PAS pilih Puan Normala Sudirman, BN pula akan pilih siapa? Sudah tentu BN akan pilih siapa yang boleh memenangi PRK DUN Tenang. Secara kasarnya PAS melihat BN bakal berhadapan dengan laluan yang cukup sukar kerana PAS meletakkan calon perempuan. Namun kita percaya orang Tenang bijak memilihnya.
Aku Waris Pahang kagum dengan Normala yang sanggup 'mengorbankan periuk nasi' sebagai guru semata-mata mahu menjadi calon. Bagaimana kalau dia kalah dalam pilihan raya ini? Elok-elok kerja sebagai guru, esok-esok jangan tergaru-garu. Jangan nanti bila sudah kalah, kerajaan juga yang disalahkannya dan jangan guna skrip lama jika kalah nanti.
Tindakan Normala menggambarkan ketaasuban Normala kepada partinya. Umpama kata pepatah "dengar guruh di langit air tempayan dicurahkan". Ini adalah langkah terdesak PAS untuk meraih kemenangan sedangkan dulu mereka tidak berminat meletakkan perempuan sebagai calon.
Sumber dari Bernama melaporkan bahawa Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, tidak mudah bagi pakatan pembangkang untuk memenangi PRK DUN Tenang, ini adalah kerana Tenang terletak di Johor yang merupakan kubu kuat Barisan Nasional.
Sedarkah PAS bahawa kemenangan bukan hanya bergantung kepada faktor calon. Persoalannya mampukah Normala memberi perkhidmatan yang baik kepada masyarakat DUN Tenang?. Adakah Normala mahu menjadi ‘YB Pak Pacak' sahaja tanpa menghulurkan bantuan dan khidmat yang baik kepada calon.
Penduduk DUN Tenang perlu membuat sedikit analisa dan kajian tentang sejauh mana khidmat wakil rakyat di kawasan yang dimenangi oleh pembangkang. Parlimen Kuantan contohnya dimenangi oleh Fuziah Saleh tetapi kini penduduk Kuantan sudah bosan dengannya kerana beliau gagal menunaikan janji-janji manis yang ditaburkan sebelum PRU 12.
Nampaknya calon yang dipilih oleh PAS ini membuatkan Pakatan Pembangkang tidak tenang. Penduduk Tenang juga tidak tenang dengan calon PAS ini kerana tidak memberi apa-apa harapan kepada mereka.

Salam sdra,
Cikgu Normala ni dari dalam perut mak dia lagi kerajaan dah jaga dengan baik. Bila lahir ke dunia dah ada rumah tempat berlindung. Susu yang diteguk dan masuk dlm kerongkongnya pun adalah hasil usaha kerajaan membangunkan Felda.
Mak bapak dia mendapat reazeki Allah hasil dari skim Felda yang kerajaan laksanakan. Kalau kerajaan ini lemah, tidak bermanah dan asyik ceramah jer siang malam, membiarkan umat islam miskin papa kedana, mungkin Normala hari ini bukan seorang guru. Entah2 tak sempat lahir atau mati ketika dilahirkan kerana kemiskinan keluarganya sahulu. Ataupun membesar tetapi penuh dengan kudis buta, kurap atau puru.
Normala mendapat pendidikan rendah dan menengah tanpa masalah dan berjaya pulak memiliki kerjaya sebagai guru kerajaan.
Kini Normala membesarkan pula anak-anaknya dalam negara yang aman sejahtera dan selesa. Insya Allah kalau diizinkan, cucu dan genearasinya juga akan menjadi warisan yang bermaruah di bumi tercinta ini.
Kita tak kisah Normala nak sokong parti apa pun. Negara kita mengamalkan demokrasi. Tulisan saya di blog ini hanya nak mengingatkan kepada orang lain supaya jangan terikut2 perangai macam Normala.
Puas saya bertanya diri sendiri, apakah kesalahan kerajaan terhadap Normala yang menyebabkan dia menyokong Pas yang tidak ada apa-apa jasa bakti kepada dirinya maupun kepada keluarganya.
Jawapan yang perolehi ialah...inilah hasil pengaruh buruk Parti Pas. Iaitu sebuah parti melayu yang memperlatkan agama Islam.
Semasa Normala belum dilahirkan, kerajaan telah membuka hutan belantara dan membawa masuk mak bapaknya menyertai skim Felda. Tujuan kerajaan adalah menegakkan tuntutan agama Islam yang mewajibkan membela umat Islam keluar dari kepompong kemiskinan.
Kerajaan menyediakan benih dan baja yang baik supaya peserta Felda mengeluarkan hasil sawit yang bermutu tinggi. Dengan ini taraf hidup mereka dan keluarga dapat dibela. Itulah nikmat hidup yang Allah telah kurniakan pada Normala.
Tetapi Pas menghantar ustas-ustaz politik mereka masuak ke Felda bukan mengajar untuk bersyukur dengan nikmat Allah itu, sebaliknya menabur benih kebencian dan menyuburkan kemarahan kepada kerajaan yang telah membela kehidupan meraka.
Kerajaan membangunkan Felda untuk memuliakan umat Islam. Tetapi Pas masuk ke Felda memperalatkan agama Islam untuk mendapatkan undi.
Kepada Pengundi Tenang,
Apakah ceramah-ceramah ustaz-ustaz politik Pas mengajak orang ramai di Felda membenci kerajaan itu dinamakan Jihad?
Adakah menghasut orang ramai supaya tidak berterima kasih dan tidak bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan itu akan mendapat keredhaan?
Adakah menabur fitnah dan berbohong dalam ceramah yang menggunakan agama Islam sebagai alat pilitik itu dianggap sebagai memperjuangkan perubahan?
Pas mungkin boleh mempengaruhi Normala, suaminya dan ustaz-ustaz politik mereka tetapi Pas tidak akan dapat memperbodohkan orang lain yang mampu berfikir dan berpegang teguh kepada ajaran agama yang tulen.
Saya bersetuju dengan YAB Dato' seri najib yang berkata:
"Biarlah rakyat yang membuat penilaian"
saya dapati Ahli-ahli dan pengikut Pas memiliki semangat yang baik untuk rakyat dan negara kita. Saya yakin mereka akan lebih matang lagi jika dapat membebaskan diri dari kongkongan taksub penjara minda yang dibina oleh Pas.
Salam
Islam itu Agama
Melayu itu Bangsa
Pas itu Politik
Maaf jua
Normala adalah contoh generasi yang teraniaya oleh tarbiah Pas memperlatkan agama Islam dalam pendekatan politik mereka.
Sebagai seorang guru Normala gagal memiliki pemikiran yang rasional dan terbuka.
Walaupun dia mempunyai hak peribadi menyokong mana-mana parti politik atas dasar amalan demokrasi tetapi rakyat Malaysia sedih dengan sikapnya yang tidak mampu berfikir dengan baik sesuaio dengan kerjayanya sebagai guru.
Kerajaan tidak pernah menzalimi diri dan keluarganyanya selama ini. Tetapi beliau sanggup menyokong Pas yang tidak ada langsung peranan dan jasa bakti kepada agama, bangsa dan negara melainkan berbakti menolong DAP melenyapkan kuasa politik umat Islam di negara kita.