Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, March 2, 2015

KUANTAN: PERLU BERWASPADA PENGUTIP DERMA PALSU


duit


Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) mahu orang ramai berwaspada dengan pengutip derma palsu yang mengutip derma di tempat-tempat awam di negeri ini.

Timbalan Yang Dipertua Muip, Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan berkata, pihaknya mengesan ada pihak yang cuba mengambil kesempatan meminta derma untuk membantu mangsa banjir.

Menurutnya, sebarang kutipan derma yang ingin dilakukan haruslah mendapatkan surat kebenaran bertulis daripada Muip.

“Kita mendapati banyak pihak membuat kutipan derma atas pelbagai tujuan dan yang paling banyak adalah untuk pembinaan rumah anak yatim.

“Bagaimana pun, sejak akhir-akhir ini ramai yang membuat kutipan derma untuk membantu mangsa banjir,” katanya.

Wan Abdul Wahid berkata, Muip akan terus memantau kegiatan tersebut melalui bahagian penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) untuk memastikan mereka yang menggunakan surat kebenaran palsu dikenakan tindakan.

“Muip akan terus memantau situasi ini supaya tidak berleluasa dan orang ramai yang meragui status pengutip derma diminta untuk melaporkan kepada Jaip,” katanya.

0 comments:

share2