Orang yang mula-mula membuka pekung Anwar adalah Karpal Singh. Beliau membuat tuduhan pada tahun 1997 Anwar sebagai homoseksual. Hal ini tidak dapat Pakatan Rakyat nafikan. Kita ada bukti Karpal Singh yang mula membuka mulut berkenaan isu liwat.
Ketika itu Anwar dalam UMNO. Sekarang Karpal sanggup menjadi peguambela kes liwat Anwar. Jadi dimana perginya moral Karpal Singh? Adakah meliwat salah dari segi moral sekiranya seseorang itu UMNO, dan tidak salah apabila dia menyertai pembangkang?
JIka benar begitu - dan memang kelihatan begitu - memang DAP menggunakan double standard dalam semua hal. BN rasuah, salah dari segi moral. DAP boleh untuk bantu parti. UMNO rasis, salah, tetapi DAP boleh sebab DAP melaungkan slogan Malaysian Malaysia.
Karpal Singh harus bertaubat. Dia yang pernah minta Anwar bertaubat satu ketika dahulu seharusnya bertaubat. Seharusnya Karpal mendengar suara nuraninya sebagai ahli politik yang berprinsip.
Klik sini.
0 comments:
Post a Comment