramli berkata, kejadian itu dipercayai dilakukan sindiket antarabangsa dari Amerika Latin yang melakukan pengeluaran beratus-ratus kali di kedua-dua mesin milik bank terbabit dalam tempoh sehari.

Beliau berkata, kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Jenayah Komputer 1997.

"Ini modus operandi pertama dilakukan seumpama ini. Suspek godam sistem tanpa perlu pecah mesin ATM untuk larikan wang," katanya.

Dalam kejadian pertama pukul 9.48 pagi, seorang pengurus bank terbabit di cawangan Batu Pahat, Johor, mendapati mesin ATM bank itu tidak berfungsi dan mendapati wang di dalam mesin itu hilang.

Menurut polis Johor, berdasarkan sistem maklumat pengeluaran wang tunai RM50 sepatutnya berjumlah 5,103 keping tetapi baki sebenar di dalam mesin itu sebanyak 27 keping.





Read more »

TABLET HONOR 8" DENGAN FUNGSI TERBARU



Selain telefon pintar Honor 6, Huawei turut melancarkan Huawei Honor Tablet, sebuah tablet bersaiz 8 inci dengan fungsi boleh membuat panggilan dan juga SMS. Harga yang ditawarkan adalah RM599.00.






Tablet Honor ini menggunakan panel IPS dengan resolusi 1280x800. Tablet ini menggunakan prosessor Quad Core 1.2GHz SNapdragon 200 (MSM8212) dengan 1GB RAM dan turut mempunyai saiz storan 16GB.




Tablet Honor 6 mempunyai kamera belakang bersaiz 5MP manakala kamera VGA dibahagian hadapan. Tablet Honor 6 ini mempunyai ketebalan 7.9mm dengan kapasiti bateri sebanyak 4,800mAh. Tablet Honor menyokong rangkaian 3G HSPA+ dengan kelajuan sehingga 42Mbps. Tablet Honor menggunakan Android 4.3 dan Emotion UI 1.6.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari Huawei Honor Tablet.

Sumber

Read more »

TEMUI 'SELFIE' PELIK SELEPAS I-PAD HILANG

- Foto : metro.co.uk


REYKJAVIK - ICELAND. Pasti kita semua akan berasa syukur dan gembira jika barangan berharga milik kita yang hilang, dikembalikan semula ke tangan kita.

Namun lain pula ceritanya dengan satu insiden kehilangan sebuah iPad yang terjadi ke atas seorang penumpang pesawat The IcelandAir.

Stepan Hruda yang merupakan warga New York dikatakan tertinggal iPad kesayangannya di atas kapal terbang tersebut sebelum kakitangan pesawat terbabit memulangkan semula kepadanya dengan sedikit ‘kejutan’ di dalam Ipad bernilai £300 (RM1,239).

Menurut laporan Metro.co.uk, kakitangan pesawat tersebut cuba membuat lawak dengan aksi pelik ‘selfie’ yang direkodkan dalam iPad tersebut.

Menurut laporan terbabit, ia dilakukan untuk menghakis dakwaan kos penerbangan yang tinggi dan layanan buruk terhadap pelanggan dan penumpang mereka.

Menurut Hruda dalam laporan tersebut, dia mendapati gambar yang diperolehnya agak melucukan.

Dia juga berhadap supaya kakitangan syarikat penerbangan tersebut tidak dikenakan sebarang tindakan disiplin akibat ‘selfie’ yang dirakamnya.

“Ini adalah salah satu pengalaman yang sangat hebat bagi seorang penumpang. Saya sangat gembira saya memperoleh semula iPad saya.

“Saya harap kakitangan pesawat itu tidak dikenakan hukuman disiplin,” katanya.





Read more »

HUAWEI HONOR 6 MULA DIJUAL DI MALAYSIA



Huawei Honor 6 kini boleh didapati secara rasmi untuk pasaran Malaysia. Dikuasai dengan prosesor Octa-Core dengan Cat 6 4G LTE. Telefon Huawei Honor 6 dijual dengan harga RM999.00 dan tempahan boleh dibuat bermula hari ini.






