Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, July 2, 2016

KALU BN KENA, DAP AKAN GESA LETAK JAWATAN TAPI...


Exco Pemuda Umno, Ibdilillah Ishak


Kuala Lumpur - Exco Pemuda Umno, Ibdilillah Ishak membidas sikap DAP yang hipokrit dan double standard dalam isu penahanan Ketua Menteri Pulau Pinang oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.

Beliau berpendapat, keputusan Jawatankuasa DAP Pulau Pinang semalam yang telah bersetuju untuk mengekalkan Guan Eng sebagai Ketua Menteri adalah amat memalukan.

Katanya, tindakan itu jelas mempamerkan sifat hipokrasi sebuah parti yang kononnya memperjuangkan pentadbiran kerajaan yang cekap, berakauntabiliti lagi telus.

"Saya sudah menjangkakan teriakan 'konspirasi politik' akan dilaungkan oleh Guan Eng demi menagih simpati rakyat untuk terus berkuasa sebagai Ketua Menteri.

"Inilah skrip yang sering dipakai berulang kali apabila pimpinan parti Pakatan Harapan didakwa," ujarnya.

Ibdillah berkata, DAP merupakan contoh terbaik sebuah parti yang mengamalkan sikap hipokrasi dalam berpolitik.

"Jika yang didakwa di mahkamah merupakan pemimpin BN, merekalah yang pertama akan menggesa supaya pemimpin tersebut meletak jawatan, tetapi apabila pemimpin mereka didakwa, mereka pilih untuk bersikap hipokrit," katanya.

Ibdilillah mendesak Guan Eng untuk meletakkan jawatan Ketua Menteri dengan kadar segera kerana inilah waktunya beliau mempamerkan bahawa beliau benar-benar menjunjung politik yang bersih dan telus.


0 comments:

share2