Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, September 15, 2014

PENULIS BEBAS MENGAKU TIDAK BERSALAH AIBKAN KPN


mahkamah

Kuala Lumpur - Seorang penulis bebas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini atas tuduhan mengaibkan dan mendatangkan kemarahan kepada Ketua Polis Negara (KPN),Tan Sri Khalid Abu Bakar serta Polis Diraja Malaysia (PDRM), pada Hari Merdeka lepas.

Wong Hoi Cheng, 43, didakwa melakukan perbuatan itu dengan sengaja melalui akaun Twitter, http://twitter.com/wongchoicheng dengan mengetahui bahawa kebangkitan marah itu akan memecahkan keamanan awam.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah restoran makanan segera, Mid Valley, Brickfields, dekat sini, jam 2 petang pada 31 Ogos lalu.

Dia yang juga ahli Parti Rakyat Malaysia mengaku tidak bersalah atas tuduhan pilihan mengaibkan dan memulakan komen jelik terhadap KPN dan PDRM.

Hoi Cheng, didakwa melakukan perbuatan itu secara sedar melalui akaun Twitter yang sama dengan pautan akaun Khalid @KBAS51 dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di tempat, masa dan tarikh yang sama.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Nordin Ismail mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimdia 1998 (Akta 588).

Mohd Nordin mencadangkan RM7,000 sebagai jaminan manakala Hoi Cheng menerusi peguamnya, Arafas Abdul Razak memohon wang jaminan minimum atas alasan anak guamnya seorang sukarelawan dan tidak membahayakan masyarakat.

Hakim Abdul Rashid Daud membenarkan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 Oktober depan sebagai sebutan semula.

0 comments:

share2