Menurut syarikat Huawei, Malaysia adalah negara pertama telefon Honor 6 dijual untuk pasaran luar China. Honor 6 bersaiz 5 inci dengan paparan HD, prosesor Octa-Core Hi-Silicon Kirin 920 1.7Ghz dan juga 3GB RAM. Honor 6 mempunyai saiz storan 16GB dengan tambahan slot microSD. Honor 6 mempunyai bateri berkapasiti 3,100mAh. Honor 6 mempunyai kamera 13MP manakala dibahagian hadapan 5MP.




Antara kelebihan Honor 6 buat penggemar selfie, ianya mempunyai fungsi panorama Selfie seperttimana model Huawei Ascend P7. Huawei Honr 6 ini menggunakan Android versi KitKat 4.4.0 dengan EMUI 2.3. Saiz Honor 6 juga boleh dikatakan elegan dengan mpunyai ketebalan cuma 7.5mm tebal dan berat hanya 130 gram.


- Sumber 

Read more »

PENGARAH KASTAM, 5 PEGAWAI DIDAKWA RASUAH




SHAH ALAM, 29 Sept (Bernama) -- Pengarah Kastam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL), Datuk Mohd Isa Endot dan lima pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas 21 pertuduhan rasuah melibatkan wang suapan RM39,200 berhubung penyeludupan arak yang tidak dibayar cukai antara Feb dan Ogos 2014.

Selain, Mohd Isa, lima pegawai terbabit adalah Pembantu Penguasa Kastam Cawangan Operasi, Bahagian Penguatkuasaan, Ibu Pejabat Kastam, Muhamad Helmi Burhanudin; Penolong Kanan Pengarah Kastam II, Kastam WPKL, Wan Azman Wan Ali, 47.

Pembantu Penguasa Kastam, Mohamad Fauzi Kamsar; Penguasa Kastam KL, Shamsul Anwar Mohd Radzi; dan Pegawai Kastam Kanan KL, Azlee Mohamed Yusof.

Mohd Isa, Muhamad Helmi, Wan Azman dan Mohamad Fauzi didakwa di Mahkamah Sesyen secara berasingan, manakala Shamsul Anwar dan Azlee didakwa bersama di sini Isnin.

Mohd Isa, 55, mengaku tidak bersalah terhadap empat pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM8,000 sebagai bayaran bulanan dan wang perlindungan bagi melicinkan segala urusan kastam sebuah syarikat.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di pejabatnya di aras 5, blok C, Wisma Kastam Kelana Jaya, antara Mei dan Ogos lepas.

Muhamad Helmi, 37, mengaku tidak bersalah atas tujuh pertuduhan menerima suapan secara bulanan kesemuanya berjumlah RM14,000 sebagai dorongan tidak mengganggu lori kepunyaan seorang individu yang mana individu itu mempunyai kepentingan atas lori yang keluar dari kawasan Pelabuhan Bebas Klang.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Cawangan Operasi, Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Kastam Selangor, antara Feb hingga Ogos lepas.

Wan Azman, 47, mengaku tidak bersalah terhadap lima pertuduhan meminta dan menerima suapan yang kesemuanya berjumlah RM10,000 daripada seorang individu di Cawangan Pergudangan Kastam KL yang beliau mengetahui individu itu mempunyai hubungan rasmi dengan Pengarah Kastam KL.

Kesalahan itu dilakukan antara Mei hingga Ogos 2014, di sekitar Lembah Klang.

Mohamad Fauzi, 33, pula mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM4,200 sebagai dorongan tidak mengganggu aktiviti penyeludupan arak ketika operasi pemeriksaan.

Ia dilakukan antara Jun hingga Ogos lepas di Kelana Jaya, Selangor.

Shamsul Anwar, 32, dan Azlee, 48, yang menghadapi dua pertuduhan rasuah melibatkan keseluruhan RM3,000 didakwa bersama atas kesalahan menerima rasuah daripada seorang individu sebagai dorongan tidak mengganggu perniagaan individu berkenaan.

Ia dilakukan antara Julai dan Ogos 2014 di Kelana Jaya, Selangor.

Kesemua pertuduhan dibuat mengikut 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Hakim Datuk Noradidah Ahmad membenarkan Mohd Isa diikat jamin RM25,000 dengan seorang penjamin; Muhamad Helmi RM20,000 dengan seorang penjamin; Wan Azman RM15,000 dengan seorang penjamin; Mohamad Fauzi RM10,000 dengan seorang penjamin dan Shamsul Anwar RM8,000 dan Azlee dikenakan RM3,000, dengan masing-masing seorang penjamin.

