Sudah menjadi lumrah biasa bagi pelajar berasa gerun tatkala musim peperiksaan hampir tiba.
Kebimbangan mula dirasai dan para pelajar mula menghabiskan masa dengan mengulangkaji pelajaran di samping menghadiri kelas tambahan; ditambah pula dengan pelbagai aktiviti luar kelas dan aktiviti kokurikulum yang menjadi rutin harian mereka.
Para ibu bapa mula mengambil langkah berjaga dalam memastikan anak–anak dalam keadaan yang terbaik supaya dapat menumpukan perhatian sepenuhnya di dalam pelajaran. Terdapat segelintir para ibu bapa lebih tertekan berbanding anak–anak mereka sendiri menjelang musim peperiksaan.
Menurut seorang ibu kepada empat cahaya mata, An Lionel, "Dale, anak lelaki saya yang berumur 10 tahun berjaya memperoleh keputusan yang baik pada tahun lepas dan begitu teruja untuk mengekalkan pencapaian tersebut pada tahun ini. Namun begitu, ada kalanya dia terlewat dan terlepas daripada mengambil sarapan.
"Saya khuatir kerana tidak selalu berada di rumah untuk memastikan dia makan dengan betul.
“Saya selalu risau akan anak saya yang berumur 10 tahun, Ibrahim Zenky. Sebulan sebelum peperiksaan, saya akan sentiasa berada di sampingnya untuk mengetahui persiapan yang sedang dilakukan. Dia mahu lakukan yang terbaik seperti rakan–rakannya dan sudah tentu saya ingin membantu,” ujar Aida Zuhara.
Jadi, apa yang para ibu bapa boleh lakukan bagi meredakan tekanan sewaktu musim peperiksaan?
Kami mendapatkan pandangan daripada Kaunselor dan Pakar Psikologi Pusat Terapi Perkahwinan, Keluarga dan Kanak–kanak KIN & KIDS Charis Wong, dalam memberi panduan mudah untuk meredakan tekanan serta Cher Siew Wei yang juga merupakan Pengurus Pemakanan Korporat Nestlé (Malaysia) Berhad dalam berkongsi tips – tips pemakanan bagi menghadapi situasi ini.
Langkah 1: Membentuk konsep jati diri yang sihat
Charis: Para ibu bapa digalakkan untuk memberi sokongan berbanding memberi pujian ketika anak-anak giat berusaha mencapai matlamat mereka. Peperiksaan sudah cukup membuatkan anak-anak anda tertekan. Oleh itu, cara yang terbaik adalah ibu bapa meletakkan diri mereka dalam situasi yang sama seperti dialami oleh anak-anak. Ini membolehkan para ibu bapa memahami tekanan yang terpaksa dilalui oleh anak-anak mereka sepanjang musim peperiksaan.
Langkah 2: Mengkaji strategi untuk mengurangkan tekanan
Charis: Mengekalkan hubungan yang baik sesama keluarga mampu membina kepercayaan anak-anak terhadap ibu bapa apabila mereka mengharapkan bantuan atau sokongan di saat mereka memerlukannya. Berehat sebentar dan ambil masa untuk bersiar–siar di taman atau bersarapan bersama boleh menjadi masa yang baik untuk ibu bapa dan anak-anak berinteraksi. Anak yang sihat adalah anak yang bahagia, oleh itu adalah penting untuk menjaga keseimbangan kesihatan mental dan fizikal mereka.
Siew Wei: Sarapan yang seimbang mengandungi 3 daripada 5 kumpulan makanan merangkumi tenusu, buah – buahan, bijirin, protein dan sayuran. Jika anda terlalu sibuk, roti bakar dengan hirisan pisang dan kacang mentega bersama secawan MILO® sudah mencukupi.
Langkah 3: Bapa borek, anak rintik
Charis: Ibu bapa yang sibuk berkerja, pola tidur yang tidak menentu dan pengambilan pemakanan yang tidak berkhasiat turut mempengaruhi keadaan anak-anak mereka dalam aktiviti fizikal, diet dan rehat yang seimbang. Tiga aspek tersebut amat penting ketika berhadapan musim peperiksaan. Kita harus faham akan situasi tersebut kerana seperti pepatah ‘bapa borek, anak rintik’. Ini adalah kerana anak-anak cenderung mengikut tingkah laku ibu bapa yang menjadi teladan bagi anak-anak dalam keluarga.
