Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, October 18, 2016

GANTUNG KETUA PELAMPAU


Gantung ketua pelampau


Dhaka - Pihak berkuasa penjara di bandar Khulna, selatan Bangladesh kelmarin melaksanakan hukuman gantung sampai mati terhadap ketua kumpulan pelampau Islam yang dikaitkan dengan pembunuhan beberapa tebusan warga asing, menurut kenyataan polis bandar itu. 

Asadul Islam, 42, ketua kumpulan Jamayetul Mujahideen Bangladesh (JMB) dihukum berikutan pembabitan beliau dalam kejadian serangan bom ke atas sebuah bas pada 14 November 2005 yang mengorbankan dua hakim mahkamah rendah negara itu.

Kumpulan tersebut turut dipersalahkan dalam kejadian serangan 1 Julai lalu di sebuah kafe di Dhaka yang mengorbankan 22 orang, kebanyakannya warga asing.

"Hukuman dilaksanakan jam 10.30 malam (Ahad, waktu tempatan) di penjara Khulna," kata Perusuhjaya Polis Khulna, Nibhas Chandra Majhi kepada agensi berita AFP, sambil menambah kawalan keselamatan telah dipertingkatkan di sekitar penjara bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

Asadul yang turut dikenali sebagai Arif, merupakan salah seorang pemimpin senior kumpulan JMB.


0 comments:

share2