Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) menerima sijil bersih Audit Negara bagi laporan akaun berakhir 2016 tanpa teguran.
Timbalan Yang Dipertua Muip, Dato' Sri Wan Abdul Wahid Wan Hasan berkata, sijil itu merupakan pencapaian terbaik Muip.
Menurutnya, sebagai sebuah organisasi yang menguruskan hal ehwal Islam termasuk agihan zakat dan sebagainya, pengurusan kewangan merupakan satu aspek utama yang dititik beratkan.
“Amanah dan tanggungjawab ini dipikul oleh Muip dengan penuh keikhlasan dan harap prestasi ini terus dikekalkan pada masa akan datang.
“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua staf Muip yang bertungkus-lumus menyediakan laporan yang terbaik sebelum dibentangkan kepada Jabatan Audit Pahang,” katanya kepada Sinar Harian.
Wan Abdul Wahid berkata, dengan penganugerahan sijil tersebut, orang ramai tidak perlu meragui ketelusan Muip menguruskan kewangan majlis berkenaan.
0 comments:
Post a Comment