Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, June 24, 2015

KISAH KEJAYAAN LELAKI MELAYU JUAL BRA




KISAH ini sebenarnya dikongsi oleh pengasas syarikat penerbitan PTS Media Group Sdn Bhd, Ainon Mohd. menerusi laman Facebooknya.

Kami siarkan semula agar menjadi sumber inspirasi buat pembaca yang ingin bergelar usahawan.

Pepatah ada menyatakan, ‘Sedikit-sedikit tekun, lama-lama menjadi bukit’ ini sesuai untuk menggambarkan usahawan yang dikenali sebagai Zainol Abidin ini.


Berani menolak segala prejudis dan perasaan malu, kami percaya Zainol Abidin kini boleh tersenyum lebar atas kejayaan yang kini sudah mampu memiliki kedai sendiri tanpa membuat sebarang pinjaman bank.

Semuanya atas berkat kegigihan dirinya apabila memilih untuk menjual pakaian dalam wanita atau lebih dikenali sebagai bra.

Pada awalnya, kami sendiri terkejut mengetahui barangan yang dijual namun menurut Zainol, kuasa beli wanita yang tinggi membuatkan produk berkaitan wanita adalah paling laris di pasaran.

Percaya atau tidak, usahawan ini juga membuktikan dengan hanya memiliki sebuah motosikal dan modal serendah RM200, dia juga mampu berjaya.

Ikuti kisah usahawan yang berani menjual bra ini…

Saya mula berniaga tahun 1999 dengan modal RM200 sahaja. Jual pakaian dalam wanita melalui katalog.

Guna motor RXZ, selepas itu apabila barang semakin banyak, saya sewa pula kereta. Saya kumpul-kumpul duit sampai mampu membeli kereta terpakai.

Alhamdulilah, sekarang sudah memiliki kedai sendiri tanpa pinjaman bank.

Barangan wanita memang laku keras sebab wanita sekarang bekerjaya dan ada pendapatan tetap. Malu nak jual barangan wanita? Takde lah. Lebih malu hidup miskin tapi berlagak kaya.

Semoga kisah ini menjadi teladan dan memberi sedikit ilmu kepada usahawan di luar sana




0 comments:

share2