Kuala Lumpur - Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali dilaporkan akan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam masa terdekat.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli pertemuan tersebut diadakan bagi tujuan meyakinkan Baginda bahawa pengurusan pentadbiran negeri itu tidak akan terjejas selepas perpecahan PR.
Menurutnya lagi, Mohamed Azmin juga akan memaklumkan kepada Baginda bahawa ketiga parti Pas, PKR dan DAP akan terus bekerjasama walaupun tidak lagi bersama sebagai sebuah kerajaan campuran.
"Saya diberitahu bahawa Azmin akan memberi taklimat kepada Sultan dalam masa terdekat.
"Keputusan bubar PR dibuat dengan rundingan bersama DAP dan Pas, langkah terbaik adalah meneruskan kerjasama politik dalam bentuk kerajaan campuran di peringkat negeri," katanya seperti dipetik menerusi laporan sebuah portal hari ini.
Semalam, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan perikatan PR yang dibina berlandaskan perhubungan PKR, Pas dan DAP telah berkubur.
Dalam satu kenyataan Wan Azizah berkata, gabungan tiga parti itu kini tidak lagi berfungsi secara formal.
[ARTIKEL BERKAITAN: Wan Azizah sahkan PR berkubur]
0 comments:
Post a Comment