Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, January 1, 2012

RAKYAT DISERU MEREALISASIKAN MASA DEPAN YANG LEBIH GEMILANG





Kuala Lumpur - Sempena menjelang tahun 2012, PM mengajak rakyat berubah dengan bersama-sama kerajaan untuk merealisasikan masa depan yang lebih baik.

Beliau menyatakannya demikian dilaman blognya;  www.1Malaysia.com.my sebagai perutusan tahun barunya.

Kerajaaan sedang dan masih melaksanakaan beberapa program pembaharuan melalui beberapa plan transformasi yang bertujuan untuk memberikan kebaikan kepada rakyat dan negara, justeru rakyat hendaklah bersama-sama dan memberikan sokongan bagi merealisasikannya dan membantu kelicinan program-program berkenaan.


PM ajak rakyat realisasi masa depan lebih baik

Oleh Mohd Zin Ali

2012/01/01

pix_gal0
Kerajaan tetap iltizam pembaharuan dalam semua bidang

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak semalam mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama dengan kerajaan merealisasikan masa depan yang lebih baik untuk negara.

Perdana Menteri berkata, kejayaan negara bukanlah sekadar mimpi, sebaliknya akan dapat dirangkul sekiranya semua pihak sanggup merancang dengan teliti dan bekerja keras bagi mencapainya.
“Tidak ada yang mustahil jika kita mampu mengimpikannya, sesungguhnya hari-hari yang terbaik kita masih berada di hadapan kita bukannya sudah tinggal dalam lipatan sejarah,” katanya di dalam perutusan Selamat Tahun Baru 2012 yang disiarkan dalam blog www.1Malaysia.com.my.
Najib menyifatkan 2011 adalah tahun amat monumental kepada negara kerana menyaksikan lengkap pelaksanaan atau ‘roll out’ inisiatif dasar kerajaan di bawah Dasar Transformasi Nasional (DTN-2011-2020) yang juga siri keempat Rangka Rancangan Jangka Panjang Negara (RRJP) sejak diperkenalkan pada 1971.......(Berita Harian)


0 comments:

share2