Kesemua tertuduh diarah menyerahkan pasport kepada mahkamah dan kesemua kes akan disebut semula 30 Okt depan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Umar Saifuddin Jaafar manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Gabriel Susayan, Radehayati Johateh, Mona Hazratulaswati Fauzi, V. Kumaresan dan Syed Ismat Syed Muhamad.





Read more »

DR MAHATHIR SOKONG AZMIN, JANGAN ADA UNDI TIDAK PERCAYA DUN SELANGOR

Dr Mahathir sokong Azmin, harap tidak ada undi tidak percaya dalam sidang DUN



SHAH ALAM: “Saya berharap apabila Dewan (Undangan Negeri) bersidang, majoriti akan menyokong Azmin (Ali).”

Itu harapan Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Jelasnya, sekiranya Azmin gagal memperoleh sokongan majoriti maka krisis Menteri Besar Selangor mungkin akan terus berlarutan.

“Kalau majoriti tidak sokong Azmin, maka ia akan menjadi undi tidak percaya. Sudah tentu nanti kita terpaksa cari Menteri Besar lain lagi,” kata Dr. Mahathir.

Azmin dilantik sebagai Menteri Besar Selangor pada Selasa lalu.

Antara keputusan awal yang dibuatnya ialah mengurangkan kuota EXCO Pas daripada empat kepada tiga.

Mengulas perkara itu, Dr Mahathir menegaskan sudah menjadi hak Menteri Besar untuk menambah atau mengurangkan kuota exco kepada mana-mana parti.

“Itu hak MB. kalau dia nak tambah pun boleh, nak kurang pun boleh.

“Kalau dia fikir kalau ahli Pas dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) sudah mencukupi dia tak payah tambah atau pegang kepada (jumlah kuota) dahulu,” tegas Dr. Mahathir.

Tun Dr Mahathir ditemui ketika majlis memperkenalkan model prototaip 'crossover' Proton Iriz Active di Pusat Kecemerlangan Proton di Shah Alam pada Ahad.




Read more »

TANGAN PENIAGA HAMPIR PUTUS




PASIR PUTEH – Seorang wanita peniaga bateri kereta cedera pada tangan dan paha kanan selepas ditikam seorang lelaki tidak dikenali di hadapan sebuah kedai borong telur di Jalan Pasir Puteh-Kota Bharu dekat sini kelmarin sebelum beg pinggang yang disandang di bahunya diragut.

Dalam kejadian pukul 2 petang kelmarin, mangsa, Chong Bi Lai, 59, yang selesai membeli telur masuk ke dalam keretanya yang diletakkan di depan kedai itu sebelum didatangi seorang lelaki dipercayai bersenjatakan pemutar skru.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Mohd. Kamal Zainal berkata, mangsa secara tiba-tiba dihampiri sebuah kereta Toyota Vios warna putih sebelum seorang suspek keluar dengan pantas dan menghalang mangsa menutup pintu keretanya.

Menurut beliau, suspek yang dipercayai lelaki Melayu meluru ke arah mangsa yang berada di tempat duduk pemandu dan terus menikam tangan dan paha mangsa sebanyak dua kali.

“Dia ditikam di antara jari telunjuk dan jari hantu serta pergelangan tangan manakala dua tikaman pada paha itu berjarak 10 sentimeter antara satu tikaman dengan tikaman yang lain.





Read more »

PADAH ROGOL KEKASIH BAWAH UMUR

Tertuduh (dua, kanan) dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Kota Bharu  selepas dijatuhi hukuman. - Foto Sinar Harian


KOTA BHARU - Padah buat seorang buruh ladang kerana kesalahan merogol kekasihnya yang berusia 14 tahun, dia dihukum penjara tujun tahun dan dikenakan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen, Kota Bharu, hari ini.

Hukuman diputuskan hakim, Mohd Yusoff Yunus terhadap Mohd Sauti Abdullah, 20, selepas tertuduh mengaku salah atas tuduhan itu.

