Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, October 27, 2016

DIPUKUL SELEPAS TEGUR JANGAN MEROKOK


Dipukul selepas tegur jangan merokok


Hebei - Sebuah rakaman mengejutkan menunjukkan seorang wanita diserang di hadapan anaknya di dalam sebuah lif selepas dia menegur lelaki itu supaya tidak merokok.

Rakaman yang dirakam di sebuah lif di Langfang, wilayah Hebei itu menunjukkan lelaki itu menumbuk, menampar wanita itu berulang kali di hadapan anaknya.

Sebaik pintu lif ditutup, wanita itu cuba untuk melawan namun dipukul lelaki berkenaan.

Mangsa cuba merakam wajah penyerang tersebut dengan telefon bimbitnya namun lelaki itu bertindak melarikan diri.

Wanita itu cuba mengejar dan meninggalkan anaknya keseorangan dalam lif namun gagal.

Mangsa kemudian melaporkan insiden itu kepada polis dan berkata, lelaki itu berang selepas dia meminta supaya tidak merokok di hadapan anaknya

Rakaman CCTV menunjukkan lelaki berkenaan melarikan diri dan polis sedang memburu suspek.


0 comments:

share2