Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, June 29, 2016

NAJIB LAHIR SEDIH, UCAP TAKZIAH TRAGEDI LANDA ISTANBUL


Najib lahir sedih,ucap takziah tragedi landa Istanbul


Shah Alam - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa sedih dan terkejut atas insiden yang berlaku di Lapangan Terbang Ataturk, Istanbul, awal pagi tadi.

Kata Najib seperti yang dipetik menerusi akaun Facebooknya sebentar tadi, apa yang berlaku di Turki hari ini mengingatkan semua pihak supaya mengukuh dan menguatkan kerjasama perisikan dalam usaha memerangi keganasan.

Beliau juga turut menyifatkan tragedi tersebut sebagai insiden menyayat hati.

"Saya ucapkan takziah ke atas keluarga dan rakan mangsa terlibat dalam insiden yang berlaku di lapangan terbang negara itu hari ini.

"Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya ke atas serangan yang berlaku di sana. Pihak kami sedia bersatu dan bekerjasama dengan semua negara untuk memerangi keganasan," katanya seperti yang dipetik menerusi akaun Facebooknya, hari ini.

Sekurang-kurangnya 32 terbunuh manakala 88 yang lain cedera dalam satu serangan berani mati yang berlaku di Lapangan Terbang Atatark di Turki, hari ini.

Setakat ini, media antarabangsa melaporkan belum ada pihak yang tampil mengaku bertanggungjawab terhadap insiden berkenaan.

Najib dalam kenyataan sama turut mengesahkan tidak ada rakyat Malaysia yang terlibat dalam tragedi tersebut.

Buat masa ini, katanya lagi, Kementerian Luar sedang mengumpul maklumat untuk memperoleh sebarang berita lanjut tentang insiden berkenaan.


0 comments:

share2