Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, April 26, 2017

RAKYAT DIKELIRUKAN FAKTA KUTIPAN GST

Nurul Izzah Anwar



SHAH ALAM - Pakatan Harapan kekal berpendirian bahawa pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) sebanyak enam peratus adalah satu beban yang tidak wajar kepada rakyat. 

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, ketika Pakatan Harapan berjuang menghapuskan GST, malangnya BN pula cuba mengelirukan rakyat terutama fakta berkaitan kutipan GST. 

“Kenyataan itu mengalih perhatian rakyat terhadap isu kerugian 1MDB, sedangkan RM39 bilion pendapatan daripada GST pada 2016 itu akan digunakan untuk menampung kira-kira RM39 bilion wang yang hilang dari 1MDB,” dakwanya dalam satu kenyataan, semalam.

Menurutnya, RM39 bilion adalah anggaran kepada jumlah wang yang hilang dalam skandal rasuah 1MDB.

“Awal bulan ini, Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) mengumumkan bahawa dana pelaburan negara, 1MDB kehilangan kira-kira RM39 bilion melalui penipuan dan salah urus.

“Pada masa yang sama, kerajaan BN menjangkakan kutipan GST sepanjang 2016 juga berjumlah RM39 bilion,” katanya. 

Beliau berkata, dalam hal ini rakyat menjadi mangsa kepada satu penipuan fakta mengelirukan itu.




0 comments:

share2