Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, September 30, 2014

AHLI POLITIK SABAH SAH DITAHAN SPRM


SPRM

Shah Alam - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengesahkan seorang ahli politik Sabah telah ditahan oleh pihaknya bagi menyiasat laporan mengenai wujudnya amalan rasuah oleh ahli politik itu.

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mohd Jamidan Abdullah berkata, ahli politik itu dibebaskan selepas keterangannya diambil.

“Merujuk kepada laporan media mengenai penahanan seorang ahli politik Sabah, SPRM mengesahkan penahanan individu berkenaan telah dibuat pada Jumaat, 26 September 2014.

"Beliau hadir ke ibu pejabat SPRM untuk diambil keterangan.

“SPRM masih menjalankan siasatan ke atas individu ini di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berkaitan dakwaan wujudnya amalan rasuah dalam pembayaran pampasan tanah milik kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Terdahulu sebuah akhbar tempatan hari ini melaporkan bahawa seorang Ketua Umno Bahagian di Sabah sedang disiasat oleh SPRM berhubung penyalahgunaan kuasa melibatkan wang berjumlah RM300 juta.

Ahli politik tersebut telah ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Khamis lepas.

Sumber

0 comments:

share2