Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, May 13, 2015

TIOMAN : PENERBANGAN IKHSAN TUDM BAWA PESAKIT KE HOSPITAL

Penerbangan ihsan TUDM bawa pesakit ke hospital TIOMAN – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melaku



Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melakukan penerbangan ihsan membawa dua pesakit dari Pulau Tioman untuk menerima rawatan lanjut di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, kelmarin.

Pesakit terbabit, Ardan Tanda, 63 yang mengalami masalah jantung dan Zurinah Adnan, 40 mengalami masalah paru-paru diterbangkan kira-kira jam 2.40 petang menggunakan pesawat Eurocopter EC725.

Salah seorang doktor yang terlibat dalam Program Jiwa Murni Pemeriksaan Perubatan, Pergigian dan Berkhatan sempena Sultan Ahmad Shah Tioman International Eco-Challenge 2015 Kali ke-8 (8th SASTIEC 2015), Dr Mohamad Razin Kamarulzaman memaklumkan, kedua-dua pesakit itu menerima rawatan awal di Klinik Kesihatan Tekek.

Menurutnya, pada peringkat awal pesakit terbabit diperiksa Pakar Kecemasan ATM, Lt Kol (Dr) Nik Mohd Noor Nik Amin bersama Pegawai Perubatan Klinik Tekek, Dr Siti Nur Fathiah Abdul Raman.

“Bagaimanapun hasil pemeriksaan mendapati kedua-duanya perlu menerima rawatan lanjut di HTAA ekoran masalah kesihatan yang dihidapi. Susulan kes kecemasan itu, TUDM mengerakkan bantuan dengan melakukan penerbangan ihsan bagi membawa kedua-dua pesakit itu ke hospital. Penerbangan ihsan ini telah diiringi Dr Fathiah, Kapten (Dr) Mohd Zainizam Zainal dan jururawat terlatih, Awanis Yusoff,” katanya.

Seramai 45 pakar perubatan termasuk pakar pergigian, paramedik dan pembantu pergigian Kor Kesihatan DiRaja, Angkatan Tentera Malaysia berada di Pulau Tioman sejak 5 hingga semalam sempena SASTIEC Ke-8/2015.

Sepanjang lima hari program tersebut, sebanyak 176 kes perubatan, 106 kes pergigian dan 27 kes berkhatan telah dirawat.




0 comments:

share2