Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, July 2, 2016

TAMAN TAMADUN ISLAM DIPASANG AIR PANCUT MUZIK


Taman Tamadun Islam Terengganu


Kuala Terengganu - Taman Tamadun Islam (TTI) di sini akan dipasang dengan lampu dan air pancut bermuzik, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Mohd Jidin Shafee.

Beliau berkata, ia akan mula beroperasi pada 15 Julai ini dengan kos keseluruhan RM7.6 juta.

"Kita akan buat tempoh percubaan selama 15 hari dan sepanjang tempoh itu pengunjung yang masuk ke Taman Monumen tidak akan dikenakan apa-apa bayaran.

"Setiap replika masjid di Taman Monumen akan diletakkan lampu bermuzik dan diharap tempoh percubaan itu nanti mampu menjadi titik permulaan untuk membantu mempopularkan lagi Taman Tamadun Islam sebagai destinasi menarik sempena Tahun Melawat Terengganu 2017," katanya.

Mohd Jidin berkata TTI akan turut menyediakan dua buah feri dan lapan bot untuk perkhidmatan kepada pelancong.

"Pakej pelancongan menyusuri sungai akan diperbanyakkan lagi termasuk melihat matahari terbenam selain makan malam di atas bot," katanya.


0 comments:

share2