Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, September 19, 2014

ADAM ADLI DIJATUHI HUKUMAN PENJARA


Bekas aktivis pelajar,Adam Adli Abdul Halim dihukum penjara 12 bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur selepas didapati bersalah memberi ucapan berbaur hasutan dalam satu ceramah pada Mei tahun lalu. - Foto Sinar Harian oleh AFIQ RAZALI

Kuala Lumpur - Bekas aktivis pelajar, Adam Adli Abdul Halim dihukum penjara 12 bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di sini selepas didapati bersalah memberi ucapan berbaur hasutan dalam satu ceramah, Mei tahun lalu.

Hakim Mat Ghani Abdullah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Adam yang juga bekas penuntut Universiti Perguruan Sultan Idris didakwa memberi ucapan dalam ceramah dengan menyebut kata-kata menghasut bagi membangkitkan rakyat negara ini supaya mengubah kerajaan yang telah tertubuh mengikut undang-undang, dengan cara tidak sah.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di Jalan Maharajalela, Dang Wangi di sini antara 8.55 malam dan 11.15 malam, 13 Mei 2013.

Pendakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman maksimum denda RM5,000 atau penjara lima tahun, jika sabit kesalahan.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan permohonan peguam bela Latheefa Koya bagi penangguhan pelaksanaan hukuman itu.

0 comments:

share2