Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, February 21, 2012

Where Did Anwar Ibrahim Come From


Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO semalam mendedahkan wujud aktiviti mengimport dan mengedar buku ilustrasi seks di beberapa kedai buku di ibu negara tanpa kebenaran Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan sasaran pembacanya di kalangan kanak-kanak.

Bertajuk Where Did I Come From, buku berharga RM39.80 senaskhah itu memaparkan ilustrasi melampau menunjukkan hubungan kelamin, selain maklumat lengkap posisi seks tertentu dilakukan pasangan lelaki dan wanita dewasa sehingga berlaku proses kehamilan serta kelahiran bayi.

Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO, Datuk Muhammad Khairun Aseh, berkata hasil pemantauan mendapati buku setebal 44 muka surat itu diedarkan meluas di kedai buku di ibu negara tanpa pengawasan dan pemantauan pihak berkenaan, yang dikhuatiri boleh menyumbang kepada keruntuhan moral golongan muda.

“Kehadiran buku ini di pasaran tempatan hanya disedari selepas kami menerima aduan seorang pengguna yang secara tidak sengaja membelinya untuk bacaan anaknya. Pemeriksaan lanjut mendapati kandungan buku itu, termasuk gambaran ilustrasi digunakan tidak bersesuaian untuk kanak-kanak.

“Hasil pemeriksaan juga mendapati buku itu tidak mempunyai kebenaran pihak berkuasa, khususnya KDN, sekali gus menunjukkan ia dibawa masuk secara haram dari luar negara untuk diedarkan di Malaysia dan kita meminta siasatan segera dilakukan, sekali gus menghentikan pengedarannya,” katanya kepada pemberita, di sini semalam.

Buku Where Did I Come From dipercayai mula dicetak pada 1997, dengan lebih dua juta salinan terjual di seluruh negara sejak 15 tahun lalu.
Khairun berkata, lebih mengejutkan terdapat petikan dalam buku itu menceritakan terperinci hubungan seks, termasuk perasaan dialami pasangan ketika proses hubungan intim berkenaan berlaku.

“Selain buku itu, kita percaya ada buku lain berkonsep sama di pasaran tempatan kerana sepanjang tahun ini, kami menerima beberapa aduan berkaitan tetapi tidak mempunyai bukti mengaitkannya dengan mana-mana pihak,” katanya.

Justeru, Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO akan menghantar nota bantahan kepada Ketua Setiausaha KDN, Tan Sri Mahmood Adam secepat mungkin berhubung isu itu.

0 comments:

share2