Jelaskan kepada anak-anak mengapa sesuatu perkara harus dilakukan dengan kaedah tertentu dan kebaikan disebaliknya. Jika anak-anak memahami rasional di sebalik sesuatu perkara dan terbukti ianya berjaya, maka mereka lebih cenderung untuk menuruti langkah yang sama. Jika kaedah pembelajaran tidak sesuai dengan anak-anak, cuba berbincang dengan menggunakan pendekatan yang lain dalam membantu proses pemahaman mereka.
Namun begitu, para ibu bapa harus berlaku jujur dengan anak-anak jika mereka melakukan kesalahan dan perlu menjadikannya sebagai satu pengajaran atau teladan yang baik untuk kebaikan bersama.
Langkah 4: Menjadi penasihat kepada anak anda
Terdapat dua jenis golongan ibu bapa samada jenis penasihat atau pun jenis yang terlalu melindungi secara berlebihan.
Walaupun untuk kebaikan anak tersebut, ibu bapa yang terlalu cemas akan sentiasa berwaspada dan selalunya mereka akan berada dalam keadaan bersiap-sedia untuk menghulurkan bantuan tatkala anak-anak mereka di dalam kesusahan. Bagi anak-anak yang tidak berjaya semasa peperiksaan, ibu bapa ini juga akan khuatir jika anak-anak tidak mampu menerima kegagalan dan akhirnya menjerumus anak-anak dengan tekanan supaya berusaha dengan lebih gigih lagi pada masa akan datang.
Ibu bapa yang terlalu melindungi ini mempunyai pemikiran bahawa anak-anak tidak mampu berdikari dan sentiasa memerlukan bantuan mereka pada setiap masa.
Golongan ibu bapa jenis penasihat pula mengajar anak-anak menjadi lebih berdikari dengan memberikan bantuan atau sokongan yang sepatutnya. Golongan ini juga membiarkan anak-anak belajar dari kesilapan supaya mereka dapat mengelakkan terlibat dengan masalah yang lebih besar.
Ibu bapa golongan ini juga akan memberikan bantuan seadanya untuk anak-anak berkembang maju dalam pelajaran seperti menyediakan persekitaran tempat belajar yang tenang, makanan yang berkhasiat di samping menyeimbangkan akitiviti masa lapang dan riadah.
Memberikan tugasan rumah seperti membeli barangan dapur untuk hidangan sarapan sebelum ke sekolah dan ganjaran yang setimpal haruslah diberi supaya mereka lebih bertenaga sebelum menjawab peperiksaan. Sikap bertanggungjawab dapat diterapkan dalam anak-anak dan seterusnya mampu berfikir untuk membuat keputusan sendiri.
Siew Wei: Kita kehilangan sekurang-kurangnya 80% sumber tenaga semasa tidur* dan boleh menjadi lebih jika ibu bapa sibuk membuat persiapan semasa minggu peperiksaan anak-anak. Penggunaan tenaga adalah sangat penting pada waktu tersebut. Oleh itu, satu tip berguna untuk para ibu bapa untuk mengembalikan tenaga yang telah hilang. Caranya dengan mengambil secawan MILO® satu jam sejurus bangun pagi dan seeloknya di ambil sebelum jam sepuluh pagi.
MILO® mengandungi Activ-Go™ mengandungi kombinasi unik antara PROTOMALT®, vitamin dan mineral yang membantu dalam membekalkan tenaga berpanjangan, mengurangkan rasa letih dan menyokong sistem dalam badan untuk membantu kanak-kanak dalam pembelajaran menjelang waktu peperiksaan.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tips dan cadangan menu sarapan yang boleh membantu mengurangkan tekanan menjelang peperiksaan, sila layari laman MILO® di www.milo.com.my
*Bergantung kepada umur, saiz, peratus lemak dalam badan, tahap kecergasan fizikal dan diet yang diamalkan.
0 comments:
Post a Comment