Tertuduh yang beralamat di Kuala Krai tersebut didakwa merogol mangsa yang ketika itu berusia 14 tahun 11 bulan di rumahnya di Bukit Sireh, Kuala Krai, antara jam 4.30 pagi hingga 5 petang, 13 Januari lalu.

Tertuduh sebelum itu pergi ke rumah mangsa pada awal pagi hari sama dan membawanya pulang ke rumah di alamat berkenaan.

Tibanya di rumah, tertuduh membawa masuk mangsa ke dalam sebuah bilik dan beberapa kali merogolnya sebelum kedua-dua mereka keluar dari rumah itu.

Bapa mangsa yang menyedari kehilangan anaknya kemudian mencari mangsa sebelum mangsa pulang ke rumah pada jam 5 petang dan memberitahu bapanya dia dirogol oleh tertuduh.

Pada prosiding itu, peguam, Mohamad Asyraf Zakaria merayu bagi pihak anak guamnya itu supaya mahkamah memutuskan hukuman ringan dengan alasan tertuduh dan mangsa adalah pasangan kekasih.

Katanya, insiden itu juga berlaku tanpa perancangan atau paksaan.

“Tertuduh ikhlas menginsafi kesalahan yang dilakukan. Kesalahan ini juga adalah kesalahan pertamanya dan dia masih muda. Hukuman penjara lama juga tidak akan dapat menghalang pasangan kekasih lain daripada membuat kesalahan,” katanya.

Alasan peguam berkenaan bagaimanapun dibantah Timbalan Pendakwa Raya negeri, Asmah Azahari yang memohon pihak mahkamah menjatuhkan hukuman berat bagi menyampaikan mesej kepada umum bahawa mahkamah mengambil serius kesalahan seperti itu.

“Mangsa hanya berumur 14 tahun, manakala tertuduh pula 20 tahun. Apa yang tidak dirancang, sedangkan mangsa diambil daripadanya rumah pada jam 4 pagi dan pulang hanya pada jam 5 petang.

“Mereka pasangan kekasih dengan perbezaan umur enam tahun. Tertuduh mengambil kesempatan terhadap mangsa atas nama sebagai pasangan kekasih,” katanya.




Read more »

RAUB : KEDIAMAN 2 BERANAK HANGUS

Keadaan rumah usang tempat Sarimah berteduh sementara menanti rumah dibaiki semula




RAUB - Seorang warga emas terpaksa menumpang rumah menantu buat sementara waktu manakala anak perempuannya pula kini menetap di sebuah rumah usang selepas kediaman mereka yang terletak di Kampung Ulu Atok, dekat sini terbakar.

Difahamkan, rumah yang didiami Mokhtar Abdullah, 76, bersama seorang anak perempuannya, Sarimah Mokhtar, 45, merupakan rumah bantuan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

Nasib yang menimpa mereka mendapat perhatian Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Negeri Pahang (Muip) Raub, diwakili Pegawai Muip daerah, Ab Halim Chik menyampaikan sumbangan kepada Mokhtar bagi meringankan bebannya.

Ab Halim berkata, beliau berharap sumbangan yang dihulurkan akan digunakan Mokhtar untuk menampung sedikit kos yang diperlukan untuk membaiki rumahnya itu.

Sementara itu, menceritakan detik kejadian pada 31 Ogos lalu, Mokhtar berkata, dia terjaga dari tidur kira-kira jam 1 pagi untuk memeriksa kotak suis rumah selepas lampu bilik tidurnya tiba-tiba terpadam namun terkejut apabila melihat ruang tamunya dipenuhi kepulan asap.

“Api marak terlalu cepat, pakcik tak sempat nak selamatkan apa-apa barang dalam rumah.

“Televisyen, peti ais, mesin basuh dan perabot rumah musnah dalam kebakaran terbabit dan kerugian dianggarkan kira-kira RM20,000,” katanya.

Menurutnya, meskipun sudah lebih dua minggu kejadian terbabit berlaku, namun bantuan bulanan yang dihulurkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tidak cukup untuk menampung kos membaiki semula rumahnya itu.

“Pendapatan bulanan pakcik bergantung sepenuhnya kepada bantuan JKM, memang tak cukup nak guna untuk kos baiki rumah yang rosak.

