Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, September 24, 2017

PEKAN : FIESTA NBOS BERSAMA-SAMA RAKYAT



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Pelaksanaan program Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) telah membuktikan kejayaan memberi kemudahan kepada rakyat untuk menikmati perkhidmatan terbaik yang menekankan tiga elemen utama iaitu berimpak tinggi, dilaksanakan dengan pantas disamping menjimatkan perbelanjaan kerajaan. 

"Sebagai contoh dalam NBOS kita ada laksanakan UTC (Pusat Transformasi Bandar) yang dilaksanakan di 20 lokasi termasuk di Kuantan dan saya diberitahu telah ada 51 juta pelanggan menggunakan perkhidmatan ini dan daripada jumlah itu, 5.9 juta pelanggan sahaja adalah di UTC Kuantan.

“UTC juga berjaya menjimatkan perbelanjaan kerajaan sebanyak  lebih 2 bilion Ringgit kerana banyak agensi kerajaan diletakkan di bawah satu bumbung,” kata Perdana Menteri ketika berucap merasmikan Fiesta NBOS Bersama-sama Rakyat di Padang Kampung Baru Salong, Pekan.

Beliau berkata NBOS yang menghimpunkan lebih 80 agensi kerajaan juga bermatlamat sebagai pemecah dinding antara kementerian, jabatan dan agensi yang lazimnya mengamalkan perkhidmatan secara berasingan.

NBOS merupakan satu perkara unik yang tidak terdapat di negara lain apabila menawarkan perkhidmatan sehingga pukul 10 malam setiap hari kecuali pada cuti am.

Mengenai Fiesta NBOS, Dato' Sri Najib menyifatkan penganjuran fiesta itu yang julung kali diadakan itu juga menjadi bukti tohmahan yang dimainkan pembangkang bahawa kerajaan bankrap tidak tepat.

       
          

0 comments:

share2