Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, September 29, 2014

KUANTAN : ATASI MASALAH BANJIR

Kerja-kerja membina tebatan bajir kini giat dilaksanakan bagi mengelakkan bencana itu.



KUANTAN- Kerja-kerja naik taraf tebatan banjir Bandar Kuantan yang telah dan sedang dilaksanakan merupakan projek berimpak segera bagi mengurangkan risiko ancaman banjir besar seperti yang berlaku penghujung tahun lalu.

Jurutera Daerah Kuantan, Sumiliana Sulong berkata, Jabatan Parit dan Saliran (JPS) Pahang memperuntukkan RM34 juta untuk melaksanakan 16 projek tebatan banjir di Kuantan, manakala 13 projek lagi dilaksanakan di bawah Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) melibatkan kos sebanyak RM17 juta.

Menurutnya, daripada 16 projek dilaksanakan JPS itu, tujuh sudah siap sepenuhnya manakala selebihnya akan disiapkan pada akhir 2014 dan pertengahan tahun hadapan.

“Kerja-kerja naik taraf ini berjalan lancar mengikut perancangan yang ditetapkan dengan menumpukan kepada sungai, kolam takungan dan sistem perparitan utama di dalam bandar Kuantan.

“Lokasi terlibat termasuk bahagian Barat Kuantan tumpuan kepada kawasan sistem perparitan utama di Lubuk Puyu, Permatang Badak, Kg Razali, sistem perparitan dan pam di Sungai Isap dan ban tebatan di Tanah Putih manakala kawasan pusat bandar melibatkan Parit Kg Jawa, Sg Tiram dan Sg Talam.

Sumiliana berkata, di Bahagian Timur Kuantan pula, kawasan yang terlibat adalah Sungai Galing Besar, anak Sungai Galing di persimpangan Jalan Tun Ismail, Sungai Sekilau di Bukit Ubi, sistem perparitan utama Semambu, Setali, Putra Square dan Kolam Takungan Pelindung.

Pada Disember lalu, ekoran taburan hujan yang tinggi mencecah 950 milimeter di bahagian hulu Sungai Kuantan dan kawasan bandar serta kejadian air pasang menyebabkan berlakunya banjir besar setelah benteng tebatan banjir di Sungai Isap, pecah.

Taburan hujan melebihi 300 peratus daripada taburan hujan bulanan normal, juga menyebabkan lebih 40 ribu orang penduduk di daerah Kuantan terjejas banjir.

Sementara itu, orang ramai yang ditemui menyambut baik projek tersebut yang disifatkan sebagai berita gembira kepada mereka yang selama ini sentiasa berada dalam kebimbangan bila menjelangnya musim tengkujuh.

Bagi seorang peniaga, Norizan Mohd Nor, dia rasa lega dan berharap projek tersebut kan menyelesaikan masalah banjir di kawasan yang berisiko seperti di Sungai Isap dan Perkampungan Cenderawasih.




0 comments:

share2