“Alhamdulillah Muip sudi membantu, diharap rumah kami dapat dibaiki semula kerana pakcik kasihan melihat anak perempuan pakcik terpaksa tinggal dekat rumah usang di belakang rumah kami yang terbakar itu sementara menantu rumah dibaiki semula,” katanya.




Read more »

TEMERLOH : TOMBOY LARIKAN WANG TAUKEH KEREPEK

Abdul Aziz dan isteri Rojatimah menunjukkan pelbagai jenis kerepek yang dipilih tomboi terbabit
sebelum rakannya melarikan wang tunai dan barangan kemas berharga RM3,000 pada Jumaat lalu


TEMERLOH - Sepasang suami isteri kerugian sebanyak RM3,000 apabila wang tunai hasil perniagaan dan barang kemas dilarikan dua individu termasuk seorang ‘tomboi’ yang berpura-pura mahu memborong kerepek di kedainya, di sini tengah hari kelmarin.

Mangsa, Rojatimah Mat Sohor 53, berkata, kejadian berlaku sebelum solat Jumaat kelmarin apabila dia didatangi seorang tomboi dan seorang lagi lelaki Melayu berjanggut yang berpura-pura memborong kerepek untuk dipasarkan ke Sabah.

Menurutnya, tomboi itu masuk ke kedai bersama seorang lelaki dan memilih enam jenis kerepek yang setiap peket seberat lima kilogram dan dilonggokkan di kaunter bayaran.

“Ketika menghulurkan bil kepada tomboi itu dia bagi tahu saya duit tidak cukup dan perlu ke bank untuk mengambil duit.

“Pada masa sama saya nampak kelibat seorang lelaki masuk ke dalam kedai. Ketika sibuk melayan tomboi itu, lelaki terbabit menyelongkar barang berharga yang diletakkan di ruang solat bilik di sudut belakang kedai.

“Tidak lama kemudian mereka berdua beredar untuk mengambil duit di bank namun sehingga petang saya tunggu mereka terus tak datang lagi,” katanya.

Merasakan sesuatu yang pelik, Rojatimah memeriksa beg duit miliknya yang diletakkan di bilik solat dan terkejut apabila wang tunai hasil perniagaan dan wang belanja harian serta barangan kemas bernilai RM3,000 telah lesap dilarikan.

Menurutnya, dia mengesyaki lelaki yang datang bersama tomboi itu melarikan wang dan barang kemas itu kerana sebelum mereka tiba dia sempat memeriksa wang di dalam beg tangannya.

Rojatimah berkata, dia kerugian RM1,152 duit perniagaan, RM300 duit belanjanya serta subang dan rantai emas bernilai RM1,500 akibat dilarikan kedua-dua individu itu.

Sementara itu suami mangsa, Abdul Aziz Ismail 60, berkata, kejadian berlaku ketika dia keluar untuk solat Jumaat.

Menurutnya, dia baru tiga bulan berniaga kerepek di kawasan itu dengan bekalan diambil dari anaknya di Sepang, Selangor.

“Saya nasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan taktik yang digunakan penjenayah untuk mencuri, mereka boleh datang dengan pelbagai gaya untuk mengaburi pandangan ramai,” katanya.

Abdul Aziz berkata, dia bersama isteri kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Temerloh berhubung kejadian itu.





Read more »

VIDEO REMAJA DIBAHAM HARIMAU TERUS VIRAL

Video remaja dibaham harimau terus viral


NEW DELHI - INDIA. Video kisah malang seorang remaja yang berdepan detik-detik mencemaskan sebelum maut dibaham seekor harimau putih masih terus menjadi perbualan hangat.

Lebih menyedihkan, sekeping gambar yang menunjukkan saat-saat akhir remaja itu kini mula menjadi viral di laman sosial dan video yang berdurasi dua minit 15 saat mula dimuat naik di laman sosial, Youtube.

Menerusi video tersebut, mangsa yang berada dalam ketakutan tidak mampu berbuat apa-apa.

Memetik laporan AFP, rata-rata pengguna laman sosial meluahkan rasa simpati kepada remaja terbabit.

Laporan itu dipetik, harimau putih itu menyerang dan membunuh yang dipercayai terjatuh ke dalam sebuah kandang yang menempatkan haiwan tersebut di sebuah zoo, di India.

