Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, October 18, 2016

JAWATANKUASA FATWA AKAN SIASAT KAEDAH PERUBATAN


Jawatankuasa Fatwa akan siasat kaedah perubatan


Melaka - Jawatankuasa Fatwa negeri akan mengadakan perbincangan dengan pemilik sebuah pusat rawatan alternatif di Jasin yang menjadi kontroversi sejak Selasa lalu, dalam masa terdekat ini.

Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Halim Tawil berkata, menerusi perbincangan dikenali sebagai sesi pemurnian berkenaan, pihaknya akan memanggil pengamal perubatan alternatif berusia 42 tahun itu bagi mengenalpasti kaedah perubatan diamalkannya.

“Dari sudut laporan, kita sudah terima dan pihak kami akan melakukan sesi perbincangan bersama pemilik untukmengenalpasti kaedah perubatannya.

"Kita juga akan semak juga dari segi latar belakangnya mahupun pendidikan.

“Antara kaedah yang kita nak lihat adalah bagaimana kaedah Islam yang diguna itu didefinisikan. Sumber rujukan yang dari mana selain sudut bacaannya sama ada secara saintifik atau teori,” katanya.

Beliau bagaimanapun berkata, kaedah mandian sunnah tutup ubat dan sebut harga yang dilakukan lelaki itu juga dilihat umpama wang pengeras dan ia secara tidak langsung melanggar etika perubatan Islam kerana membebankan pesakit.

“Akhlak lelaki terbabit juga turut dinilai selaras garis panduan yang telah dikeluarkan Majlis Agama Islam Melaka (Maim) dengan kerjasama Jakim pada 2013.

“Jika terdapat keraguan, dia boleh disiasat mengikut Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah negeri Melaka 1991. Antara tindakan yang akan diambil adalah menasihatinya agar tidak mengamalkan kaedah yang dijalankan dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Pusat Islam Melaka, Bukit Palah di sini, semalam.

Abdul Halim bagaimanapun menyarankan umat Islam mendapatkan pemeriksaan doktor bertauliah di hospital untuk terlebih dahulu sebelum merujuk kepada perubatan alternatif.


0 comments:

share2