Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, September 15, 2014

INDIVIDU BOCORKAN SOALAN UPSR TIDAK DILINDUNGI


UPSR Bocor

Butterworth - Polis tidak akan sekali-kali melindungi mana-mana individu mahupun pegawai kanan yang terlibat dalam kes kebocoran soalan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, polis bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan dalam melakukan siasatan terperinci terhadap kebocoran dua kertas peperiksaan UPSR itu dan kertas siasatan kes itu juga telah dibuka.

"Banyak lagi maklumat akan diperoleh polis terutamanya mengenai kaedah dari segi pengedaran kertas soalan bukan saja UPSR, tetapi peperiksaan yang lain.

"Kementerian Pendidikan dan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) telah memberikan banyak maklumat dalam usaha membantu siasatan yang dilakukan.

"Saya ingin memberi jaminan bahawa polis tak akan melakukan 'cover up' terhadap mana-mana individu atau pegawai kanan atau individu yang terlibat secara tidak langsung dalam pembocoran ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Batu Kawan, di sini semalam. 

Dalam pada itu, polis menahan empat guru dalam serbuan di Pulau Pinang dan Parit Buntar, Perak hari ini berhubung kes kebocoran soalan peperiksaan itu. 

Mengulas mengenai perkembangan kes pertubuhan yang tidak berdaftar, Pasukan Peronda Sukarela (PPS) yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang, Ahmad Zahid berkata polis akan menyerahkan senarai bersih pegawai dan anggota pasukan itu selepas saringan terhadap hampir 10,000 anggota selesai.

Beliau berkata anggota PPS yang mempunyai rekod jenayah akan dikenakan tindakan undang-undang.

0 comments:

share2