Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, September 30, 2014

PELAKON, PENERBIT KUTUK ARTIKEL FFM26 SEMAKIN MENGARUT





KUALA LUMPUR: Penerbit dan pelakon filem tempatan hari ini menyelar artikel bertajuk “FFM26 semakin mengarut” yang tersiar dalam sisipan Pancaindera, Mingguan Malaysia semalam.

Artikel tulisan Mustafa A.R., wartawan veteran yang telah berkhidmat lebih 30 tahun dengan Utusan Malaysia itu disifatkan mengarut dan tidak relevan dengan masa kini.

Menurut tweet pelakon filem Hanyut, Sofia Jane, artikel tersebut terutamanya di perenggan terakhir sangat membimbangkan dan menyakitkan hati.




 Adakah pelakon bukan Melayu tidak layak dicalonkan? Itulah persoalan yang mungkin sedang bermain di fikiran pembaca artikel tersebut yang disiarkan pada Ahad.

Selain mempertikaikan pelakon, Mustafa turut mempertikaikan kemenangan filem Bunohan pada festival edisi yang lalu.

Bunohan dianggap tidak baik tanpa alasan yang kukuh dengan hanya bersandarkan filem aksi, ganas dan seram tidak wajar diangkat sebagai filem terbaik.

Pelakon filem Terbaik Dari Langit, Megat Sharizal menganggap kritikan tersebut sangat melucukan dan portal DailySeni turut mengutus satu balasan kepada kenyataan tersebut.


                        Bunohan tak layak menang FFM? Hahahahahahahahha now that's a joke......
                           — Megat Sharizal (@Megat_Sharizal) September 29, 2014


Berpegang pada paksi filem Tanda Putera arahan Shuhaimi Baba lebih layak, kritikan kepada ulasan Mustafa diulas dengan lebih lanjut seperti yang disiarkan oleh portal MalaysiaKini.

Bagi penulis, turut dianggap memburukkan keadaan adalah penyenaraian lima filem terbaik yang semuanya diterbitkan oleh Primeworks Studios.

Lima filem yang dimaksudkan adalah Penanggal, KL Gangster 2, Rock Oo, KIL dan Sembunyi.


Sekali lagi, alasan yang diguna pakai tidak relevan dengan menyatakan monopoli pencalonan itu telah menyebabkan syarikat filem lain tidak boleh cari makan atau menang anugerah.

Menjawab pertanyaan yang dilontarkan oleh pelakon Bront Palarae kepada Tengku Iesta Tengku Alaudin selaku Pengurus Besar di Primeworks Studios, kecaman yang diterima dianggap keterlaluan.

                          @Bront_Palarae@Razaisyam rezeki datang daripada tuhan diberi kepada 
                                    insan seni yang bertungkus lumus cuba memberi yg terbaik.
                                             — iesta (@iestatiptra) September 29, 2014

Namun demikian, terdapat beberapa perkara yang disenaraikan oleh penulis yang dianggap pelik oleh beliau.

Tidak menolak keseluruhannya, terdapat beberapa perkara yang wajar dipersetujui dan difikirkan oleh penganjur, pembikin dan penggiat filem keseluruhannya.

            Semangat nak 'fight' ada ..sayangnya 'point' yg dibawak fight tu pun banyak yg ke laut ..adehh ..            — KHIR RAHMAN FANSURI (@KhirRahman)  September 28, 2014

Antaranya, Mustafa mempertikaikan kewujudan kategori harapan untuk pelakon lelaki, pelakon wanita dan pengarah.

Umum mengetahui akan kategori ini yang sekadar untuk menghargai bakat baru dalam bidang masing-masing.

Mustafa turut mencadangkan agar filem pecah panggung tidak lagi diberi pengiktirafan.

Tarikh festival yang tidak pernah tetap pada sesuatu masa seperti Anugerah Akademi juga turut menjadi antara punca kecelaruan majlis anugerah perfileman itu.

Sehingga ke hari ini, tarikh Festival Filem Malaysia ke-26 masih belum diumumkan.






0 comments:

share2