Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, July 1, 2016

BAPA MINTA TOLONG CARI AYUNI IDORA


Bapa minta tolong cari Ayuni Idora


Kota Bharu - Seorang remaja berusia 13 tahun dikhuatiri diculik di sebuah pasaraya di Kubang Kerian di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari, Ayuni Idora Deraman dikatakan ke pasaraya tersebut untuk membeli persiapan hari raya bersama keluarganya.

Bapa mangsa, Deraman Mat Ail, 61, berkata, semasa kejadian semua ahli keluarganya telah memasuki pasaraya untuk membeli belah manakala dia berada di luar pasaraya tersebut.

"Kali terakhir Ayuni dilihat berada di ruang legar pasaraya tersebut manakala keluarga yang lain berada di tingkat satu.

"Kami bimbang apabila penculik tersebut telah menggunakan nombor telefon anak saya untuk menghantar pesanan aplikasi WhatsApp kepada isteri saya meminta wang tebusan sebanyak RM5,000," dakwanya ketika dihubungi.

Deraman berkata, sekiranya mereka enggan membayar wang tebusan penculik terbabit mengugut akan melarikan anak perempuan mereka ke Kuala Lumpur.

"Kali terakhir anak saya dilihat dia memakai baju T berlengan panjang berwarna merah berseluar jalur putih serta bertudung gelap.

"Kami berharap orang ramai dapat membantu mengesan anak saya sekiranya terlihat dia di mana-mana. Kami sekeluarga bimbang akan keselamatannya," katanya.

Kejadian tersebut menjadi viral di laman facebook sejurus remaja tersebut didakwa dilarikan.‎


0 comments:

share2