Pengunjung yang turut sama berada di tempat kejadian cuba untuk membantu mangsa dengan membaling kayu serta batu, namun usaha mereka dilihat gagal.

Sebaliknya, harimau tersebut menerkam mangsa di bahagian leher.





Read more »

BEKAS MB SELANGOR SEDIA DISIASAT

Khalid Ibrahim


SHAH ALAM - Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau sedia disiasat mana-mana pihak seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung segala penjanjian yang ditandatangani ketika memegang jawatan itu.

Beliau berkata, ini termasuk perjanjian berkaitan penstrukturan semula industri air Selangor dan pembangunan di Canal City.

"Saya mengalu-alukan semua pihak termasuk SPRM untuk menyemak dan menyiasat semua perjanjian yang ditandatangani semasa saya menjadi Dato' Menteri Besar Selangor," katanya dalam catatan di laman Facebook beliau hari ini.

Menurut Abdul Khalid, peguamnya akan mengeluarkan kenyataan penuh berhubung hal itu dalam masa terdekat.

Sebelum ini, Menteri Besar Selangor yang baharu Mohamed Azmin Ali berkata beliau akan mengkaji semula perjanjian-perjanjian kerajaan negeri yang diluluskan ketika pentadbiran Abdul Khalid termasuk berkaitan konsesi air, Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex) dan pemberian kenaikan elaun menteri besar.





Read more »

KUANTAN : ATASI MASALAH BANJIR

Kerja-kerja membina tebatan bajir kini giat dilaksanakan bagi mengelakkan bencana itu.



KUANTAN- Kerja-kerja naik taraf tebatan banjir Bandar Kuantan yang telah dan sedang dilaksanakan merupakan projek berimpak segera bagi mengurangkan risiko ancaman banjir besar seperti yang berlaku penghujung tahun lalu.

Jurutera Daerah Kuantan, Sumiliana Sulong berkata, Jabatan Parit dan Saliran (JPS) Pahang memperuntukkan RM34 juta untuk melaksanakan 16 projek tebatan banjir di Kuantan, manakala 13 projek lagi dilaksanakan di bawah Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) melibatkan kos sebanyak RM17 juta.

Menurutnya, daripada 16 projek dilaksanakan JPS itu, tujuh sudah siap sepenuhnya manakala selebihnya akan disiapkan pada akhir 2014 dan pertengahan tahun hadapan.

“Kerja-kerja naik taraf ini berjalan lancar mengikut perancangan yang ditetapkan dengan menumpukan kepada sungai, kolam takungan dan sistem perparitan utama di dalam bandar Kuantan.

“Lokasi terlibat termasuk bahagian Barat Kuantan tumpuan kepada kawasan sistem perparitan utama di Lubuk Puyu, Permatang Badak, Kg Razali, sistem perparitan dan pam di Sungai Isap dan ban tebatan di Tanah Putih manakala kawasan pusat bandar melibatkan Parit Kg Jawa, Sg Tiram dan Sg Talam.

Sumiliana berkata, di Bahagian Timur Kuantan pula, kawasan yang terlibat adalah Sungai Galing Besar, anak Sungai Galing di persimpangan Jalan Tun Ismail, Sungai Sekilau di Bukit Ubi, sistem perparitan utama Semambu, Setali, Putra Square dan Kolam Takungan Pelindung.

Pada Disember lalu, ekoran taburan hujan yang tinggi mencecah 950 milimeter di bahagian hulu Sungai Kuantan dan kawasan bandar serta kejadian air pasang menyebabkan berlakunya banjir besar setelah benteng tebatan banjir di Sungai Isap, pecah.

Taburan hujan melebihi 300 peratus daripada taburan hujan bulanan normal, juga menyebabkan lebih 40 ribu orang penduduk di daerah Kuantan terjejas banjir.

Sementara itu, orang ramai yang ditemui menyambut baik projek tersebut yang disifatkan sebagai berita gembira kepada mereka yang selama ini sentiasa berada dalam kebimbangan bila menjelangnya musim tengkujuh.

Bagi seorang peniaga, Norizan Mohd Nor, dia rasa lega dan berharap projek tersebut kan menyelesaikan masalah banjir di kawasan yang berisiko seperti di Sungai Isap dan Perkampungan Cenderawasih.




Read more »

share2