Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, December 31, 2011

NFC: Conman Mengaku Tidak Bersalah - Perak Today



Ahli perniagaan, Datuk Shamsubahrin Ismail mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua tuduhan menipu pengarah syarikat National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFC), Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail membabitkan pemberian cek bernilai RM1.755 juta, bulan lalu. Demikian dilaporkan oleh Portal Perak Today.

Shamsubahrin, 45, yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat Shamsubahrin Ismail Resources Sdn. Bhd. memohon dibicarakan sebaik sahaja pertuduhan selesai dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Ahmad Zamzani Mohd. Zain.

Tertuduh yang beralamat di Bukit Jelutong, Shah Alam didakwa menipu Mohamad Salleh dengan menjanjikan kepada mangsa satu perkhidmatan rundingan dan nasihat yang pada pengetahuan tertuduh tidak benar.

Perbuatan itu bertujuan memperdaya Datuk Mohammad Salleh (CEO – NFC ) itu sehingga mendorong mangsa bersetuju membayar wang perkhidmatan tersebut.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah restoran di Bukit Tunku di sini pada pukul 6 petang, 20 November lalu.

Bagi tuduhan kedua, Shamsubahrin didakwa memperdaya Mohamad Salleh sehingga mendorong mangsa menyerahkan cek berjumlah RM1.755 juta kepada tertuduh.

Perbuatan itu didakwa dilakukannya di kawasan Solaris Mont Kiara di sini antara 25 November dan 6 Disember lalu.

Kedua-dua pertuduhan tersebut dikemukakan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Apakah motif sebenar Datuk Shamsubahrin, cara penipuan memang pelik, nampak sangat dia cuba menanggok di air keruh, kononnya dia adalah pakar perunding tetapi ambil duit NFC dan cuba merasuah SPRM. Agaknya dalam kepala otak dia SPRM akan terpedaya dengan wang yang cuba disogokkan oleh beliau.

Paling dahsyat bila dia guna telefon polis untuk minta wang dari Mohd Salleh, akibatnya polis tak pasal-pasal terlibat. Inilah yang dinamakan Conman aka ahli perniagaan penipu.

Apakah ini juga agenda PKR untuk menambah keparahan NFC dengan meletakkan Datuk Penipu dalam isu ini? Menurut sidang media polis, antara CEO NFC dan Datuk Shamsubahrin mempunyai persamaan nama bapa dan polis berkata fikir sendiri lah apabila wartawan bertanyakan adakah kedua-dua mempunyai pertalian keluarga .


0 comments:

share2