Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, December 15, 2015

'KHALWAT BUKAN HUKUM ISLAM, MUFTI TAK FAHAM HUKUM' - ZAID




13 Dis - Bekas Menteri Perundangan, Dato' Zaid menerusi satu video yang dimuat naik oleh FreeMalaysianToday (FMT) berkata sesetengah mufti tidak faham dengan konsep khalwat.

"Khalwat bukan rukun Islam.

"Khalwat adalah satu kesalahan yang dicipta melalui undang-undang, kita boleh komen lah.

"Masalahnya setengah-setengah mufti tidak faham khalwat ni bukan zina.

"Zina tu dah ada peruntukan dia. Jadi apa perlu khalwat?", kata beliau.

Selain itu, beliau juga turut mempersoalkan mengapa orang-orang miskin yang ditangkap kerana khalwat tetapi tidak orang-orang elit.

"Yang kena tangkap tu orang-orang miskin dekat motel je, budak-budak muda.

"Orang-orang elit atas tu dekat hotel besar tak pernah kena tangkap pun", katanya.

Sebelum ini, kenyataan dari kumpulan bekas penjawat awam yang mempertikaikan kesalahan khalwat menimbulkan kemarahan ramai.

Kumpulan tersebut berkata hukuman terhadap pesalah khalwat adalah dosa peribadi antara pelaku dan Allah keculia jika dilakukan di kawasan awam.




2 comments:

  • Anonymous says:
    December 17, 2015 at 9:43 AM

    Adoiyai....memang lah bukan zina.....tapi menghampiri zina

    kaji..... Ini lah akhir zaman.....yang batil dikata betul

    Semoga Allah memberi hidayah pada mereka yang terkhilaf dalam

    pandangan terhadap khalwat.

  • Anonymous says:
    December 22, 2015 at 9:37 AM

    ya ampunnn ..boleh dia kata khalwat bukan rukun islam , dia ni faham ke apa makna rukun ?rukun islam 5 perkara , bila dihurai jadi sejuta, rukun islam 6 perkara , bila dihurai satu persatu tak cukup buku kita menulisnya ,

    zaid salahkan mufti pulak ?? betul2 benggong ini orang, yg sebenarnya dia yang langsung tak faham erti agama, dia buta tentang hukum dalam islam, yang dia tahu zina zina zina , apabila zakar masuk kedalam faraj , itu zina ! zina tanpa rela, zina luar tabii, zina kerelaan tanpa kerelaan , zina dipaksa , itu zaid punya kepakaran ,

    malang , amat malang ..melayu beragama islam tak faham agamanya sendiri , dah la tak faham mengajar orang pula , dah la tak faham berlagak pula

share2