Banjir besar baru lalu, penerokaan hutan dipersalahkan sebagai penyebab banjir yang utama. Sehingga kita lupa bahawa jika seluruh hutan Pahang di tebang namun jikalau hujan tidak turun maka banjir tidak akan berlaku.
Hujan berlebihan adalah faktor utama banjir besar kali ini. Ianya disebabkan kesan rumah hijau dan lapisan ozon yang menipis, begitulah yang Tok faham dari pembacaan Tok. Lapisan ais di kutub turut mencair dan meningkatkan aras air lautan. Ini fenomena alam, perubahan cuaca dunia yang dikesankan oleh apa yang umat manusia lakukan diseluruh dunia.
Banjir besar yang berlaku, jika pembalakan dan penebangan hutan hendak dipersalahkan, ianya adalah mengenai pembalakan yang berlaku secara umum... diseluruh dunia kerana ini melibatkan perubahan cuaca dunia. Malaysia hanya penyumbang kecil kepada perubahan itu.
Kini kita dijangka akan menghadapi musim panas dan kemarau panjang. Perlahan-lahan kita sudah melupakan bencana banjir yang berlaku sebelum ini. Kita juga hampir melupakan kepada penerokaan hutan yang sekali lagi jadi penyumbangnya.
Kita sebahagian dari kehidupan di alam ini. Setiap individu bertanggungjawab kepada bumi yang kita diami ini. Kita perlu menyayangi dan membantu menyelamatkan bumi. Berbagai cara boleh dilakukan hatta dari sekecil-kecil sumbangan sekalipun bagi memanjangkan hayat bumi ini. Jika semua perlu prihatin kepada alam yang kita diami ini. Mari bantu selamatkan bumi.
Tok Awang Selampit.
0 comments:
Post a Comment