Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, November 7, 2012

Naib Presiden PKR Anggap Politik Lebih Mulia Dari Akidah


Kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar bahawa rakyat tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama tertentu termasuklah dalam kalangan orang Melayu jelas membuktikan beliau menjadikan agama sebagai modal politik untuk menarik sokongan bukan Islam.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia, Datuk Ibrahim Ali berkata, kenyataan Nurul Izzah itu juga membuktikan beliau meletakkan kepercayaan terhadap agama Islam daripada sudut akidah lebih rendah berbanding kepentingan politiknya.

Ibrahim yang merupakan Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, perkara tersebut sangat serius kerana boleh merosakkan agama Islam dan menggesa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyiasat perkara itu memandangkan kenyataan tersebut dilakukan di Selangor.

"Budak ini (Nurul Izzah) masih mentah, mungkin beliau terpengaruh dengan bapanya (Datuk Seri Anwar Ibrahim) yang mendokong fahaman pluralisme. Jadi, saya mintalah ahli-ahli Pas yang mendakwa mereka sebagai parti yang memperjuangkan Islam, tarbiyah budak ini.

"Islam memang tidak memaksa seseorang itu memeluk agama tersebut, tetapi tidak bermakna Islam memberi kebebasan kepada mana-mana penganutnya keluar masuk agama sesuka hati. Hari ini Islam, esok keluar dan masuk agama Buddha, lusa masuk Islam balik, tidak boleh.

"Isu ini sama dengan isu murtad, kalau tidak faham bab hukum agama, jangan cakap, nanti tersilap seperti yang telah berlaku. Manusia yang belum memeluk Islam, bebas untuk memilih agama, tetapi bagi yang telah memeluk Islam, hukumnya bunuh jika memilih keluar Islam kerana mempersendakan Allah SWT," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Nurul Izzah dalam forum Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab? bahawa rakyat tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama tertentu dan perkara itu juga perlu terpakai kepada orang Melayu.

Beliau seperti dipetik menerusi laporan portal propembangkang, Malaysiakini berkata : "Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama...Mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata."

Mengulas isu sama, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin pula mempersoalkan pendirian pakatan pembangkang, khususnya Pas berhubung kenyataan Nurul Izzah itu.

Ini kerana, katanya, kenyataan Nurul Izzah itu sama dengan salah satu tuntutan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) yang sangat ditentang oleh Pas sebelum ini.

"Nurul Izzah bukan sebarangan, beliau adalah anak kepada Penasihat dan Presiden PKR, beliau merupakan naib presiden parti dan diangkat sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia. Oleh itu, kenyataan yang dibuat oleh Nurul Izzah boleh dianggap mewakili pendirian parti serta pakatan pembangkang.

"Saya nak tanya pendirian Pas kerana kenyataan Nurul Izzah bahawa rakyat tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama tertentu dan terpakai kepada orang Melayu sama dengan salah satu tuntutan IFC. Saya tidak tahu kalau hari ini Pas menyokong IFC serta kenyataan Nurul Izzah itu, mereka perlu jelaskan kepada akar umbi," jelasnya.

3 comments:

  • Anonymous says:
    November 7, 2012 at 10:47 AM


    Segala-lanya telah terserlah...apakah kita mahu pemimpin yg nak lihat Islam hancur di Malyasia (kecuali musuh ALLAH sahaja). A'azubillah.

  • Anonymous says:
    November 7, 2012 at 10:54 AM


    Mana dia ulama yg benar-benar bermati-matian pertahankan Islam ketika ini. Ulama PAS pun tak berani. Adakah mereka perjuangkan Islam atau politik dunia!!!!

    Memanag sukar nak dapat macam Allahyarham Uzt Fadhil Noor, dia pejuang Islam sebenar. TG Nik Aziz tak mampu sekalipun Dato Harun Din ke...

    Lim Guan Eng dan Karpal Singh tengah berseronok dapat pesongkan wanita muda ini menjadi jurucakapnya tanpa menyakitkan orang Islam.

    Benarlah PKR menyokong murtad dan LBGE!!!

  • Anonymous says:
    November 7, 2012 at 10:57 AM

    Surah Al-i`imran:

    Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat “Muhkamaat” (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat “Mutasyaabihaat” (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) – adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama, berkata:” Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami” Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.

share2